Aara Kaifiya's (21)

227 27 0
                                    

Adam pergi ke Headquarters dimana Tengku Rashid berada. Semua orang akan tunduk hormat kepadanya ketika dia lalu tapi dia langsung tak hiraukan mereka.

"Aku nak jumpa Tengku Rashid."

Adam kata dengan dingin apabila dia berjumpa dengan setiausaha milik ayahnya. Lelaki itu pandang ke arahnya sebelum sambung buat kerja.

"Sila tunggu sebentar. Tengku ada tetamu sekarang."

Pembantu itu kata kepadanya. Adam hanya juling mata dia ke atas dan terus pergi masuk ke dalam pejabat Tengku Rashid. Peduli apa kalau ada tetamu?

Pembantu itu tidak bergerak langsung apabila Adam ingkar arahan yang dia berikan. Malah dia dah tahu yang Adam akan berperangai seperti ini.

"Ayahanda kata nak jumpa saya-"

Adam kata dengan kasar sebaik sahaja dia menghempas pintu itu. Dia langsung tidak memberi salam kepada lelaki tua itu.

Adam terhenti melihat Aara bersama Tengku Rashid di dalam bilik itu. Dia pandang ke arahnya dengan terkejut.

"Aara...? Apa kau buat kat sini?"

Adam kata dengan perlahan. Baru semalam mereka menangis bersama. Tak sangka pula akan jumpa lagi.

Aara hanya tersenyum sahaja kepadanya sebelum abaikan dia. Adam rasa takut melihat Aara bercakap dengan Tengku Rashid.

"So, macam mana, Tengku? Setuju tak?"

Aara kata kepada Tengku Rashid yang duduk di hadapannya. Tengku Rashid pandang ke arahnya dengan muka yang ingin tahu.

"Aara? Apa semua ni?"

Adam datang ke arahnya. Dia tak sangka yang Aara akan berbincang sesuatu dengan ayah dia sendiri.

"Adam, diam."

Adam terhenti apabila mendengar suara dingin milik Aara. Dia pandang ke arahnya dengan perit apabila Aara langsung mengabaikan dia.

"Hmm..."

Tengku Rashid fikirkan apa yang Aara tawarkan kepadanya sebentar tadi. Dia jeling ke arah Adam untuk melihat reaksinya.

"... Kenapa saya perlu setuju dengan kamu yang masih lagi muda ni? Kamu sedar tak kamu cakap dengan siapa sekarang ni?"

Tengku Rashid kata kepadanya dengan suara yang dingin. Adam terlompat apabila mendengar suara itu. Manakala Aara masih lagi normal.

"Exactly, Tengku. Saya masih muda dan Tengku tu dah tua kerepot. Ingat sikit yang Tengku dah tak lama kat muka bumi ini. Ramai lagi anak muda yang jauh lebih hebat dari Tengku."

Aara memberi kata pedas kepadanya. Hilang sudah hormat dia kepada lelaki tua itu. Tengku Rashid memberi renungan yang tajam kepadanya.

"Saya rasa kamu masih tak sedar apa yang akan berlaku apabila kamu cakap macam ni kepada saya."

Tengku Rashid kata kepadanya. Aara hanya ketawa lepas sahaja mendengar celoteh lelaki itu.

"Apa? Tengku nak kata yang pengaruh Tengku boleh menghancurkan hidup saya? Hello, ni Aara Kaifiya lah. Selagi orang tak buat saya, selagi tu saya takkan buat orang."

Aara kata sambil jeling ke arahnya. Mereka sudah lupa yang Adam berada di situ. Adam terkejut dengan perbualan mereka.

"Tapi saya tak pernah buat awak, Aara."

"Tak. Tengku buat saya dan saya takkan berdiam diri."

Aara memotong ayat lelaki itu dengan pantas. Dia menunjuk Adam dengan ibu jarinya tanpa pandang langsung ke arahnya.

𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now