"Along!"
Aara terus jerit dengan kuat sebaik sahaja mereka pulang dari spa. Jelas seri di wajah mereka.
"Hah, best ke keluar?"
Aathif kata kepada mereka. Dia tahu yang mereka semua pergi ke spa yang ditempah oleh Raesa guna duit dia sendiri.
"Haah. Eh, along! Betul ke kenduri Aara sebulan sahaja lagi?!"
Aara terus teringatkan tentang itu sebaik sahaja dia nampak Aathif. Abang dia hanya tersenyum sahaja.
"Haah. Lagi cepat lagi bagus."
Aathif kata kepadanya. Dia membawa dua mug air kopi yang panas di tangan. Aara pandang ke kopi itu dengan pelik.
"Along minum dua kopi ke?"
Aara tanya dengan keliru. Setahu dia, Aathif bukan penggemar kopi. Dia lebih suka kepada ice chocolate seperti dirinya.
"Tak lah. Ni untuk angah sekali. Aara pergi lah jumpa Adam tu. Mesti dia nak jumpa Aara."
Dengar sahaja nama Adam, muka Aara kembali ceria. Dia terus pergi ke lif dan naik menuju ke tingkat 2 di mansion itu. Aathif hanya tersenyum sahaja sebelum masuk ke dalam pejabat Aariz.
Dia nampak yang Aariz sedang meletakkan kepala di meja. Dia tahu yang Aariz mesti penat menangis petang tadi.
"Nah, air."
Aathif letakkan mug itu di meja dan duduk di hadapannya. Aariz angkat muka dan menampakkan mata yang merah akibat menangis. Dia tak kisah langsung untuk tunjuk rupa dia di depan muka kembarnya itu.
"... Thanks."
Aathif hanya tersenyum lembut sahaja. Aariz adalah ketua mafia yang paling kuat di Spain tapi dia juga orang yang paling lemah apabila dilibatkan tentang ahli keluarga dia.
Hati Aara, Aariz dan Adra adalah paling mulia antara adik beradik yang lain. Bukan dirinya. Aathif pandang mug itu dan tersenyum sedih.
"Adam! Aku dah pulang!"
Aara kata dengan gembira. Diketuk pintu itu macam nak roboh. Nasib baik anak buahnya tiada sekarang. Kalau tak malu dapat makcik macam ni.
Pintu itu dibuka sebaik sahaja dengar ketukan gergasi itu. Senyuman di bibir Aara pudar apabila melihat plaster di pipi Adam.
"Oh, kau dah balik."
Adam kata kepadanya dengan lembut. Dia terlompat apabila Aara tarik kolar baju dia dengan selamba. Dia pandang ke arah wanita itu dengan mata terbeliak luas.
"Asal dengan pipi kau?! Kau gaduh dengan Nazmi lagi ke?!"
Aara kata dengan risau. Dia menarik muka Adam dekat dengan muka dia sehingga Adam kemerahan.
"A-Aara-"
"Ke angah pukul kau?!"
Aara potong ayat Adam dengan pantas. Dia terkejut melihat bekas luka itu dan baru sahaja nak pergi untuk berjumpa dengan Aariz apabila Adam tarik tangan dia untuk berhenti.
"Sabar lah woi. Ni sebab aku cuai sahaja. Abang kau tak sentuh aku langsung."
Adam kata kepadanya tapi Aara langsung tak percaya dengan apa yang dia katakan. Dia pandang ke arahnya dengan tidak percaya.
"Ya ke?"
Adam angguk untuk memastikan penjelasan palsu dia itu. Aara hanya terima sahaja apa yang dia katakan. Padahal dia tahu yang Adam bukan orang yang cuai.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...