Aara Kaifiya's (27)

205 19 0
                                    

"Iman! Cantik tak baju aku pilih ni? Along yang tempahkan."

Aara pusing badan dia di hadapan kawan baiknya itu. Semalam tak sempat nak tunjuk sebab katanya dia ada hal. Sekarang ni boleh lah tunjuk.

"Cantik. Mesti mahal abang kau order."

Iman kata kepadanya dengan lembut. Aara berkerut melihat Iman tidak bersemangat seperti selalu. Dia dapat rasakan ada benda yang tak kena dengan dirinya.

"Iman. Kau okay tak sebenarnya? Semalam kau pergi mana?"

Aara tanya kepadanya dengan penuh kerisauan. Iman dah ada di sisi dia sejak dari dulu lagi. Susah senang dia mesti ada Iman selalu.

"Cakaplah dengan aku. Aku ada untuk kau."

Aara sentuh tangan dia dengan lembut untuk tunjukkan yang dia sebenarnya risau kepadanya. Iman hanya pandang sayu ke arahnya.

"... Aku tak naklah rosakkan majlis kau, Aara. Ni majlis yang kau paling tunggu tu."

Iman kata kepadanya. Aara berkerut dengan lebih dalam apabila dia kata begitu. Benda ni ada kena mengena dengan dia ke?

"Iman, memang aku dah lama teringin nak berkahwin dengan Adam tapi kau juga orang yang paling penting dalam hidup aku. Kalau ada sesuatu tak kena, bagitahulah aku. Aku boleh tangguh majlis ni untuk kau kalau kau nak."

Aara kata kepadanya. Iman hanya tersenyum sahaja. Aara dapat rasakan yang Iman sedang sembunyikan kesakitan dia itu.

"Tak payahlah. Tak ada apa pun. Aku just letih je."

Iman kata kepadanya. Aara pandang ke arahnya. Dia tahu yang Iman sedang bohong kepadanya.

"Betul ni?"

"Iya."

Iman angguk kepadanya. Aara hanya setuju sahaja. Dia akan tunggu untuk dia meluahkan semuanya kepadanya.

"Fine. Bagitahu je kau pergi mana semalam. Nazmi pun tercari-cari kau."

Aara tanya kepadanya. Mendengar sahaja nama Nazmi, Iman terus teringatkan tentang malam tadi.

Dia pulang terlalu lewat akibat melayan perasaan dan takut untuk berdepan dengan suaminya itu. Jadi, dia pulang apabila Nazmi sudah pun nyenyak tidur di dalam bilik mereka dan dia tidur di bilik tetamu.

"Okay, aku akan bagitahu kau tapi kau jangan bagitahu sesiapa. Terutamanya Nazmi. Jangan tanya sebab eh."

Iman memberi amaran kepadanya. Aara terus angguk dan janji kepada dia.

"Aku... Pergi hospital semalam."

Aara terbeliak luas apabila dia kata begitu. Hospital?! Iman sakit ke?!

"Hospital?! Kau buat apa kat sana?!"

Aara terus tanya kepadanya. Iman ni selagi tak sakit tenat, selagi tu dia takkan ke hospital atau klinik walaupun dah lesu teruk dah.

"Eh, kau baru janji tak nak tanya sebab."

Iman kata kepadanya. Aara mencebik sebab dia sudah termakan umpan Iman itu.

"Yelah, yelah. Aku tak tanya. Tapi kau gaduh dengan suami kau ke?"

Aara tukar pula topik mereka. Iman menutup mulut dia dan pandang ke tempat lain.

"... Dia bagitahu kau ke?"

Iman tanya kepadanya. Aara geleng kepala dia.

"Tak lah. Cuma aura kau dengan dia nampak lain hari ni. Macam tengah bergaduh."

𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now