Aara memandang sekeliling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu dengan senyap sebaik sahaja mereka mendarat dari jet peribadi milik Aathif. Ramai orang yang memerhatikan dia dari jauh membuatkan dia rasa malu.
Aara tahu dia akan menarik perhatian orang awam. Terutamanya kalau ada lima orang lelaki berpakaian formal yang warna hitam dengan badan yang sado mengelilingi dirinya. Macam mana benda ni terjadi pun, Aara tak tahu.
Lepas dia keluar dari jet tu, Aara terus diserbu oleh orang-orang itu. Nasib baik Adam kata mereka adalah bodyguard Aara yang akan jaga Aara dalam diam. Sebagai isteri yang baik, dia pun hanya setuju.
Tapi tak sangka pula orang ramai akan pandang ke arah dia. Aara menutup muka dia dengan mask yang diberikan oleh salah seorang bodyguard itu.
"Okay. Dah siap. Jom."
Adam jalan ke arahnya sambil pegang passport mereka. Dia berjumpa staff di situ untuk imigresen mereka berdua.
Adam yang sedang mengemas barang mereka tiba-tiba terkejut apabila Aara memeluk lengan dia dari tepi. Dia pandang ke arah isterinya dengan pelik.
"Kenapa, sayang?"
Adam kata kepadanya dengan pelik dengan perangai Aara.
"Orang ramai mesti ingat Aara ni artis yang baru nak up dengan bodyguard yang ramai."
Aara bisik kepadanya dengan malu. Dia guna badan suaminya itu untuk halang orang ramai pandang ke arahnya.
Adam fikir yang Aara hanya main-main je tapi terkejut melihat orang ramai sedang berkumpul di depan mereka. Kalau bukan sebab orang-orang Adam, mesti mereka akan dihempap.
"Sabar, sayang."
Adam bisik dengan perlahan dan terus menanggalkan topi yang dia pakai. Adam letakkan di atas kepala Aara untuk sembunyikan muka dia dari orang ramai.
"Eh, tu bukan ke Tengku Adam Iqbal? Bukan dia menghilang ke?"
"Siapa kat sebelah dia tu? Girlfriend ke? Siap peluk bagai."
Aara dan Adam dapat dengar bisikan itu dari sana. Adam terus peluk Aara dengan erat dan beri isyarat mata kepada orang suruhan dia.
"Bukan Aara yang artis tapi abang."
Sempat lagi Aara buat lawak hambar apabila Adam cuba selamatkan mereka. Dia hanya tersengih sahaja apabila di jeling oleh suami dia.
Setelah beberapa minit untuk lari daripada orang awam, mereka akhirnya dapat masuk ke dalam kereta yang Leo sediakan. Sebaik sahaja mereka berdua masuk, Leo terus bawa kereta itu keluar dari kawasan lapangan terbang itu.
"Finally!"
Aara terus buka topi dan penutup mulut itu sebaik sahaja mereka dapat masuk ke dalam kereta. Riuh tadi mengalahkan artis walhal suami dia tu hanya businessman yang berjaya je.
"Kita akan ke rumah baru kita dulu."
Adam kata sambil melihat luar tingkap untuk memastikan tiada siapa yang ikut mereka. Aara angguk kepadanya.
Aara tenung ke arah suaminya dan sedar yang Adam sudah biasa dengan situasi itu. Patutlah Adam dah sediakan topeng pelitup mulut dan topi awal-awal lagi. Dia dah agak benda macam ni akan terjadi.
"Rumah kita akan tinggal tu, rumah siapa?"
Aara kata kepadanya apabila dia sedar tentang sesuatu. Mereka baru sahaja berkahwin bulan lepas dan baru cadang untuk pindah dua minggu lepas. Takkanlah cepat siap rumah yang mereka duduk tu nanti.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...