"Tengku Rashid ugut keluarga aku untuk berkahwin dengan Adam untuk membuatkan dia jatuh di tangan dia sendiri. Dia tak kisah harta tapi dia macam nak buat Adam merana."
Nurul Aliyah kata kepadanya. Aara dengar dengan tekun di hadapan dia.
"Memang keluarga aku Tan Sri tapi pengaruh Tengku Rashid tu lagi kuat dari keluarga aku. Jadi, papa aku terpaksa suruh aku berkahwin dengan Adam walaupun aku dah ada boyfriend."
Nurul Aliyah kata kepadanya. Dia rasa sedih apabila teringat tentang itu kembali. Tak sangka ada orang yang sanggup untuk jatuhkan anak dia dengan senang.
"... Adam tahu pasal ni?"
Aara tanya kepadanya. Nurul Aliyah geleng kepala.
"Dia tahu yang kami dipaksa untuk berkahwin tapi dia tak tahu sebab yang sebenar. Dia fikir sebab dia adalah CEO yang wajib ada waris untuk mewarisi hotel dan company."
Nurul Aliyah kata lagi. Aara fikir sekejap apa yang dia katakan.
"Kalau kau dan Adam tak dapat berkahwin, hidup kau dalam kesusahan ke?"
Aara tanya kepadanya. Nurul Aliyah angguk.
"Bukan sahaja kesusahan tapi mungkin aku akan dibunuh."
Nurul Aliyah bisik kepadanya dengan perlahan. Aara hanya pandang ke arahnya sebelum hirup air kopi yang dia order.
"Hmm..."
Aara duduk sendirian di dalam hotel yang dia tempah. Dia fikirkan apa yang terjadi petang tadi ketika berjumpa dengan Nurul Aliyah.
"Macam mana eh nak hancurkan perkahwinan dia... Bukan."
"Hancurkan Tengku Rashid."
Aara bisik sendiri. Makin lama dia jumpa maklumat, makin seram apabila dia sedar yang Adam kini berada di dalam bahaya. Baru dia tahu yang keluarga Adam bukan apa yang dia jangkakan selama ini.
"Aara!"
Iman masuk ke dalam bilik hotel itu dengan selamba. Dia pandang ke arah Aara yang duduk di atas sofa yang disediakan.
"Oh, kau dah balik. Macam mana date?"
Aara tanya kepadanya. Iman juling mata ke atas dan duduk di sebelahnya. Dia menghempas semua barang shopping yang dia beli di atas lantai.
"Aku try habiskan duit kau walaupun aku tahu it's unlimited."
Iman kata kepadanya. Dia menghulur kembali kad hitam milik Aara. Dia mengambil botol mineral yang tersedia di atas meja kecil itu dan minum untuk melegakan tekaknya.
"Tapi lepas aku tunjuk black card kau, semua orang layan aku dan Nazmi macam anak raja. So, aku mungkin acah-acah jadi princess kat situ."
Iman kata tanpa malu. Aara hanya ketawa sahaja apabila dia kata begitu.
"Baguslah kalau kau rasa begitu..."
Aara kata sambil sambung fikirkan tentang tadi. Iman sedar yang dia tengah termenung.
"So, macam mana misi kau? Okay tak?"
Iman tanya kepadanya. Aara angkat bahu tanda dia tak tahu.
"Entahlah... Aku jumpa orang yang akan berkahwin dengan Adam lepas aku jumpa Aiyana."
Aara kata kepadanya. Iman terus pandang ke arahnya dengan terkejut.
"Hah?! Dia ada sentuh kau ke?! Kau orang main tarik-tarik rambut ke?! Ish, kau ni! Lain kali call je lah aku. Tak pun, si Nazmi tu. Nanti jadi apa-apa kat kau, teruk kepala aku kena pancung."
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...