"Silakan masuk."
Aathif kata kepada mereka. Adam dan Nazmi masuk ke dalam pejabat besar itu. Jelas kekemasan dan kemewahan di dalam bilik itu.
"Riz, I brought him."
Aathif datang dekat kepada kembarnya yang duduk di kerusi itu. Aariz pandang ke arah mereka.
Adam terdiam melihat rupa Aariz yang seiras dengan Aara. Dia yakin yang Aariz adalah Aara versi lelaki.
"Well, aku tahu kau dah kenal ni siapa but I'm gonna introduce him to you again."
"Tak perlu."
Aathif baru nak kenalkan diri Aariz kepadanya tapi Aariz cepat menghalang. Dia berdiri dan jalan di hadapan mejanya itu.
"Jadi, kau lah lelaki yang Aara cinta?"
Aariz kata dengan suara yang dingin. Bilik itu terus menjadi senyap dan menantikan Adam untuk kata sesuatu.
"Ya, aku Tengku Adam Iqbal, bakal suami kepada Aara."
Adam mengaku kepadanya dengan berani. Aathif angkat kening dengan keberanian dia dan hanya tersenyum kecil di tepi.
"Hah! Bakal suami?"
Aariz ketawa lepas apabila dia kata begitu. Tak sangka yang lelaki di hadapan dia ni terlebih berani.
"Yakin betul kau yang aku akan biarkan kau jadi suami Aara. Kenapa aku perlu memberi kebenaran aku untuk kau menjadi suami Aara selepas apa yang terjadi?"
Aariz kata dengan dingin. Dia menjeling ke arah Adam dengan amarah. Dia terlalu bencikan lelaki ini yang buat adik dia merana.
Adam hanya pandang ke arahnya. Dia tahu yang Aariz bencikan dia. Dia juga bencikan dirinya sendiri tapi Aara sahaja yang cintakan dia. Adam sanggup melindungi cinta itu selamanya.
"... Aku tahu maaf tidak dapat sembuhkan luka kau dalam hati tapi aku nak minta maaf sebab buat Aara merana selama ini."
Adam kata kepadanya. Dia pandang ke bawah dan teringat kembali tentang Aara menangis di hadapan dia. Dia tahu mutiara suci milik Aara sudah jatuh banyak kali disebabkan diri dia.
"Kalau kau nak aku jadi orang suruhan kau, aku tak kisah. Asalkan kau izinkan aku menjadi suami dan pembimbing Aara di syurga dan akhirat."
Adam kata kepadanya. Aariz pandang ke arahnya dan dia rasa geram apabila dia kata begitu.
"Kenapa..."
Aariz ketap gigi dia dan datang dekat ke arah Adam.
Pak!
Satu tamparan yang kuat dapat di dengari di dalam bilik itu. Aathif dan Nazmi terkejut dengan tindakan Aariz itu. Adam hanya terima tamparan itu.
"Riz!"
Aathif datang dekat kepada Aariz dan tarik badan kembarnya untuk menahan dirinya. Aariz jeling ke arah Adam dengan penuh kemarahan.
"Kau fikir kau senang-senang kata macam tu, aku akan lembut hati dan beri izin aku untuk kau?! Kau tak tahu betapa sakitnya hati aku apabila melihat Aara menangis selepas dia bangun dari koma! Adik aku yang paling ceria itu bertukar seperti robot apabila dia tahu yang dia buta! Dan kau senang minta maaf kat aku?!"
Aariz jerit kepadanya dengan kuat. Dia terlalu bencikan Adam sebab telah menyakiti Aara... Tapi dia lagi benci apabila Adam lah penyebab Aara kembali ceria seperti dulu.
"Aariz! Sudah! Bawa mengucap!"
Aathif kata kepadanya. Dah lama Aariz tak melepaskan kemarahan dia seperti ini.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...