"Along, angah. Kenalkan ni boyfriend Adra, Daiyyan Seo."
Aariz hampir sahaja tersembur apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut Adra. Juliana hanya menepuk belakang suaminya yang sedang terbatuk itu.
"Seo?"
Aathif kata dengan penuh minat. Aariz pandang ke arahnya dan sedar yang semua orang sudah tahu tentang boyfriend Adra.
"I'm Chinese-Canada. Saya baru masuk islam setahun lepas. Saya faham bahasa melayu atas ajaran dari Adra."
Daiyyan Seo, lelaki yang berambut hitam dan mempunyai mata yang kecil, kata kepadanya. Adra tersenyum bangga apabila dia kata begitu.
"Mualaf? Okay. Berapa lama dah bersama?"
Aathif kata kepada mereka. Aara perhatikan sahaja drama di hadapannya sambil makan steak yang disediakan itu.
"Dalam enam bulan macam tu."
Adra kata kepadanya. Aara dapat lihat kebahagiaan dari pasangan muda itu.
"Jap! Kau tahu, Thif?!"
Aariz terus potong perbualan mereka. Dia pandang ke arah kembarnya dengan mata yang bulat besar.
Aathif minum air oren yang disediakan itu dan pandang ke arahnya dengan tenang.
"Adra bagitahu aku dulu sebelum bagitahu yang lain."
Aathif kata kepadanya. Aariz pandang ke arah isterinya yang tidak langsung bertemu mata dengan dia.
Aariz jeling ke arah Adra yang sedang ketakutan itu. Takut kalau Aariz marah sebab tak bagitahu dia dan takut sebab bawa boyfriend jumpa dengan dia.
"Macam mana berjumpa? Apa pekerjaan dia? Berapa gaji yang dia buat sebulan?"
Aariz terus serang pasangan itu dengan soalan. Adra terkebil-kebil apabila ditanya tanpa henti tapi Daiyyan sudah membuka mulut.
"Kami berjumpa di kedai Adra sendiri. Saya kerja sebagai songwriter di company kecil kat Canada dan Australia. Gaji saya tak menentu. Kadang-kadang 100k ke atas dan kadang-kadang 50k ke bawah."
Daiyyan terangkan kepada mereka dengan tenang. Semua orang ternganga dengan penjelasan dia.
"... Wow, songwriter. Bukan calang-calang Adra dapat."
Detik hati Aara sambil teguk air oren itu. Dia pandang ke arah Aariz yang sedang terkebil-kebil dengan penjelasan itu.
Aathif masih lagi tenang dengan penjelasan dia. Sebenarnya dia dah tahu semua benda itu dari Adra dulu. Jadi, dia tak terkejut macam semua orang.
"Good. Last question from us and you need to answer us honestly."
Aathif kata sambil tenung ke arah Daiyyan. Dia tayang riak yang tidak perasaan kepada lelaki itu.
"You two are in relationships for six months and Adra brought you to meet us. Do you intend to go further with my little sister?"
Pertanyaan Aathif membuatkan semua orang senyap. Mereka pandang ke arah pasangan muda itu. Aara berterima kasih yang anak-anak buahnya sedang bermain di bilik permainan. Kalau tak mesti menangis dengan suasana sekarang.
Adra tidak tahu apa yang Daiyyan akan cakap. Dia pandang ke arah lelaki di sebelahnya dan nampak yang dia sedang terdiam.
"Along-"
Adra baru sahaja nak suruh Daiyyan lupakan pertanyaan dari Aathif, kena potong oleh lelaki itu. Daiyyan pandang ke arah Aathif dan Aariz dengan muka serius.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...