Aara Kaifiya's (12)

268 27 0
                                    

"... Boleh tak kalau Aara nak tarik diri?"

Aara tiba-tiba kata kepada abang sulungnya. Dia rasa malu pula nak jadi pengapit untuk orang yang dia tak kenal walaupun dah siap-siap bagai.

"Too late."

Aathif kata dengan pendek. Aara mencebik dan jeling ke arahnya. Raesa hanya tersenyum sahaja kepada mereka berdua sambil mengatur tali leher suaminya itu.

"Aara akan suka lah client along tu nanti. Majlis tu pun kebanyakannya orang melayu dan luar memandangkan keluarga dia orang yang popular."

Aathif kata kepadanya. Raesa datang pula ke arah Aara sebaik sahaja dia selesai aturkan tali leher dia.

"Selain itu, kita dapat nasi minyak! Dah lama tak makan."

Raesa kata dengan gembira. Aara mengeluh dan mengalah. Dia datang sebab nasi minyak. Tu je yang dia fikirkan.

"Yalah. Asalkan dapat makan."

Aara kata kepada mereka. Aathif tersenyum lebar kepadanya dan usap kepala Aara dengan lembut.

"You will never regret this. Beside, you will thank me later."

Aathif kata kepadanya. Aara hanya pandang ke arahnya sebelum pelik.

"Thank? For nasi minyak?"

Aara kata dengan keliru. Aathif hanya angkat bahu kepadanya.

"Who knows? Jom kita pergi."

Aara pandang ke arah abang dia itu. Dia sangat kenal dengan Aathif yang terlebih bijak itu. Macam ada benda yang akan terjadi nanti.

Di majlis kenduri itu, Raesa membawa Aara untuk berjumpa dengan pengantin. Awal-awal lagi Aathif telah diserbu oleh orang ramai.

"Kak Riya, apa nama pengantin?"

Aara tanya kepadanya. Raesa pandang ke arahnya dan tersenyum lebar.

"Pengantin lelaki, Yusuff Nurfael. Salah seorang direktor di company along kat luar."

Raesa kata kepadanya. Mereka sampai di sebuah bilik hotel itu.

"Pengantin perempuan?"

Aara tanya lagi. Raesa tidak jawab dan hanya menekan loceng pintu bilik hotel itu. Dalam satu saat pintu itu dibuka dari dalam.

"Pengantin perempuan..."

Mata Aara terbeliak luas memandang pengantin di hadapannya. Raesa hanya tersenyum memandang ke arah adik ipar dia itu.

"Tengku Adina Sofea."

"Huh?!"

Aara jerit dengan kuat melihat Adina di depan mata. Dia pandang balik ke arah Raesa yang masih lagi senyum dengan muka yang terkejut.

"Aara?"

Adina terkejut melihat Aara di hadapannya. Aara mengeluarkan telefon dia dan terus melihat mesej dari Aathif.

"Good luck, my dear sister!"

Aara sudah mengigil tahan kemarahan dengan abang dia seorang ni. Siap emoji senyum lagi.

"Along!!"

Aathif tersenyum lebar sambil dikerumuni oleh orang ramai. Dia dapat dengar jeritan Aara dari jauh itu.

Aara pandang ke arah Adina yang tengah siap sedia untuk majlis. Raesa pula sudah pergi berjumpa dengan suaminya itu.

"... Dah lama tak jumpa Aara. Last jumpa pun bila Aara masih lagi kecil."

𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now