Aara Kaifiya's (13)

278 27 0
                                    

Selepas sejam Aara bersama dengan pengantin, dia akhirnya dapat larikan diri apabila Adina memberi kebenaran untuk berehat. Aara pula tak nak bersosial dengan sesiapa jadi dia lari keluar dari dewan itu.

Aara duduk sendirian di luar hotel itu. Dia fikirkan kembali tentang Adam dan tersenyum ketika dia sedar yang mereka berdua borak sesama sendiri seperti dulu.

Aara pandang ke arah bekas cincin yang dia beli tempoh hari. Cincin silver serta dengan sebiji batu permata.

"... I miss this."

Aara bisik dengan perlahan. Dia sedang melayan perasaan seorang diri sehingga tidak sedar yang seseorang duduk di sebelah dia.

"Nah."

Aara tersentak apabila secawan air milo berada di hadapan mata dia. Aara pandang ke arah pemilik tangan itu dan terkejut apabila nampak Adam di sebelah dia.

"O-Oh. Terima kasih."

Aara sorok bekas cincin itu ke tepi. Dia mengambil cawan itu dan minum dengan perlahan. Terus segar tekak dia.

"Kau tinggal kat sini ke?"

Adam tanya kepadanya. Suasana antara mereka sudah tidak kekok lagi. Aara angguk kepala dia.

"Haah. along ada syarikat kat sini. Jadi, dia tinggal kat sini. Sama juga seperti angah."

Aara terangkan kepada dia. Adam gumam dan tenung ke arahnya. Mereka berdua pakai baju yang sama warna seperti mereka juga berkahwin tadi.

Adam meletakkan tangan dia kat pipi untuk sorok senyuman yang mekar di bibir itu. Dia dapat bayangkan Aara memakai baju sanding seperti sekarang.

"Mesti cantik..."

Adam kata dengan perlahan. Aara dengar sesuatu darinya dan pandang ke arah dia dengan pelik.

"Kau kata apa-apa ke?"

Aara tanya kepadanya. Adam terus pandang ke arah dia dan geleng kepala. Aara dapat lihat telinga dia semakin merah menahan malu.

"Tak ada apa."

Adam kata kepadanya. Aara pandang ke arahnya seperti tidak percaya tapi dia tak kata apa-apa.

Aara terfikirkan tentang cincin itu. Dia rasa sekarang adalah masanya untuk meminang Adam.

"Adam-"

"Aku akan berkahwin tak lama lagi."

Aara terus membeku apabila mendengar ayat itu keluar dari mulut Adam. Dia pandang ke arahnya dengan mata yang terbeliak besar.

Adam pusing ke arahnya. Aara dapat lihat kesedihan yang terpapar di air muka dia.

"... Apa?"

Aara hanya dapat keluarkan satu ayat sahaja akibat terlalu terkejut. Adam tarik nafas dengan dalam sebelum hembus.

"Ni hanya kahwin paksa sahaja. Ayahanda yang suruh."

"Oh."

Aara tak tahu dia patut rasa lega atau tidak tapi yang pastinya, Adam akan milik orang lain tak lama lagi. Aara genggam kotak cincin itu dengan kuat untuk menahan perasaan dia.

"Aku nak beritahu kau sebab aku nak lari."

Adam kata kepadanya. Aara pandang ke arahnya dengan pelik.

"Lari? Lari dari siapa?"

Aara tanya kepadanya. Adam bangun dari tempat duduk itu dan berdiri di hadapan Aara. Dia hulurkan tangan kepadanya.

𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now