Aara Kaifiya's (5)

304 20 0
                                    

"Welcome back, Aara!"

Aathif terus peluk Aara apabila dia akhirnya nampak Aara keluar dari airport itu. Aara hanya peluk dia kembali.

"Baru jumpa sebulan lepas, along."

Aara kata kepadanya sambil tersenyum kecil. Aathif tersenyum lebar dengan dia.

"Masih lagi rindu. Jom lah kita balik. Ramai dah tunggu Aara tu."

Aathif kata kepadanya sebaik sahaja pembantu peribadinya tolong letak beg Aara di dalam kereta. Mereka berdua duduk di belakang dan gerak menuju ke mansion.

Aara pandang ke luar tingkap. Ini lah masanya dia dapat bercakap dengan Aathif berseorangan. Kalau kat rumah nanti, ramai orang. Susah dia nak berbincang dengannya.

Antara semua ahli keluarga, Aara selalu berterus-terang dengan Aathif. Dia lebih suka berbincang dengannya berbanding dengan yang lain.

Aara pandang ke arah Aathif yang sedang pandang ke arah telefon bimbit itu. Baru sahaja dia nak buka mulut, Aathif sudah potong.

"Aara nak cakap pasal dia kan?"

Aathif kata kepadanya. Dia letak telefon dia kembali dan pandang ke arah Aara. Salah satu sebab kenapa Aara suka bercakap dengan Aathif. Dia tahu apa yang terjadi sebelum Aara terangkan.

"Ya... Rasanya angah dah bagitahu kan?"

Aara tanya kepadanya. Aathif angguk dan duduk dengan lebih selesa.

"Jadi, apa yang Aara fikir tentang dia lepas lima tahun lebih tak jumpa?"

Aathif kata sambil tenung ke arahnya. Aara terdiam sekejap sebelum dia pandang ke peha dia.

"... Sakit."

Aara kata dengan perlahan. Aathif fokus kepadanya.

"Pada mulanya, Aara nampak dia, Aara fikir 'dia semakin handsome dan lebih matang'. Semua orang pandang ke arah dia sebab rupa dan aura dia membuatkan Aara sedar sesuatu."

Aara kata kepadanya. Dia bermain jari di peha sambil fikirkan tentang Adam.

"Ni bukan lelaki yang Aara jatuh cinta."

Aara kata kepadanya. Aathif terus faham apa yang dia ingin sampaikan.

"Ni bukan Tengku Adam Iqbal yang Aara cinta selama lima tahun lebih. Orang tu adalah asing kepada Aara."

Aara kata dengan perlahan. Aathif fikir sekejap sebelum sentuh tangan Aara.

"Manusia akan berubah bila tiba masanya nanti, Aara. Tak semua orang akan kekal. Termasuk dia."

Aathif kata kepadanya dengan lembut. Aara pandang ke arahnya sebelum dia tersenyum kecil.

"Tak, along silap."

Aara kata membuatkan Aathif keliru. Aara tersenyum lebar kepadanya.

"Bila dah lama dengan dia, Aara sedar yang sifat yang membuatkan Aara jatuh cinta kepada dia masih lagi wujud. Dia tak pergi selamanya."

Aara kata dengan penuh gembira. Aathif dapat lihat yang Aara sedang gembira terfikirkan tentang Adam.

Melihat Aara macam tu membuatkan Aathif tersenyum sendiri. Dia terfikirkan tentang kembarnya.

"Kau kalah, Riz. Cinta Aara kepada lelaki tu terlalu dalam untuk kau hancurkan."

Detik hati Aathif. Bukan dia tak tahu yang Aariz cuba pelbagai cara untuk membuatkan Aara lupa tentang Adam. Tapi hampa apabila lihat Aara sendiri masih cintakan lelaki yang bernama Tengku Adam Iqbal itu.

𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now