"Hah... So what's now?"
Aara kata sambil pandang ke arah Adam di sebelahnya. Adam pandang sekeliling taman itu sebaik sahaja mereka keluar dari Headquarters itu. Dia tak sangka yang kebebasan akan setenang ini walaupun dia tahu itu mungkin hanya sementara. Tak apa, misi dia masih lagi tak terlupa.
"... Entah."
Adam kata dengan perlahan. Kehidupan dia tak mungkin akan dapat dilupa oleh Tengku Rashid sendiri tetapi apabila Aara di sisi, dia sanggup menempuh semua cabaran demi dia.
Aara pandang ke arahnya dan tersenyum kecil melihat ketenangan yang jelas di wajahnya itu. Dia turut senang untuk Adam.
"Aku rasa ada satu benda kau perlu buat sekarang."
Aara kata dengan penuh makna. Adam pandang ke arahnya dengan pelik. Dia perhatikan Aara beberapa minit sebelum tangkap apa yang Aara maksudkan.
Adam batuk sekejap dan pusing badan ke arah dia. Aara tersenyum sahaja kepadanya.
"Aara, aku ada soalan untuk kau."
"Soalan apa tu?"
Aara menjawab soalannya walaupun dia dah tahu apa yang Adam akan tanya. Adam hanya pandang ke arahnya dengan malu. Tapi kalau Aara sendiri yang buat, lagilah dia malu. Maruah sebagai orang lelaki akan tercalar nanti.
"Peluang untuk berkahwin dengan kau buka lagi ke?"
Adam tanya kepadanya dengan tulus. Aara letakkan jari runcing dia ke dagu untuk berfikir.
"Buka, tapi 24 jam je lagi sebab dah sebulan aku biar. Kau lambat, aku tutup dan bagi kat orang lain."
Aara kata kepadanya. Padahal dia takkan pernah bagi peluang kat orang lain selain Adam sendiri.
Dengar sahaja ugutan itu, Adam terus mengeluarkan sesuatu dan melutut di depan wanita itu. Aara pandang ke arahnya dengan penuh sayang.
"Aara, maafkan aku sebab aku lambat buat benda yang sepatutnya. Aku bodoh selama ini. Terlalu banyak halangan kita untuk bersama dan menyukarkan kita untuk bersatu."
"Aku terlalu takut apabila fikirkan hidup kau apabila bersama aku nanti. Aku terlalu fokus dengan masa depan dan tak pernah fikir tentang sekarang ini."
"Sekarang, aku dah tak kisah apa yang akan terjadi. Dengan kau di samping aku selalu, aku berjanji akan menjaga dan melindungi kau sehingga ke akhir hayat."
Adam sudah mengeluarkan kata-kata yang manis. Mata Aara berkaca apabila dia kata begitu. Akhirnya perkara yang dia inginkan selalu akan terjadi di depan mata dia.
Adam pandang ke arahnya dengan penuh cinta. Dia mengukir senyuman yang manis setelah lima tahun tidak tersenyum.
"Aara Kaifiya binti Dato' Adli Kaisar, sudikah kau menjadi bidadari syurga aku selamanya sehingga kematian memisahkan kita?"
Semua orang yang lalu lalang di situ terhenti untuk melihat mereka yang sedang di dalam dunia sendiri. Jarang orang lamar di taman itu.
"Yes! Aku setuju!"
Aara tidak dapat lagi mengawal kegembiraan dia. Adam turut lega apabila dia kata begitu.
"Finally!"
Mereka berdua dengar jeritan yang kuat itu ditepi. Iman dan Nazmi berada di situ untuk mengambil Aara pulang dan tak sangka yang Adam tengah melamar Aara.
"Finally!! Dah tak perlulah aku jaga kau lagi, Aara! Lelaki yang kau kejar pun akhirnya lamar kau!"
Iman kata kepadanya dengan gembira. Jelas sekali kegembiraan dan kelegaan untuk tidak menjaga Aara lagi. Dah ada lelaki, buat apa nak jaga bini orang?
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...