Aara Kaifiya's (36)

191 16 0
                                    

"Nanti kalau apa-apa, bagitahulah along. Tak pun, angah."

Aathif memberi pesan kepada Aara buat kali terakhir sebelum pasangan itu berangkat pulang ke Malaysia.

"Baik, along. Semua orang pun jaga diri. Nanti bila free, Aara balik sini lagi."

Aara tersenyum kepada semua orang di dalam rumah agam itu. Rasa sedih pula selepas beberapa tahun tinggal bersama tapi dia nak cari kebahagiaan dengan Adam.

"Aunty Rara, Rania nak dengar cerita dongeng lagi."

"Aufa pun!"

Aara ketawa melihat anak-anak buah dia menangis di depan muka pintu itu. Dia terus memeluk mereka semua dan memberi ciuman di dahi.

"Janganlah sedih. Nanti Aunty jumpa kamu semua lagi, ya."

Aara kata kepada mereka dengan senyuman yang manis. Sayang dia kepada anak-anak buah dia memang tak ternilai.

Adam hanya tersenyum sahaja melihat Aara dan anak-anak buahnya itu. Dia tahu Aara lebih suka bersama budak berbanding dengan orang dewasa. Katanya, budak-budak lebih jujur dari orang dewasa.

Adam terasa seluar dia ditarik oleh seseorang di tepi membuat dia pandang ke bawah. Adwa tenung ke arahnya sambil genggam seluar dia. Adam terus mencangkung di depan budak tu.

"Uncle Adam, Adwa nak minta sesuatu."

Adwa kata kepadanya dengan polos. Adam tersenyum kepadanya. Memang betul Aara kata. Bersama dengan budak-budak lagi selesa dari orang dewasa.

"Ya, Adwa? Adwa nak minta apa?"

Adam tanya kepadanya dengan lembut. Sejak dia kahwin dengan Aara dan duduk bersama dengan keluarga itu, Adwa yang paling rapat dengannya berbanding yang lain.

Adwa datang dekat kepadanya dan bisik di telinga milik Adam.

"Adwa teringin nak ada adik lagi."

Tersedak Adam apabila dengar bisikan itu. Dia pandang ke arah budak kecil tu dengan mata terbeliak luas.

"Adik? Bukan Adwa dah ada adik ke? Afya tu?"

Adam kata kepadanya dengan terkejut. Kenapalah dia tiba-tiba dapat deja vu ni?

"Afya tu girl. Adwa nak adik boy."

Adwa kata kepadanya dengan polos. Ya Allah, bapak borek anak rintik. Sama je macam Aariz.

"Hah! Bisik apa tu?"

Aara muncul di depan mereka berdua apabila melihat yang Adwa sedang berbisik dengan Adam.

"Adwa nak sesuatu dari Uncle Adam."

"Adwa nak apa tu?"

Aara hanya tersenyum sahaja tanpa fikir tentang apa-apa. Adwa jarang minta sesuatu berbanding kembarnya, Aufa.

"Adwa nak adik lelaki."

"Hah? Adik?"

Terkejut Aara apabila dia kata macam tu kepadanya.

"Nak adik."

Adwa kata lagi sekali kepadanya. Pula dah. Kenapa dia teringat tentang perbualan dia dengan abang-abang dia tempoh hari?

Aara pandang ke arah Adam yang tidak langsung pandang ke arahnya.

"Ish. Apa cakap macam tu kat Aunty Rara kamu tu. Dia baru nak happy dengan suami dia."

"Kak Juli! Ya Allah. Dah lah. Kami pergi dulu."

Aara terus menarik Adam untuk keluar bersamanya. Malas lah nak layan keluarga ni. Semua suka sakat dia.

𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now