"Hah?! Aku?! Kau biar betul?! Bukan mak mertua ke yang selalu pakaikan untuk menantu?"
Iman kata dengan terkejut. Mana tak terkejut kalau tiba-tiba dia disuruh untuk sarungkan cincin di tangan Aara sewaktu majlis nanti. Kena orang yang penting untuk sarungkan cincin tu.
"Iman, aku dah anggap diri aku sebagai anak yatim dah. Aku tiada family."
Adam kata kepadanya. Iman menutup mulut dia ketika Adam kata begitu. Tak peliklah kalau Adam kata macam tu selepas apa yang terjadi kat diri dia.
"... Tapi takkan aku yang kena sarungkan? Orang yang special je dapat buat ni. Aku bukan sesiapa."
Iman kata kepadanya. Dia bukan ahli keluarga Aara atau Adam. Dia hanya sahabat baik mereka sahaja.
"Ni idea kau ke, Aara?"
Iman pandang ke arah Aara yang duduk di sebelah Adam. Aara geleng kepala dia dengan senyuman yang kecil.
"Bukan. Asalnya, aku tak pernah kisah tentang adat tradisi semua ni. Jadi, kalau tak ada siapa nak sarungkan cincin pun, aku tak kisah. Tapi Adam yang nak kau tolong sarungkan cincin kat aku nanti. Aku setuju je."
Aara kata kepadanya. Iman pandang ke arahnya sebelum pandang ke arah Adam dengan muka yang terharu. Maknanya dia ni pun special ke dalam hidup Adam?
"... Kenapa aku? Kau boleh je minta Puan Raesa atau Puan Juliana. Mereka kakak ipar Aara."
Iman tanya kepadanya. Adam hanya mengeluh perlahan.
"Memang mereka kakak ipar Aara tapi ni wakil untuk pengantin lelaki. Wakil untuk aku, Iman dan aku nak kau yang jadi wakil."
Adam kata kepadanya. Iman pandang ke bawah tangan dia yang berada di peha.
"Kenapa aku...? Aku tak layak..."
"Sebab kau orang yang paling penting di dalam hidup kami, Iman."
Adam kata begitu membuatkan Iman terus pandang ke arahnya. Aara dan Adam sudah tenung ke arahnya.
"Kau bukan hanya sekadar kawan baik. Kau lebih dari tu. Kau seperti kakak, mak, rakan yang paling penting di dalam hidup aku. Waktu aku susah, kau selalu ada di sisi Aara ketika aku tiada."
"Kau layak, Iman. Kau layak lebih dari tu."
Mata Iman berair mendengar dan melihat kesungguhan mereka berdua. Dia terus tundukkan kepala dia dan mengelap air mata yang hampir jatuh.
Tak sangka dia begitu penting di dalam hidup mereka. Kata-kata Adam membuatkan Iman rasa gembira dan sedih dalam satu masa.
"... Kenapa bukan Nazmi yang kata macam tu kat aku...?"
Detik hati Iman. Betapa dia harapnya yang kata-kata Adam sebentar tadi adalah ayat Nazmi untuknya. Malangnya itu hanya harapan palsu dia sahaja.
Dia dan Nazmi tidak mempunyai sebarang hubungan selain pasangan suami-isteri di atas kertas. Perasaan suami dia sendiri adalah untuk kawan baiknya sendiri, Aara dan bukan untuk dia.
"Fine! I get it! Aku akan jadi wakil kau!"
Iman kata kepada mereka dengan kuat. Dia jeling ke arah mereka dengan mata yang merah akibat menangis.
"Awh! Thank you, babe!"
Aara terus berdiri dan peluk Iman dengan erat. Iman peluk dia kembali dan meletakkan kepala dia di bahu Aara.
"... Tak pelik kalau Nazmi cinta kau sebab perangai kau, Aara..."
Detik hati Iman. Dia mengeratkan lagi pelukan mereka. Adam tersenyum kecil sahaja apabila melihat mereka.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...