Iman duduk bersendirian di sebelah hotel itu sebaik sahaja majlis pernikahan Aara berakhir. Dia pandang ke arah kolam renang itu dengan muka yang sedih.
Sejujurnya dia tak nak naik ke bilik dia untuk berehat. Dia tak nak berjumpa dengan Nazmi. Sejak Iman bagitahu perkara yang sebenar, Nazmi langsung tidak kata apa-apa dan teruskan hidup seperti biasa sebagai bodyguard Aara.
"... Aku seorang je ke yang terasa dalam hal ini? Aku ni betul-betul tak penting untuk dia ke seperti Aara?"
Iman bisik dengan perlahan. Dia rasa sakit apabila tidak dipedulikan oleh suaminya sendiri. Iman mengeluh dengan kuat dan pandang sekeliling kolam itu.
Dia berdiri dan terus jalan ke lif untuk menukar pakaian. Ketika dia sedang menunggu lif selama beberapa minit, pintu lif itu akhirnya terbuka.
Iman baru sahaja nak masuk ke dalam, terhenti apabila melihat Nazmi di dalam lif itu. Dia membeku sepenuhnya di hadapan lif itu. Nazmi sedar tentang itu tapi dia jalan keluar dan abaikan Iman seperti dia tidak wujud.
Hati Iman luluh apabila diperlakukan begitu tapi dia membiarkan sahaja Nazmi pergi tinggalkan dia. Iman masuk ke dalam lif dan pandang ke belakang badan Nazmi sehingga pintu itu tertutup rapat.
Air mata Iman jatuh sebaik sahaja dia bersendirian di dalam lif itu. Dia sakit apabila diabaikan seperti dia tak wujud. Dia penat dengan semua ini.
"Sampai hati..."
Detik hati Iman. Dia sampai ke bilik hotel yang ditempah oleh Aathif untuknya dan Nazmi. Iman masuk ke dalam bilik itu dan bau minyak wangi milik Nazmi dapat masuk ke dalam rongga hidung dia.
Iman tarik nafas dengan dalam untuk menguatkan semangat. Dia jalan menuju ke katil besar itu. Dia terhenti apabila melihat gambar Aara di atas meja kopi itu.
Iman mengigil menahan kesedihan dia. Iman mengaku kalah. Dia takkan dapat menang hati suaminya sendiri. Dia akan tetap kalah dengan Aara, kawan baiknya sendiri.
Iman mengambil beg baju dia dan kemas semua barang. Dia sudah tak dapat tahan lagi.
"Maafkan aku, Aara..."
Iman keluar dari bilik itu dan meninggalkan kunci bilik hotel dan cincin kahwin. Dia bawa diri ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia tanpa pengetahuan sesiapa.
"Hah?! Iman tiada?!"
Aara terkejut apabila dapat tahu yang kawan baiknya tiba-tiba hilang selepas majlis perkahwinan dia. Aara terus mengambil telefon dia untuk menghubungi Iman tetapi tidak dapat hubungi.
Aara pandang ke arah telefon dia dengan muka yang penuh risau dan takut. Dia pandang ke arah Nazmi yang turut berada di situ. Nazmi yang bagitahu mereka tentang Iman.
"Nazmi, baik awak bagitahu saya... Apa yang terjadi kepada Iman? Kalau syurga dia di bawah tapak kaki awak dan dia tak boleh buat apa-apa kat awak, saya sendiri yang akan buat sesuatu kat awak! Bagitahu saya sekarang! Iman mana?!"
Aara sudah hilang sabar apabila Iman pergi tanpa memberitahu sesiapa. Aara tahu yang hubungan dia dan Nazmi ada regangan dan dia dapat lihat yang Iman turut tidak bermaya.
"Aara, sabar."
Adam terus menenangkan isterinya itu. Dia turut terkejut mendengar berita itu. Adam pegang bahu Aara supaya dapat berhentikan dia untuk dia pergi ke arah Nazmi.
"... Saya tak tahu tapi saya tahu ni salah saya."
Nazmi kata kepadanya. Aara pandang ke arahnya dengan muka yang tidak percaya. Dia ketawa lepas sebelum jeling ke arahnya dengan penuh kebencian.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romans(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...