"Kerja dengan aku atau mati di tangan aku."
Leo terhenti apabila mendengar apa yang Adam katakan. Dia pandang ke arah boss dia dengan terkejut.
"Huh...?"
Leo tak mampu untuk memberi ayat yang penuh akibat terlalu terkejut. Ni bukan Adam yang dia kenal.
"Dalam dunia yang kejam ni, kau hanya boleh buat satu pilihan. To survive or died. Kalau aku lah kan, aku nak survive."
Adam mengeluarkan sebatang rokok dan nyalakan. Dia hembus di muka Leo yang masih lagi terkaku di situ.
"But to survive, we need to have a bloodbath wars dan aku fikir untuk kumpul orang-orang yang aku boleh percaya. Bukan Black Roses dan Empire's Hotel."
Adam terangkan kepadanya. Dia pandang ke luar tingkap itu. Dia sebenarnya berada di bilik bekerjanya di salah satu tempat yang tersembunyi.
Dia berdiri dan jalan menuju ke tingkap. Mereka berada di pulau tersorok dari dunia luar.
"M-Maksud Tuan Muda... Kau nak hancurkan Black Roses dan Empire's Hotel?"
Leo tanya kepadanya dan tersentak melihat senyuman kosong dari Adam.
"Yup and I need more army to do this."
Adam kata kepadanya. Leo telan air liur dan pandang ke arahnya.
"Siapa musuh kau, Adam?"
Adam hanya tersenyum dan mengambil gambar keluarganya yang ada di meja itu. Gambar ketika mereka masih kecil di mana ada dua orang budak lelaki yang seiras.
Mata Adam tertumpu pada lelaki tua di dalam gambar itu. Leo pejam mata dia apabila Adam baling bingkai itu ke dinding sehingga pecah.
"Siapa lagi kalau bukan Tengku Rashid?"
Adam kata dengan perlahan. Dia pijak gambar itu.
"Aku nak kebebasan aku balik. Aku nak identiti sebenar aku balik. Aku nak kehidupan yang normal seperti dulu dan bukannya menyamar untuk menjadi orang yang dah mati."
Adam kata dengan kasar. Dia membuka laci meja dan mengambil sesuatu. Dia meletakkan sijil lahir dan kad pengenalan di atas meja.
"Aku nak jadi Ayaaz balik."
Adam kata dengan keras. Leo pandang ke arah kad pengenalan dan sijil lahir di atas meja itu dan hanya mampu terdiam sahaja. Sudah sepuluh tahun lebih dia tak nampak semua benda tu.
Leo pandang ke arah Adam- Bukan. Adam dah mati dalam kemalangan sepuluh tahun lepas. Di hadapan dia adalah Ayaaz. Ayaaz bin Abdullah, anak yatim piatu yang dikutip oleh Tengku Adam Iqbal ketika dia berumur tujuh tahun.
"Jadi, apa keputusan kau, Leo? Join aku, kawan rapat kau sendiri?"
Adam kata kepadanya. Leo pandang ke arahnya sebelum ketawa dengan kuat. Adam hanya perhatikan dia sahaja.
"Haih..."
Leo akhirnya berhenti ketawa. Dia menarik rambut dia ke belakang dan pandang ke arah Adam dengan dingin.
"Dah lama aku tunggu saat ni, Ayaaz."
Adam tersenyum mendengar ayat itu. Dia baling sekotak rokok kepadanya. Leo tangkap dengan senang.
"Jangan panggil aku Ayaaz lagi. Panggil macam biasa dan buat macam biasa."
Adam kata kepadanya. Dia duduk kembali di kerusi itu.
"First, cari orang yang boleh kerja dengan kita dalam diam."
Adam kata kepadanya. Leo angguk dan fikir sekejap beberapa orang yang sesuai.
"Mungkin... Tiara?"
Leo sebut nama salah seorang ahli Black Roses itu. Adam tersenyum sinis mendengar nama itu.
"Aku yakin dia akan setuju. Dia kan masih nak balas dendam untuk Adam."
Adam kata kepadanya. Tiara juga kawan rapat kepada mereka ketika mereka masih kecil.
"Tapi ada seorang lagi yang aku tahu akan setuju dengan kita."
Adam kata sambil tunjuk kertas di hadapannya. Leo ambil kertas itu dan baca.
"Danish Farhain? Orang yang rapat dengan Adam tu dulu ke?"
Leo tanya kepadanya. Adam angguk.
"Selepas sahaja aku menjadi 'Adam', dia terus keluar dari grup sebab tak nak aku jadi ketua. Aku dengar dia jadi assistant kepada seseorang."
Adam kata kepadanya. Dia teringat tentang budak lelaki yang selalu rapat dengan Tengku Adam Iqbal dulu.
"Anyway, it's just starting..."
Aara sumbat semua barang dia di dalam beg galas. Iman perhatikan sahaja dia di tepi.
"Aku tak halang kau tapi macam mana kau nak jumpa dia? Kau ada nombor dia ke?"
Iman tanya kepadanya. Aara letak beg itu di atas lantai sebaik sahaja dia selesai. Dia pusing ke arahnya.
"Tak. Tapi aku tahu macam mana."
Aara tersenyum sinis. Dia memakai beg galas itu dan jalan keluar dari bilik itu. Iman ikut dari belakang.
Sewaktu Aara turun dari tangga, suara seseorang memberhentikan dia. Aara pusing dengan perlahan apabila dengar suara yang dia sangat kenal.
"Along..."
Aara pandang ke arah Aathif yang sedang sandarkan badan pada tangga itu. Dia pandang ke arah Aara yang sudah siap sedia dengan beg itu.
"Dah beli tiket ke? Kalau belum, naik private jet."
Aathif kata kepadanya dengan senyuman manis. Aara pandang ke arahnya dengan gembira.
"Ack! Along... Tak marah kan?"
Aara tanya kepadanya dengan perlahan. Aathif geleng dengan senyuman.
"Buat apa nak marah? Ni kebahagiaan Aara sendiri. Aara yang pilih cara ni. Along hanya memberi sokongan kepada Aara."
Aathif kata kepadanya. Aara pandang ke arahnya dengan terharu.
"Terima kasih, along. Tolong jangan bagitahu angah tau. Aara nak bawa Adam sendiri jumpa dia."
Aara kata kepadanya. Aathif gumam dan pandang ke arah Aara dan Iman yang keluar dari rumah itu.
"Nazmi, jaga mereka."
Aathif kata kepadanya. Nazmi keluar dari tempat sembunyi dan tunduk hormat kepadanya sebelum ikut mereka berdua.
"Kau dengar kan?"
Aathif kata tanpa pandang ke arah Aariz yang sorok disebalik dinding itu. Dia dapat dengar perbualan mereka.
"Hah... Nak buat macam mana kalau Aara cintakan lelaki tu? Okay lah dari murung je."
Aariz keluar dari tempat sembunyi itu dan berdiri di sebelah Aathif. Dia turut pandang ke arah Aara yang sedang bersiap-siap untuk jelajah.
"Cinta, huh?"
Aathif bisik dengan perlahan. Dia teringat tentang jeritan Aara di dalam bilik semalam membuatkan dia tersenyum sinis.
"More like obsession."
Aara, Iman dan Nazmi masuk ke dalam private jet yang telah disediakan oleh Aathif. Aara pandang ke arah laptop dia dengan tekun.
"Kau patut untung aku ambil cuti dari universiti sebab kau."
Iman kata dari tepi. Aara hanya ketawa sahaja apabila dia kata begitu. Cuti semester dah nak habis tapi Aara tiada niat langsung untuk masuk universiti balik.
Dia hanya sambung belajar pun sebab nak lari dari rumah. Tapi sekarang niat untuk sambung belajar dah hilang. Mungkin Aara akan drop out.
"Kita nak ke mana ni?"
Nazmi tanya kepadanya. Aara pandang ke arah mereka sambil tersenyum bangga.
"Kita akan pergi ke Russia."
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...