Aara Kaifiya's (17)

250 22 0
                                    

Adam berkerut dan tahan kemarahan dia. Pen di tangan berhenti akibat seseorang di hadapannya itu.

"Aku rasa aku dah halau kau semalam."

Adam kata dengan perlahan. Aara pandang ke arahnya dengan selamba sebelum hirup milo yang disediakan.

"I know tapi aku tak setuju pun."

Aara kata dengan selamba. Dia sambung baca buku novel yang dia bawa. Adam urut dahi dia dan rasa pening dengan perangai Aara.

"Kau nak apa, Aara? Duit? Abang-abang kau tu jutawan. Harta? Again, abang-abang kau kaya raya. Cinta? Move on lah. Ramai lagi lelaki di luar sana tu."

Adam kata kepadanya dengan kepenatan. Aara hanya tersenyum sahaja. Dia tahu perangai dia sekarang ni agak kebudak-budakan tapi kalau perangai macam orang dewasa pun, Adam bukan layan dia pun. Cara ni je yang dapat buat Adam pandang ke arahnya.

"Tapi aku nak kau."

Aara kata dengan pendek. Adam berdiam sahaja. Ni kalau dia tak tahan perasaan dia dengan betul, memang sekarang dia angkut tok kadi untuk kahwin. Gila kau crush sepuluh tahun akhirnya cinta kau walaupun lain macam cara dia.

"... Aara, satu je benda aku minta kat kau."

Adam kata kepadanya dengan perlahan. Dia pandang ke arah Aara seperti ingin merayu.

"... Tunggu aku dua tahun lagi. Lepas tu, kau nak kahwin dengan aku pun aku terima. Buat masa sekarang, aku tak boleh bersama kau."

Adam kata dengan jujur. Aara hanya pandang ke arahnya dan letak buku novel itu di tepi.

Sekarang Adam tengah fokus untuk laksanakan misi balas dendam dia dan tak nak fikir tentang hubungan dengan sesiapa. Walaupun dengan Aara sebab dia tak nak Aara dalam bahaya memandangkan Tengku Rashid sudah tahu keberadaan dia.

"Kenapa? Kau nak kahwin dengan pilihan ayah kau lepas tu baru kau kahwin dengan aku? Kau nak buat aku sebagai isteri kedua? Macam tu?"

Aara kata kepadanya. Adam tidak menafikannya. Berkahwin dengan Nurul Aliyah, bakal isteri dia yang Tengku Rashid paksa adalah dalam misi balas dendam dia.

Adam rancang perkahwinan mereka hanya dalam beberapa bulan dan akan bercerai sebaik sahaja misi dia selesai. Selepas itu baru dia akan fikir tentang Aara.

Aara ketawa lepas apabila melihat reaksi Adam itu. Dia tak sangka yang Adam akan terima kahwin paksa itu dengan rela.

"I see."

Adam tersentak mendengar suara dingin milik Aara. Dia pandang ke arahnya dan terhenti apabila melihat renungan tajam dari Aara.

"Shall I kill her then?"

Aara kata dengan perlahan. Adam pandang ke arahnya dengan mata terbeliak luas dan terus berdiri. Jadi, betullah sangkaan dia. Ni bukan diri Aara yang dia kenal selama ni!

"Just kidding. Janganlah risau sangat. Membunuh tu berdosa lah."

Aara kembali kepada diri yang asal dan tersenyum manis kepada Adam yang terkejut dengan perangai dua muka itu.

"Okaylah. Aku ada hal dengan Iman. Nanti aku jumpa kau lagi. Assalamualaikum."

Aara lambai kepadanya dan keluar dari pejabat itu. Adam masih lagi terkejut dengan perempuan itu.

"Apa yang terjadi dengan minah tu?"

Adam bisik dengan pelik. Dia tiba-tiba rasa tak sedap hati pula melihat Aara tiba-tiba muncul di pangkalan rahsia dia ni.

𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now