"Kami dah pulang!"
Aara masuk ke dalam mansion itu dengan senyuman yang lebar. Iman, Nazmi dan Adam ikut dia dari belakang dan sakit badan akibat duduk beberapa jam di dalam kapal.
"Aara!"
Raesa datang ke arahnya apabila mendengar bunyi bising itu. Dia menyentuh tangan adik ipar dia itu.
"Along beritahu yang ada orang lamar Aara! Betul ke?"
Raesa tanya kepadanya dengan terkejut. Aara angguk bersama senyuman yang tidak lekang di bibir.
"Betul. Kenalkan, bakal suami Aara, Tengku Adam Iqbal."
Aara memperkenalkan Adam kepadanya. Raesa terkejut melihat pernampilan Adam itu. Dia mengaku yang Adam terlihat begitu kacak tapi tak sekacak suaminya sendiri.
"Wah~ Beraninya Aara bawa dia jumpa angah."
Mereka berdua mendengar suara di sebelah. Juliana datang dekat kepada mereka dan tenung ke arah Adam yang terkejut melihat dirinya itu.
"Kenalkan kakak-kakak ipar aku. Raesa Nuriya, isteri kepada Aathif dan Juliana Lawrence atau nama islamnya, Jasmin Malaika, isteri kepada Aariz."
Aara memperkenalkan pula mereka kepada Adam. Dia tak sangka yang wanita-wanita di hadapannya itu cukup terkenal di dalam industri perdagangan ini.
"Oh, umm. Saya Tengku Adam Iqbal..."
Adam kata kepada mereka dengan perlahan. Rasa kekok pula apabila menjadi perhatian orang ramai itu.
"Ehem."
Aara sengaja batuk untuk membuat Adam sedar sesuatu. Muka dia naik kemerahan dan tunduk kepala dia ke bawah.
"... Bakal suami kepada Aara..."
"Ya, betul! Suami Aara!"
Adam sudah tahan malu manakala Aara gembira apabila dia kata begitu. Iman hanya geleng sahaja kepala dia dengan kerenah Aara.
"Oh, semua dah sampai."
Aathif kata kepada mereka di depan pintu besar itu. Dia mendekati mereka dan pelik melihat pasangan yang baru itu.
"... Apa yang terjadi?"
Aathif kata dengan perlahan dan pandang ke arah Raesa dan Juliana di situ. Mereka berdua hanya tersenyum sahaja.
"Biasalah. Perempuan suka usik lelaki yang dia suka."
Raesa kata kepadanya. Aathif terus tangkap apa yang dia maksudkan. Dia juga pernah mengalami perkara itu.
"Welcome to the world of husband."
Aathif menepuk bahu Adam dan masuk ke dalam rumah itu. Raesa tolong mengambil kot darinya.
"Anyway, majlis akan diadakan sebulan lagi. Persiapan jangan risau. Aara dan Adam cuma perlu pergi beli cincin atau hantaran dan cuba pakaian yang along tempah."
Aathif kata kepada mereka. Aara sudah tidak sabar apabila dia kata begitu.
"Along ke yang siapkan majlis tu nanti?"
Aara tanya kepadanya. Aathif hanya tersenyum sahaja.
"Bukan. Angah yang membuat semua persiapan."
Adam dan Aara terhenti apabila dia kata begitu. Aara pandang ke arahnya untuk mencari gurauan tapi hanya kebenaran sahaja yang dia nampak.
"A-Angah? Along biar betul? Bukan angah ke yang bantah semua ni?"
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...