Aathif dan Aariz terus tahu dengan apa yang terjadi. Mereka tak boleh buat apa-apa apabila tahu tentang perangai keras kepala Aara.
Memandangkan Aara sudah berkahwin dengan Adam, mereka membiarkan Adam untuk mencari bodyguard yang sesuai untuk Aara.
Aara angkat kening dengan tidak percaya apabila melihat bodyguard barunya yang Adam upah. Dia pandang ke arah suaminya dengan muka yang tidak percaya.
"Abang, biar betul? Dia ke bodyguard baru Aara?"
Aara tanya kepadanya dengan tidak percaya. Adam peluk tubuh badan kecil Aara dengan penuh kasih sayang.
"Apa? Biarlah Leo yang jadi bodyguard Aara. Aara tak percayakan dia ke?"
Adam kata sambil cium dahi miliknya. Aara pandang ke arah Leo di hadapan mereka. Leo tunduk ke arahnya tanda hormat.
"Leonidas Viliulfo D'Arcy at your service."
"Hah?"
Aara terpinga-pinga apabila mendengar nama sebenar Leo buat kali pertama. Adam tersenyum dengan kecomelan dia.
"Leonidas Viliulfo D'Arcy, penolong kanan Black Roses dan rakan yang paling dipercayai sudah dekat 20 tahun. Berasal dari Russia. Know how to fights, weapons, hacking like there's nothing he can't do in this world. In other words, he is a whole package for you."
Adam terangkan kepada Aara dengan bangga. Aara kagum dengan kebolehan Leo itu.
"Tapi bila Aara dengan abang, tak payahlah Leo ada untuk Aara. Abang sendiri boleh jaga isteri comel abang ni."
Adam gesel kepala dia dengan pipi Aara membuatkan dia rimas tapi tak kata apa-apa.
"Ish, sana sikit. Malu lah depan orang ni."
Aara cuba untuk tolak Adam jauh tapi tak berjaya. Dia hanya membiarkan sahaja Adam manja kepadanya.
"Ah, abang baru teringat sesuatu."
Adam berhenti peluk dirinya dan berdiri tegak balik. Dia pandang tepat ke anak mata milik Aara.
"Aara, abang akan sambung tinggal di Malaysia balik."
Adam tanya kepadanya dengan serius. Aara pandang ke arahnya dengan terkejut.
"Malaysia? Kenapa?"
Aara terkejut apabila dia katakan macam tu. Dia fikir Adam akan tinggal di Rusia dan tidak akan kembali ke Malaysia lagi.
Adam tidak kata apa-apa dan hanya pandang ke arahnya dengan muka yang tidak berperasaan. Dia menyentuh pipi gebu milik Aara dan usap dengan perlahan.
"Abang nak balas dendam."
Aara terhenti apabila mendengar ayat itu keluar dari mulut Adam. Dia pandang ke arahnya dengan mata yang terbeliak besar.
"Tapi Aara tak perlu ikut abang buat sementara waktu-"
"Aara nak ikut abang!"
Aara terus memotong ayat Adam dengan pantas. Dia pandang ke arah Adam dengan senyuman lebar. Adam terkejut apabila dia kata begitu.
"What? No, dear. Aara tak perlu ikut abang. It's dangerous. Tinggal je sini dengan Aathif dan Aariz. Mereka boleh lindungi Aara bila abang tak ada."
Adam cuba kata kepadanya dengan lembut. Benda yang dia ingin buat nanti sangat bahaya. Lagi-lagi bila Aara akhirnya menjadi isteri dia. Semua orang tahu yang Aara adalah kelemahan kepada Adam.
"... Aara tak rasa abang ni kejam ke buat macam tu kat keluarga abang sendiri?"
Adam tanya kepadanya dengan pelik. Dia fikirkan Aara akan suruh dia lupakan sahaja balas dendam itu.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...