5 tahun kemudian.
"Iman!"
Iman yang sedang berborak dengan rakan universiti, terhenti apabila mendengar jeritan gila dari Aara. Dia pandang ke arah pintu dan nampak yang Aara tercungap-cungap seperti lari marathon.
"Kau dah kenapa? Macam baru jumpa hantu je?"
Iman lambai ke arah rakan dia sebelum datang dekat kepada Aara itu. Dia sentuh tangan Aara dan tariknya masuk ke dalam makmal itu.
"Aku memang jumpa hantu!"
Aara kata dengan kuat. Dia duduk di atas bangku dan fikir tentang kejadian yang tadi.
"Iya? Hantu apa kau jumpa? Dan asal kau comot dengan cupcake ni?"
Iman kata dengan pelik. Rasanya sebelum dia lepaskan minah ni jalan sekeliling universiti, Aara masih lagi dalam keadaan yang kemas dan bersih. Balik dari jalan-jalan, nampak macam kena langgar lori cupcake pula.
"Aku jumpa Adam!"
Tangan Iman yang sedang lap muka Aara itu, terhenti mendengar nama yang sudah lama dia tidak dengar. Iman pandang ke arah Aara dengan terkejut.
"Kau biar betul?! Adam?! As if Tengku Adam Iqbal?!"
Iman kata dengan terkejut. Aara terus angguk kepadanya.
"Iya! Adam mana lagi kita kenal?"
Aara kata kepadanya. Dia ambil tisu dan lap seluruh muka dia. Selepas dia terlanggar Adam sebentar tadi, Aara terus lari tanpa kata apa-apa. Gelabah punya pasal.
"Dia buat apa kat sini?"
"Aku tak tahu! Tak sekarang ni, memang aku nak jumpa dia tapi bukan sekarang! Aku tak sedia!"
Aara berdiri dan jalan sekeliling makmal itu. Dia bercakap sendirian dan bebel seorang. Semakin pening Iman pandang kawan dia ni.
"Iman, saya ada bawa makanan untuk awak- Oh, Aara ada sekali. Nasib baik saya beli lebih."
Mereka berdua pandang ke arah pintu yang terbuka itu. Nazmi masuk sambil membawa bungkusan makanan yang dia beli.
"Dah kenapa dengan awak?"
Nazmi tanya dengan pelik apabila dia melihat Aara sedang panik itu. Dia letak makanan di atas meja.
"Dia jumpa hantu."
"Saya jumpa hantu!"
Iman dan Aara kata dalam masa yang sama. Iman terus suap fries yang Nazmi beli kepadanya.
"Hantu?"
Nazmi kata dengan pelik. Dia bingung dengan apa yang mereka katakan.
"Dia jumpa Tengku Adam Iqbal tadi."
Iman sambung jelaskan kepada dia. Nazmi terhenti mendengar nama itu. Dia pandang ke arah Aara yang masih lagi bebel sendirian.
"... Shit."
Adam terkebil-kebil apabila melihat Aara lari darinya dan tinggalkan begitu sahaja. Dia nampak sesuatu yang jatuh dari poket Aara ketika dia berlari tadi.
"Aku dapat rasa deja vu..."
Adam fikir sambil ambil barang yang jatuh itu. Dia terkejut melihat kad pelajar milik Aara itu.
"Aston University? Psychology student?"
Adam terkejut melihat kad itu. Dia tidak sangka yang Aara sedang belajar psikologi dan lebih tak sangka yang dia kini berada di UK.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...