"Aku... Aku takut!"
Aara jerit dengan perlahan. Dia tak sangka yang dia akan rasa resah pada hari perkahwinan dia.
"Kalau kau takut, aku pun takut sekali. Bukan ni ke waktu yang kau tunggukan?"
Iman kata kepadanya. Aara pandang ke arahnya dengan berpakaian putih dan tangan yang penuh dengan inai. Makeup dia juga sudah menghiasi di wajahnya.
"Memanglah aku tunggu saat ini. Aku dah boleh... Jadi isteri Adam."
Aara tersenyum riang apabila teringat tentang itu. Hilang sudah resah dia. Iman juling mata dia ke atas dan pandang ke arah Aara dengan mata yang sayu.
"... Dah nak jadi isteri orang dah kawan bising aku ni."
Iman kata di tepi. Aara pandang ke arahnya dan sedar yang Iman tengah sedih. Dia berdiri dan jalan ke arahnya sebelum peluk Iman dengan erat.
"Thanks for everything. Semua perbuatan kau tidak dapat diungkap dengan kata-kata sahaja. Kau orang yang paling aku sayang, Iman. Thanks..."
Aara kata dengan perlahan. Air mata Iman muncul mendengar ayat itu keluar dari mulut Aara. Memang betul dia tak akan dapat benci Aara walaupun Iman sepatutnya benci dia.
"Janganlah buat aku menangis. Mahal ni makeup yang kau tempah."
Iman kata kepadanya. Aara ketawa kecil dan melepaskan pelukan itu.
"Dah siap ke? Kita kena ke dewan sekarang ni. Semua dah ada kat sana."
Raesa kata kepada mereka. Dia pandang ke arah telefon dia yang suaminya sedang mesej.
Aara tarik nafas dia dengan dalam dan genggam jambakan bunga di tangan. Dia angguk kepada kakak iparnya itu.
"Baik. Aara dah sedia."
Sudah tiba masanya Aara akan menjadi milik Adam selama-lamanya. Dia duduk di pelamin dan pandang ke arah bakal suaminya yang duduk berdepan dengan tok imam merangkap client Aathif yang datang dari Malaysia.
Iman pandang ke arah Aara dan tahu yang dia sedang berdebar itu. Dia menepuk bahu kawan baiknya itu dan beri senyuman kecil. Aara balas balik senyuman itu dan pandang ke depan.
Adam yang turut memakai baju melayu putih dan bersongkok, duduk di hadapan tok imam. Dia tarik nafas dengan perlahan untuk tenangkan hati yang sedang berdegup laju.
"Tengku Adam Iqbal bin Tengku Rashid Irfan."
Tok imam menghulurkan tangan dia kepada Adam. Dia terus sambut tangan itu dan terhenti seketika apabila dengar nama dia disebut.
"... Saya."
Adam jawab dengan kuat. Aara genggam tangan dia sebaik sahaja dengar suara Adam.
"Aku nikahkan kau dengan Aara Kaifiya binti Dato' Adli Kaisar dengan mas kahwin RM 50,000 tunai."
Debaran semakin laju di jantung Aara dan Adam.
"Saya terima nikahnya Aara Kaifiya binti Dato' Adli Kaisar dengan RM 50,000 tunai."
Adam jawab dengan tenang. Selepas sahaja dia sebut ayat yang berubah sepenuhnya hidupnya, hati dia rasa tenang.
"Sah!"
Air mata Aara jatuh apabila dia akhirnya selamat bergelar isteri kepada lelaki yang dia cintai. Dia mengucapkan syukur di dalam hati.
Adam pandang ke arah Aara dan memberi senyuman yang paling manis kepadanya. Aara turut memberi senyuman gembira kepada dia.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...