Adam tunduk kepala dia ke bawah dan usap muka dia berkali-kali apabila dia sedar yang ini bukan mimpi. Ayaaz yang berada di sebelah hanya membiarkan Adam untuk hadam realiti yang pahit itu.
"... Kau hidup lagi?"
Setelah sekian lama, Adam akhirnya buka mulut dia. Ayaaz pandang ke arah dia sekilas sebelum berpeluk tubuh.
"Well, dengan kuasa Allah. Aku dapat bernafas lagi."
Ayaaz kata kepadanya. Adam tarik nafas dengan dalam sebelum hembus dengan perlahan. Dia sendiri tak tahu nak bagi reaksi apa kepada lelaki itu. Sepanjang 10 tahun, dia sudah berlakon sebagai lelaki itu. Dia tak tahu apa yang patut dia tanya kepadanya.
"... How? Dan kenapa sekarang?"
Adam kata kepadanya dengan perlahan. Dia pusing dan tenung ke arah Ayaaz yang berada di sebelahnya itu. Dia pandang ke arah topeng yang dipakai oleh Ayaaz itu.
Ayaaz berfikir sekejap sebelum menjawab soalan itu. Dia tarik nafas dan sediakan mental untuk jawab soalan yang paling susah itu.
"Kau ingat lagi tak sebab kemalangan itu?"
Mana mungkin Adam akan lupa tentang sebab kemalangan itu terjadi. Dia sakit mental sebab kemalangan itu. Hidup dia jadi macam ni sebab kemalangan itu. Dia hampir dibunuh sebab kemalangan itu.
Dia dipaksa untuk menjadi 'Tengku Adam Iqbal' sebab kemalangan itu. Setelah kemalangan itu terjadi, hidup Adam berubah 100%.
"... Sebab aku... Kemalangan tu terjadi sebab aku..."
Adam kata dengan perlahan. Ayaaz hanya diam apabila dia kata macam tu.
10 tahun lalu ketika Adam berumur 11 tahun dan Ayaaz berumur 13 tahun.
"Az!"
Ayaaz dengar suara yang sedang memanggil dirinya dari belakang membuat dia terhenti. Dia pusing ke belakang dan tersenyum melihat anak majikan yang sedang berlari ke arahnya.
"Tuan muda Adam."
Ayaaz berhenti dan membiarkan Adam yang berusia 11 tahun itu untuk datang ke arahnya.
"Happy birthday!"
Adam kata kepadanya dengan penuh gembira. Ayaaz ketawa apabila Adam ucapkan kepadanya.
"Terima kasih. Saya ingat Tuan Muda dah lupa."
"Tak mungkinlah lupa. Saya yang bagi tarikh lahir tu untuk awak, Az. 23 haribulan Mac."
Ayaaz tersenyum lebar melihat kecomelan Adam yang polos itu. Tak sangka yang budak ini dilahirkan di dalam keluarga yang bahaya dan akan menjadi ketua kepada Black Roses di masa hadapan.
"Saya dah bagitahu ayahanda untuk minta awak bawa keluar hari ni. Kita pergi jalan-jalan."
Adam kata dengan teruja. Senyuman Ayaaz bubar apabila dia kata macam tu. Tengku Rashid bagi ke Ayaaz keluar dari kawasan perumahan tu? Ayaaz dengan Tengku Rashid tak pernah sebulu. Selalu sahaja ada benda yang tak kena dengan budak yang baru berusia 13 tahun itu. Ayaaz dapat rasakan yang Tengku Rashid betul-betul bencikan dia.
"Tuan bagi ke saya keluar, Tuan Muda?"
Ayaaz bertanya untuk kepastian. Adam angguk kepadanya. Pelik. Sejak dia diambil untuk bekerja di bawah Black Roses tiga tahun lepas, Ayaaz tak pernah keluar dari kawasan perumahan itu.
Mungkin sebab anak kesayangan ni kot dapat bagi Ayaaz keluar. Adam ni anak emas keluarga Tengku Rashid dan anak kesayangan ayah dia sendiri.
"Okay. Kita nak pergi mana?"
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...