Aara duduk di cafe berdekatan dengan universiti itu. Dia sedang menunggu Adam untuk mengambil kad dia kembali. Nazmi duduk berjauhan darinya.
"... Patut ke aku lari sekarang? Menyesal pula setuju tapi ni demi kad aku. Kalau hilang memang tak boleh nak masuk universiti nanti..."
Bebel Aara sendirian. Dia semakin resah menunggu Adam sehingga sudah cawan kedua yang dia order itu hampir habis.
Pintu cafe itu terbuka sehingga berbunyi loceng kecil membuatkan Aara mengangkat muka untuk lihat pelanggan itu. Dia terhenti melihat Adam masuk ke dalam cafe itu.
"... Damn. Asal dia makin handsome?"
Detik hati Aara. Adam yang mengenakan kot perang muda bersama turtle neck berwarna putih. Dia pandang sekeliling dan berjumpa mata dengan Aara membuatkan Aara terlompat. Adam datang dekat dan duduk di hadapannya.
"Sorry lambat."
Aara dapat rasa sesuatu apabila mendengar suara garau milik Adam. Bukan suara yang dia pernah ingat tapi suara orang dewasa.
"T-Tak apa. Aku pun baru sampai... Haha..."
Aara hirup kopi yang dia order. Adam pandang ke arah cawan kedua Aara itu dan tahu yang dia bohong kepadanya.
Mereka berdua tidak kata apa-apa sehingga Aara rasa rimas dengan keadaan mereka berdua. Dia jeling ke arah Adam dan nampak lihat yang Adam semakin matang dan dewasa.
"Look. That man is so handsome."
Aara dapat dengar bisikan pelanggan dalam kedai itu. Dia sendiri nampak yang mereka sedang pandang ke arah Adam dengan mata yang gatal.
"... Ah. Aku baru teringat sesuatu."
Aara terfikir sebelum dia pandang Adam yang sedang pandang ke arah menu itu.
"... Ni bukan Adam yang aku kenal..."
Adam sedar yang Aara sedang perhatikan dirinya. Dia pandang ke arah gadis itu.
"Kau nak order sesuatu ke?"
Adam tanya kepadanya. Aara dapat rasa sesuatu mendengar suara garau itu membuatkan dia menggigit bibir sebelum memberi senyuman palsu kepada dia.
"Tak ada lah. Aku dah order..."
Aara kata kepadanya. Adam angguk sebelum panggil pelayan dan memberi pesanan. Aara tenung ke arahnya.
"... Ni bukan Adam yang membuatkan aku jatuh cinta kepadanya..."
Aara pandang ke arah cawan kopi yang hampir habis itu. Dia genggam sebelum hirup sehingga habis. Dia rasa sakit dengan apa yang dia fikir sekarang.
"Adam yang aku cinta... Bukan Adam di hadapan aku sekarang ni."
Adam pandang ke arah Aara yang terlihat sedih itu. Dia mengeluarkan kad pelajar miliknya dan hulur kepada dia. Aara angkat muka apabila melihat kad itu.
"Nah, kad kau."
Adam kata kepadanya. Aara mengambil kad itu dari tangannya dan senyum kecil.
"Terima kasih."
Aara kata dengan pendek. Dia simpan dengan betul di dalam beg supaya tidak hilang lagi.
Adam pandang ke arah rupa Aara di hadapan dia. Aara terlihat lebih matang dari yang dia ingat. Rupa dia juga bertambah lebih cantik dan elegan dalam satu masa. Bukan seperti Aara pelajar sekolah menengah.
"Kau bertambah cantik, Aara..."
Detik hati Adam. Minuman dia akhirnya sampai. Pelayan wanita itu memberi air kepadanya sambil hulurkan sekeping kertas kecil di tangan dia sebelum beredar.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...