Aara tersenyum lebar melihat KLCC di hadapan matanya setelah lima tahun tidak kembali. Dia pandang ke arah jam tangan miliknya sebelum mengatur cermin mata hitam yang dia pakai.
"Dia mesti dah sampai."
Aara kata dengan senang. Dia berjalan kaki ke arah cafe yang berdekatan dengan KLCC itu. Iman dan Nazmi hanya ikut dia memandangkan mereka berdua adalah bodyguard dia.
"Kau pasti nak jumpa dengan dia?"
Iman tanya kepada Aara buat kali terakhir walaupun dia tahu Aara memang susah nak tukar fikiran. Keras kepala dia memang tak boleh bawa bincang.
"Of course lah. Aku dah rancang dah masak-masak. Apa kata kau dan Nazmi pergi dating ke? Guna kredit kad aku. It's unlimited."
Aara menghulur satu kad hitam miliknya kepada Iman dan kenyit mata kepada mereka. Biarlah dia selesaikan misi ni seorang diri tanpa mereka.
"Hah? Takkan nak tinggal kau seorang?"
Iman tanya dengan pelik. Aara hanya tersenyum sahaja.
"Tak apa. Kau pun dah lama tak date kan? Pergilah. Dah siap nanti aku bagitahu. Bye!"
Aara terus pergi meninggalkan mereka tanpa mendengar apa yang mereka katakan. Iman hanya mampu geram sahaja. Nasib baik dia ikut Aara dapat bayaran dari Aathif. Kalau tak, dah lama dia tinggalkan minah seorang diri.
Aara masuk ke dalam kedai itu dan pandang sekeliling. Dia nampak kelibat wanita yang berseorangan itu dan terus tahu siapa itu.
"Lama ke tunggu?"
Aara kata sambil tersenyum manis. Dia duduk di depan wanita itu dengan selamba. Aara pandang ke arah wanita itu.
"Tak... Tak lama sangat. Yana pun baru sampai."
Aiyana, adik tirinya yang hampir lima tahun dia tidak berjumpa. Dia yang berpakaian kot hitam bersama dengan kemeja putih.
"Lama kita tak berjumpa. Yana jadi director kat Flo's Holdings kan? Okay tak?"
Aara kata kepadanya. Dia memanggil pelayan untuk order air.
"Umm..."
Aiyana tidak berkata apa-apa dan hanya bermain jari. Aara tenung ke arahnya.
Dia tahu mesti sukar setelah apa yang terjadi di dalam hidupnya. Bapa tiri kena masuk penjara, dipaksa untuk menjaga syarikat walaupun masih muda dan bukan pewaris asal dan ibu ada scandal dengan orang yang lebih muda darinya.
Aara mengaku yang dia turut kesian kepada Aiyana yang dilayan seperti puteri di dalam keluarga berubah 100% dalam sekelip mata.
"It's okay. Akak faham apa yang Yana lalui."
Pelayan datang ke meja mereka sambil membawa ais chocolate dan sirap limau kesukaan Aiyana. Aara berterima kasih kepada pelayan itu.
"Ibu macam mana?"
Aiyana terhenti apabila Aara tanya begitu. Dia teringat tentang perangai Puan Zafirah sepanjang Dato' Adli di dalam penjara.
Keluar awal pagi dan balik lewat malam. Kadang-kadang sampai tidak balik langsung ke rumah. Membawa ramai lelaki yang tak dikenali ke dalam bilik. Curi duit di dalam bank account Aiyana sendiri.
"... Semakin teruk."
Aiyana kata kepadanya setelah berdiam diri. Aara hanya angguk kepala. Dia faham apa yang Aiyana maksudkan.
"Betul ke akak jumpa Yana sebab dapat hentikan ibu?"
Aiyana tanya kepadanya. Aara tenung ke arahnya sebelum tersenyum polos.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...