"Baju ni cantik. Okay tak?"
Aara tanya kepada Adam selepas dia selesai mencuba baju nikah yang mereka akan pakai sebulan sahaja lagi. Adam pandang ke arahnya dan tersenyum kecil.
"Orang yang pakai ni lagi cantik."
Adam memberi ayat manis kepadanya. Aara terus malu apabila dia kata begitu dan pukul lengan dia.
"Ish, janganlah macam ni. Malu!"
Aara kata dengan suara kepit. Adam hanya ketawa sahaja.
"Ya Allah, apa salah hambamu ini untuk menghadap pasangan gedik ni?"
Adra kata sambil buat muka yang jijik. Dia terpaksa menjadi wakil dari ahli keluarganya memandangkan semua sibuk.
"Aku patut minta Daiyyan datang je... Taklah hadap depa ni lama-lama."
Adra sambung bebel sendiri. Dia mengambil cuti dari kedai dia sendiri. Malangnya Daiyyan tidak boleh cuti awal memandangkan ada kerja untuk diselesaikan. Dia akan balik pada perkahwinan itu nanti.
"Oh, ya."
Aara baru sahaja teringat tentang sesuatu dan pandang ke arah Nazmi yang menjadi bodyguard mereka.
"Iman kata dia tak dapat join sebab ada hal. Apa hal tu?"
Aara tanya kepadanya. Nazmi pandang ke arah telefon dia. Last dia mesej Iman pagi tadi bila Iman minta kebenaran untuk keluar.
"Saya pun tak tahu. Dia keluar awal pagi tadi."
Nazmi kata kepadanya. Aara mencebik dan pandang ke arah diri dia di dalam cermin itu. Dia rasa sedih apabila tidak dapat shopping barang kahwin dengan kawan baik dia sendiri.
"... Iman pun tak bagitahu nak ke mana kat aku..."
Detik hati Aara. Dia dapat rasakan ada benda yang tak kena apabila dia teringatkan tentang Iman.
"Kak! Dah ke tu?! Adra dah lapar ni!"
Jeritan Adra menarik Aara semula kepada realiti. Aara pandang ke arahnya dan juling mata.
"Iya, jap! Lepas ni kita pergi makan pula."
Aara kata dan masuk balik ke dalam bilik pakaian itu. Nanti lama-lama bising pula adik dia seorang tu.
Nazmi menaip sesuatu dan hantar mesej kepada isteri dia itu. Dalam beberapa minit, langsung tiada balasan darinya. Dia semakin risau sebab Iman selalu jawab mesej dia dengan cepat.
"... Apa yang terjadi?"
"I'm sorry, Mrs Iman. It seems like you can't get pregnant."
Iman terpaku apabila mendengar ayat itu keluar dari mulut doktor itu. Dia pandang ke arahnya seperti tidak percaya.
"... Huh? I-I can't... Pregnant?"
Suara Iman sudah terketar-ketar akibat mendengar berita itu. Doktor perempuan itu angguk kepadanya dengan sedih.
"After the treatment, you can't get pregnant due to your body. We don't know why but we think it's must because that of your genetic. Did your mother also have it?"
Doktor tanya kepadanya. Iman fikir sekejap. Bila dia teringatkan balik ibu dan ayah dia dapat dia ketika mereka sudah tua dan Iman adalah anak tunggal di dalam keluarga dia.
Jadi, kemungkinan besar juga ibu dia sebenarnya tidak boleh mengandung tetapi Iman adalah keajaiban yang berlaku.
"... I think so..."
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...