Selesai sahaja perkahwinan Aara dan Adam, Iman sambung balik pelajaran dia ke di Cambridge. Dia memang ada pulang ke Malaysia tempoh hari sebelum pulang ke Cambridge.
Iman berhenti menaip di komputer riba dia dan mengeluh kepenatan. Dia mengambil air yang dia order and hirup dengan perlahan. Dia teringat kembali tentang perbualan dia bersama ahli keluarganya.
"Iman nak cerai dengan Nazmi."
Semua orang terkejut mendengar luahan Iman yang tiba-tiba itu. Mereka berhenti makan dan pandang ke arahnya dengan mata terbeliak luas.
"Hah?! Cerai?!"
Puan Cahaya Ayrin, ibu kepada Iman kata dengan terkejut. Iman tidak kata apa-apa dan pandang ke arah makanan di depan mata dia.
"Iman, kenapa tiba-tiba ni? Ada masalah ke dengan Nazmi?"
Encik Ahmad Kassim kata kepadanya dengan lembut. Dia percaya yang Iman mungkin ada sebab-sebab tersendiri dan tak pernah buat keputusan terburu-buru.
"Sekejap. Kamu pulang ni. Nazmi tahu tak?"
Nurina Izzati, kakak angkat kepada Iman tanya kepadanya dengan pelik. Suaminya di sebelah turut terkejut dengan mendengar berita itu.
Iman masih lagi tidak kata apa-apa tapi mereka semua tahu yang Iman sedang mengumpul semua keberanian untuk memberi tahu mereka.
"Iman. Kenapa ni? Mummy boleh bantu kalau ada benda tak kena. Janganlah buat macam ni kat Nazmi. Dia baik tau."
Puan Cahaya kata kepadanya. Iman terhenti apabila dia kata begitu. Encik Ahmad Kassim sedar tentang itu sebelum pandang ke isterinya dan geleng kepala.
"Nazmi layan kamu... Macam mana? Okay ke?"
Encik Ahmad Kassim kata kepadanya dengan lembut. Air mata Iman muncul secara tiba-tiba di kelopak mata dia.
"... Baik. Dia layan adik dengan baik."
Iman kata dengan perlahan. Mereka semakin pelik apabila dia kata begitu. Puan Cahaya berdiri dan datang dekat kepadanya.
"Iman sayang. Kenapa ni? Cakaplah dengan mummy. Kenapa tiba-tiba?"
Puan Cahaya kata kepadanya dengan lembut. Iman angkat muka dia dan pandang ke arah ibunya dengan air mata yang mengalir.
"Mummy..."
Iman sudah tidak tahan lagi dan dia menangis teresak-esak di depan mereka. Puan Cahaya terus memeluk dia dengan erat.
"It's okay... Mummy ada dengan Iman. Bagitahu kenapa."
Puan Cahaya kata kepadanya dengan lembut. Iman menangis di dalam dakapan ibunya itu.
"A-Adik... Adik tak boleh mengandung."
Semua terhenti mendengar luahan itu. Puan Cahaya turut membeku apabila dia kata begitu. Dia pandang ke arah Iman dengan muka yang terkejut.
"Iman..."
Encik Ahmad Kassim terus berdiri dan peluk mereka berdua. Dia tahu yang isteri dia teringatkan kisah silam dia dan tahu sebab kenapa Iman tidak boleh mengandung.
"... Penyakit tu turun kat kamu ke?"
Puan Cahaya tanya dengan lembut. Suara dia bergetar seperti sedang menahan tangisan yang akan meletus bila-bila masa. Iman angguk kepadanya.
Semua orang diam dan hanya membiarkan Iman menangis di situ. Melihat Iman menangis teresak-esak membuatkan Encik Ahmad Kassim teringatkan tentang isterinya dulu.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...