Farisha duduk di dalam bilik dia berseorangan dan tidak keluar langsung sejak kena marah dengan Ayaaz. Dia takut untuk berdepan dengan suaminya itu.
"Apa aku patut buat...? Ayaaz adalah penyelamat aku..."
Farisha bisik kepada diri sendiri. Dia sentuh perut dia yang hampir membesar itu dengan penuh lembut.
"... Patut ke aku gugur...?"
Detik hati Farisha sebelum dia sedar apa yang dia fikirkan. Dia geleng kepalanya dengan cepat dan pandang sayu.
"Ni anak aku dan Ayaaz... Dia sepatutnya membesar dengan baik..."
Farisha kata dengan perlahan. Dia tengah berbolak-balik untuk pilih suaminya atau anak yang dia sedang kandungkan sekarang.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk dari luar membuatkan Farisha tersentak. Dia mendengar suara Danish disebalik pintu itu.
"Puan Farisha, ni saya, Danish."
Farisha pandang ke arah pintu itu dengan penuh ketakutan. Masa dia sudah tiba ke? Dia turun dari katil dan datang dekat dengan pintu itu. Dia tarik nafas dengan dalam untuk menenangkan hati dia.
"Y-Ya?"
Farisha akhirnya membuka pintu dia sedikit dan pandang ke arah Danish yang sedang tunggu dia di luar.
"Tuan suruh saya bawa Puan ke hospital sekarang."
Farisha dapat jantung dia berhenti seketika sebelum dia genggam pintu itu dan angguk. Nampaknya dia terpaksa pilih Ayaaz dari anak.
"Baik, berikan saya masa untuk bersiap..."
Farisha kata dengan perlahan. Danish angguk dan memberi dia privasi untuk bersiap.
Farisha menutup pintu itu dan pandang ke arah lantai dengan air mata yang jatuh dari kelompak mata dia. Dia menutup mukanya untuk menahan tangisan daripada tercetus.
"Maafkan ibu, sayang..."
Detik hati Farisha. Dia rasa bersalah sebab anaknya tidak akan dapat hidup di muka bumi ini.
Farisha akhirnya bersiap-siap dan keluar dari bilik itu. Danish sudah tunggu dia di luar pintu.
Sewaktu Farisha lalu di depan bilik kerja Ayaaz, dia berhenti sekejap dan pandang ke arah pintu itu. Ni ke kehendak suaminya...?
"... Puan."
Danish panggil dia. Farisha sedar kepada realiti dan terus jalan ke arahnya.
"Maaf."
Mereka keluar dari rumah itu dan masuk ke dalam kereta milik Danish. Tanpa sedar, Ayaaz perhatikan Farisha di dalam bilik kerjanya.
Dia tahu yang Farisha mungkin fikirkan tentang benda yang negatif. Dia teringin nak teman Farisha ke hospital sekali tapi dia kena sorok identiti dia.
Ayaaz mengeluh dengan kuat dan membuka topeng putih yang dia sedang pakai. Kesan parut bakar pada separuh mukanya, disentuh dengan perlahan.
Di hospital, Farisha dapat tahu yang Danish kena menyamar sebagai suami dia. Dia tahu dan setuju demi menjaga identiti Ayaaz.
"Nampaknya kandungan Puan sihat. Baby bump akan membesar tak lama lagi."
Doktor perempuan itu kata kepada Farisha sebaik sahaja dia membuat pemeriksaan pada kandungan dia.
"Oh... Terima kasih..."
Farisha cuba untuk memberi senyuman palsu. Dia kena bersedia untuk menghadapi semua ini.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...