Aara Kaifiya's (20)

271 31 0
                                    

Leo membawa kereta itu keluar daripada kawasan itu. Suasana di dalam kereta terlalu sunyi. Tiada bunyi radio langsung.

Aara pula semakin takut dengan reaksi Adam yang tidak kata apa-apa sejak dari tadi. Dia jeling ke arahnya tapi Adam masih lagi tayang muka yang dingin dan tidak berperasaan.

"Adam-"

Aara baru sahaja nak sebut nama dia dengan lembut terhenti apabila Adam potong ayatnya dengan pantas.

"Kau dah tak sayang nyawa ke, Aara? Kenapa kau bodoh sangat pergi kat situ? Tu kawasan larangan kau tahu tak? Dah penat hidup ke? Tak cukup lagi ke dengan buta sebelah, kau nak mati kat situ?"

Adam memberi kata-kata pedas yang teramat kepadanya. Dia terlalu marah dan geram dengan Aara ni. Lagi dia nak lindungikan minah ni, lagilah minah ni datang dekat kepada orang yang bahaya.

"Eh, kau-"

"Do not talk until I finish."

Adam jeling ke arahnya dengan marah membuatkan Aara terus menutup mulutnya. Batal terus niatnya yang baru nak lawan kata Adam.

"Kau kan... Haih... Kenapa kau berani sangat ni? Aku lindungi kau dari dia, kau faham tak? Kenapa kau gatal sangat nak datang dekat dengan dia?"

Adam kata kepadanya dengan geram. Aara sudah menadah telinga untuk mendengar bebelan itu. Dia tahu yang dia takkan menang dengan Adam dalam perang mulut. Kalau dulu, ya, dia menang tapi sekarang lain.

"Lepas tu, kau pergi pula jumpa Nurul Aliyah. Kau tahu tak keluarga dia dan ayah aku rapat? Kalau perempuan tu buka mulut pasal kau kat ayah aku, hidup kau dalam bahaya."

Adam kata lagi kepadanya. Dia dapat info yang Aara kini berada di Headquarters pun dari Tiara bila wanita tu nampak Aara berdiri seperti tunggul di situ. Apa lagi? Adam terus ke situ untuk bawa Aara pulang.

Aara perhatikan Adam yang membebel itu tapi dia tahu yang Adam tengah risaukan dirinya. Dia baru tahu yang Adam tidak pernah cerita tentang ayahnya kepada Aara dan tidak dapat membantah arahan Tengku Rashid untuk berkahwin adalah untuk selamatkan Aara jauh darinya.

"... Kau risau pasal aku ke?"

Aara memotong bebelan itu. Dia menggunakan suara yang lembut membuatkan Adam terhenti.

Adam pandang ke arahnya dan mengeluh. Dia tahu tak ada gunanya nak bergaduh dengan Aara sekarang.

Dia juga tahu yang mungkin Aara sudah tahu tentang siapa diri sebenar Tengku Rashid. Jadi, dah tak ada guna nak sorokkan hal ini darinya.

"Adam... Kenapa kau tak bagitahu aku tentang ni? Yang kau dalam bahaya? Yang ayah kau sebenarnya... Gila?"

Aara tanya dengan lembut. Dia pandang ke arah Adam dengan penuh kesedihan. Adam rasa perit apabila melihat sinaran di mata coklat milik Aara.

"... Kau merana di dalam keluarga ini berseorangan. Kau terpaksa menjadi waris untuk selamatkan diri. Padahal aku selalu cemburu yang kau ada keluarga yang sempurna."

Aara kata kepadanya. Adam tidak menafikannya. Dia tahu yang Aara pernah pandang ke arahnya dan Puan Dania dengan pandangan yang cemburu. Cemburu yang Adam mempunyai kasih sayang dari ibubapa dia sendiri.

Siapa sangka yang Adam dan Aara sebenarnya sama sejak dari dulu lagi? Cuma Adam pandai sembunyikam perasaan dia yang sebenar dan Aara gagal untuk sembunyikannya.

Disebabkan itu, Aara dapat diselamatkan dengan cepat. Dia pun masih ada ahli keluarga yang masih sayang kepadanya tapi Adam? Tiada.

Tiada siapa yang sayang kepadanya. Tiada siapa yang sanggup selamatkan dia dari keluarga itu. Hidup dia sudah terikat di tangan Tengku Rashid sendiri.

𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now