Aara Kaifiya's (9)

304 24 0
                                    

10 tahun lepas.

Seorang budak lelaki yang berusia 13 tahun duduk di atas katil hospital itu dengan muka yang berbalut. Hampir keseluruhan badannya juga kena balut.

Dia terkaku apabila mendengar berita itu. Puan Dania pengsan sebaik sahaja mendengar berita itu manakala Tengku Rashid menolong isterinya. Seorang gadis 15 tahun itu menangis ketika mendengar berita itu.

"Kenapa kau tak halang dia?! Kenapa kau biar dia mati?!"

Remaja perempuan itu jerit kepadanya budak lelaki itu dengan kuat. Dia memukul budak lelaki itu sehingga pihak hospital terpaksa menghalang dia.

"Semua ni takkan terjadi kalau kau halang dia! Kenapa dia yang mati?!"

Remaja perempuan itu berusaha untuk melepaskan diri dari nurse dan doktor. Dia pandang ke arah budak lelaki itu dengan penuh kemarahan.

"Kenapa bukan kau yang mati?! Kau penyebab adik aku mati! Pembunuh!"

"Ayaaz, kau bunuh Adam!"

"Adam!"

Adam terus buka mata dia sebaik sahaja Adina jerit kepadanya. Dia pandang ke arah Adina dengan muka yang berpeluh. Dia juga susah untuk bernafas apabila teringat memori itu.

"Koh!"

Adam batuk dengan kuat sehingga Adina turut terkejut dan risau. Adam tiba-tiba sukar untuk bernafas dan muka dia berpeluh teruk.

"Adam!"

Adina kata dengan penuh risau. Leo pandang ke arah mereka.

"Tuan Muda! Makan ubat-"

Leo kata dengan pantas. Adam mengeluarkan ubat yang dia sorok dalam poket dengan tangan yang menggigil.

Adina nampak yang dia sedang menghadapi kesukaran dan terus menolong mengambil ubat itu. Dia memberi sebiji ubat pil dengan air yang disediakan.

Adam terus menelan dan minum air. Dia dah mula tenang dan angkat muka dengan perlahan untuk pandang ke arah Adina.

Adina terkedu apabila membaca ubat-ubat yang Adam makan itu. Dia pandang ke arah Adam dengan muka yang terkejut.

"... Kamu..."

Adina tidak mampu untuk habiskan ayat dia. Adam hanya pandang ke arahnya dengan muka yang kosong sebelum angguk.

"Well, after everything, tak terkejut kalau saya tiba-tiba dapat penyakit mental, kak. After all..."

Adam pandang tepat ke anak mata hitam milik Adina. Wanita itu terkedu melihat tiada sinar di sebalik mata hitam adiknya itu.

"This is also your fault."

Adam terus keluar dari kereta sebaik sahaja kereta itu parking di dalam kawasan perumahan. Leo terus ikut dia dan meninggalkan Adina berseorangan di dalam kereta itu.

Dia masih lagi terfikirkan tentang apa yang Adam katakan dan ubat yang baru sahaja dia baca. Dia adalah bakal scientist dan semestinya dia tahu tentang ubat itu.

"... Ni semua salah aku...?"

Adina kata dengan perlahan. Air mata dia jatuh apabila teringat tentang Adam.

"Tuan Muda! Tak baik tinggalkan Cik Muda seorang!"

Leo kata sambil kejar Adam yang hanya pekakkan telinga dia. Dia terus masuk ke dalam rumah dan nampak Puan Dania di situ.

"Ah, Adam!"

Puan Dania seronok melihat anak bujangnya itu. Adam pandang ke arahnya sebelum senyum palsu.

𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now