Aara Kaifiya's (3)

339 24 0
                                    

"... Aku akan mati ke kalau aku bagitahu abang aku pasal Adam?"

Aara tanya kepada Iman sambil duduk di atas katil dia. Iman yang sedang memakai skincare itu, pusing ke arahnya.

"Abang kau tak sanggup nak bunuh kau tapi mereka sanggup nak bunuh Adam bila mereka dapat tahu. Lagi-lagi, Tuan Aariz. Percaya lah."

Iman kata kepadanya. Dia memakai mask muka dan tersenyum puas melihat kecantikan dirinya.

"Hmm... Dulu kau kahwin dengan Nazmi macam mana?"

Aara tanya kepadanya. Iman terhenti apabila dia kata begitu. Dia terus pandang ke arah Aara yang sedang menanti jawapan darinya.

"Hah? Aku dengan Nazmi?"

Iman tanya seperti tidak percaya soalan itu darinya. Aara peluk bantal dan angguk kepadanya.

"Macam tu la aku rasa. Perkahwinan kami pun parents yang rancang. Aku dengan dia hanya ikut je."

Iman kata sambil tutup bekas skincare. Dia sikat rambut yang panjang itu.

"Takkan lah macam tu je kot. Aku nak dengar cerita sepanjang kau berkahwin ni."

Aara kata kepadanya dengan penuh semangat. Iman mengeluh dan letak berus itu. Dia pusing ke arahnya.

"Aara, dia terus ke Spain lepas perkahwinan kami. Aku dengan dia jarang berjumpa. Setiap cuti semester je jumpa. Tu pun sebab dia ada kerja dekat sini. Aku sibuk dengan PhD aku. Dia sibuk dengan kerja."

"Jadi, kalau kau harapkan kisah cinta antara kami, jangan harap. Kadang-kadang aku rasa macam bukan orang dah kahwin tau."

Iman membebel di sebelah. Dia berdiri dan duduk di atas katil bersebelahan Aara.

"... So, kau belum buat malam pertama dengan dia lah ni?"

Iman terhenti mendengar soalan polos dari Aara. Dia pandang ke arah Aara dengan muka yang merah.

"Hei! Itu hal aku je! Kau tu kecil lagi. Mana boleh tahu!"

Iman marah kepadanya. Aara mencebik apabila dia kata begitu dan mengeluh. Bukan dia sama umur ke dengan Aara? Kurang asam betul.

"Jadi, tak semua perkahwinan ni bahagia lah..."

Aara kata dengan perlahan. Iman pandang ke arahnya dan duduk rapat dengan dia.

"Tak juga, Aara. Kalau nak buat masjid yang dibina itu bahagia, pasangan suami-isteri kena lah bekerja keras untuk menjayakan masjid. Kalau kau nak bahagia, bahagia lah kau nanti. Semua orang dapat cabaran ketika berkahwin. Untuk lihat yang masjid itu kukuh atau tidak."

Iman kata kepadanya. Dia bermain dengan rambut pendek milik Aara.

"... Masjid kau macam mana, Iman?"

Aara pandang ke arahnya. Melihat sahaja muka polos Aara, Iman hanya tersenyum sahaja.

"Neutral. Tak terlalu kukuh dan tak terlalu goyah. Like I said, semua pasangan akan mempunyai cabaran ketika berkahwin. Termasuk aku."

Iman kata kepadanya. Aara hanya terdiam sahaja sambil memikirkan apa yang dia sampaikan.

"Jap. Asal tiba-tiba cakap pasal kahwin ni? Kau nak kahwin ke?"

Iman terus pandang ke arah Aara. Baru dia sedar yang Aara dari tadi tanya tentang kahwin.

"Semua orang nak bina masjid, Iman."

Aara kata kepadanya. Iman hanya juling mata dia ke atas.

"Aku hanya fikirkan saja tentang ni. Aku tak bersedia untuk berkahwin lagi."

𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now