Aara Kaifiya's (35)

229 13 1
                                    

"Aara... Aara yakin ke dengan keputusan Aara ni?"

"Ya, angah. Aara yakin."

Aara jawab soalan Aariz yang kali keberapa pun dia tak tahu. Sejak Adam bagitahu yang mereka akan pindah balik ke Malaysia dalam masa terdekat, Aariz tak berhenti untuk tanya tentang keputusan dia tu.

"Angah bukan apa, Aara. Angah risau je dengan Aara."

Aariz kata kepadanya. Aara mengeluh dan angguk kepadanya.

"Aara tahu, angah. Percayalah pada Adam dan pekerja dia. Keselamatan Aara terjamin dengan mereka."

Aara kata kepadanya dengan lembut. Jangan tiba-tiba Aariz halang Aara pula sudah. Semua barang dia dah pindah kat Malaysia sana tu.

"Yang tu lagi satu. Angah takut Adam buat something kat Aara."

Aara berkerut apabila dia kata begitu. Bergaduh lagi ke Aariz dengan Adam ni? Dah jadi ipar pun gaduh lagi.

"Buat apa pula, angah?"

Aara kata kepadanya dengan pelik.

"Mengandungkan Aara."

"Koh!"

Adam yang sedang minum air kopi dan dengar sahaja perbualan mereka dari tepi, terbatuk dengan kuat apabila Aariz kata kepada Aara dengan selamba.

"Angah!"

Mata Aara sudah terbeliak luas apabila Aariz kata macam tu. Dia terus pukul lengan sasa Aariz itu.

"Aara lupa ke yang Aara bukan tinggal seorang diri kat sini? Tahu dah halal tapi jangan lupa yang ada orang tinggal juga kat rumah ni."

Aariz juling mata dia ke atas dan hirup air kopi yang Aara sediakan untuk mereka. Muka Adam dan Aara sudah menahan malu apabila kantoi dengan dia.

"Along dengar je tapi buat bodoh. Alah, orang baru kahwin. Biasalah. Macam kau dan Juli. Kalau boleh, setiap hari nak buat tu "

"Thif!"

Aathif kata kepada kembarnya itu dengan sinis. Aariz sudah jegil mata dia dengan marah.

"Kalau Aara mengandung, bagitahu along. Jangan cuba nak rahsia."

Aathif pandang pula ke arah Aara di hadapan mereka. Aara mengeluh dengan kuat dan menekup muka dia dengan kepenatan apabila abang-abang dia perangai macam ni. Tak padan dengan orang yang bahaya di dunia.

"Aara baru kahwin, along. Baru dua minggu."

Aara kata kepadanya dengan muka yang penat melayan kerenah mereka berdua ni.

"Eh, along kau ni tak sampai seminggu dah mengandungkan si Riya tu."

Aariz terus masuk campur untuk kenakan Aathif. Maka dengan itu, mulalah pergaduhan mulut dengan si kembar itu.

"T-Tolonglah ubah topik lain."

Adam kata di tepi dan rasa tenaga dia hilang apabila dilayan sebegitu oleh abang iparnya itu.

Pada malam itu, Aara terfikir tentang perbualan mereka. Dia tenung ke arah cermin di hadapan dia dengan muka yang serius.

"Sayang? Kenapa pandang macam tu?"

Adam yang baru sahaja keluar dari bilik air itu, pelik melihat isterinya berdiri di depan cermin dengan muka yang serius.

Aara tak kata apa-apa kepadanya dan pandang tubuh badan dia. Ada beberapa parut disebabkan kemalangan itu di sekitar tubuh badan dia.

𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now