Aara duduk di sebelah katil sambil menutup muka dia. Selepas sahaja Leo tolong mereka dan bagi ubat yang sepatutnya kepada Adam, Aara masih lagi tidak kata apa-apa. Adam yang sedang tidur di katil selepas sahaja kena panic attack dengan muka yang pucat.
Leo yang setia berada di sebelah turut tidak kata apa-apa. Dia tidak tahu apa yang terjadi antara mereka berdua. Dia cuma dapat dengar jeritan Aara dari luar membuatkan dia tahu yang mereka sedang bergaduh. Bukan gaduh manja seperti selalu tapi betul-betul gaduh.
Leo turut nampak yang Aara sudah tahu tentang siapa diri Adam yang sebenar melihat betapa bersepah barang-barang yang Adam sorokkan ketika menolong Adam. Jadi, mungkin sebab itulah mereka bergaduh.
"... Ulang balik."
Leo sedar kepada realiti apabila mendengar suara lemah milik Aara. Dia terus pandang ke arah wanita itu. Aara tenung ke arah Adam dengan muka yang kepenatan.
"Adam ada penyakit Bipolar Disorder Depression."
Leo ulang balik kepadanya. Tiada guna dah untuk sorok perkara ini dari Aara memandangkan dia dah tahu dengan banyak.
Penyakit yang Aara terlalu kenal sebab dia juga pernah alami penyakit itu. Aara tarik nafas dengan dalam dan genggam tangan dia.
"Adam kahwin dengan saya tapi dia tak bagitahu pun pasal penyakit dia. Apa lagi yang kau orang sorokkan?"
Aara pandang ke arahnya dengan muka yang penat. Penat ditipu oleh semua orang. Kalau perkara ni tahu oleh Aathif dan Aariz, memang teruk Adam dikerjakan.
"Maafkan saya, Puan."
Leo tunduk kepadanya. Dia tak salahkan Aara untuk rasa marah kepadanya. Dia tahu yang Aara rasa dikhianati oleh orang yang dia percaya sekarang ini.
"Siapa Ayaaz?"
Aara tanya lagi kepada Leo yang terus membeku di sebelah. Adam yang dengar nama itu pun kena panic attack.
"... Saya tak boleh bagitahu Puan. Puan kena tunggu Tuan Adam untuk beritahu sendiri."
Itu sahaja yang Leo mampu untuk bagitahu Aara. Dia tidak boleh masuk campur hal majikan dia.
Belum sempat Aara nak buka mulut, suara garau dari Adam membuatkan mereka terhenti.
"Leo, leave us."
Adam bangun dari baring dia dan duduk di atas katil itu. Dia mengurut sedikit kepala dia yang sakit itu. Aara tidak kata apa-apa dan pandang ke bawah lantai itu.
"Baik, Tuan."
Leo tunduk hormat sebelum meninggalkan mereka berdua. Dia berharap yang Aara akan terima kebenaran dengan hati yang terbuka.
Sebaik sahaja pintu itu ditutup, Aara dan Adam diam di dalam bilik itu. Mereka berdua langsung tidak pandang sesama sendiri. Masing-masing sedang memikirkan perkara yang mengusutkan kepala sendiri.
"... Abang... Minta maaf sebab tipu sayang."
Akhirnya Adam yang buka mulut setelah sekian lama. Dia memandang ke arah Aara yang berada di samping dia itu. Aara tidak kata apa-apa dan masih lagi enggan untuk pandang ke arahnya. Adam tidak marah kepadanya dan sambung cakap.
"As you know... Abang bukan Tengku Adam Iqbal yang sebenar."
Aara pejam mata dia untuk menahan kesakitan apabila Adam akhirnya jujur kepadanya. Lebih perit apabila Adam mengaku kepadanya.
"Jadi... Abang siapa? Kalau abang bukan... Adam... Abang siapa?"
Aara kata kepadanya dengan perlahan. Dia pandang ke arah suaminya dengan sedih dan sakit.
YOU ARE READING
𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)
Romance(Spin off Tengku Adam Iqbal's) Tengku Adam Iqbal | Aara Kaifiya AARA KAIFIYA -Gadis yang kini melonjak ke alam dewasa. Disebabkan oleh masa lalu, Aara tinggal bersama adik beradik dia yang lain. Sepanjang hidup dia tidak pernah tahu erti kasih sayan...