Aara Kaifiya's (41)

189 14 0
                                    

"Tengku Adam Iqbal....?"

Aara bisik dengan perlahan dan tak percaya dengan apa yang tertera di sijil kematian di tangannya itu.

Kalau sijil kematian ni betul, siapa lelaki yang dia berkahwin sekarang ni? Tengok pada tarikh kematian itu... Ketika Aara berumur 11 tahun.

"Jap. Adam pernah bagitahu yang dia tipu umur dia..."

Aara pandang ke arah tarikh lahir itu dan berkerut lagi sekali. Tahun 2000. Tahun lahir Aara. Adam dengan dia sekelas ketika mereka di sekolah menengah.

Nafas Aara terhenti seketika apabila dia sedar yang suaminya itu bukan Tengku Adam Iqbal tetapi orang yang menyamar menjadinya.

"Takkanlah..."

Jadi siapa yang dia cinta selama ini? Siapa lelaki yang melafazkan akad nikah ketika mereka berkahwin dan menjadi suami Aara? Apa benda lagi yang suaminya sembunyikan kepadanya?

Aara tidak dapat bernafas dengan betul dan tiba-tiba batuk dengan kuat. Mata dia berair dan dia tidak dapat terima semua benda ni.

Tanpa membuang masa, Aara selongkarkan lagi barang di dalam laci itu. Ada satu gambar budak lelaki ketika masih kecil. Aara tidak tahu yang budak di dalam gambar ini adalah siapa.

Tangan Aara mengigil kesejukan. Tengku Adam Iqbal sudah mati ketika dia berumur 11 tahun. Aara sudah kenal dengan 'Adam' sejak mereka sekolah menengah.

Aara terhenti apabila melihat satu lagi fail coklat di dalam laci itu. Nampak lama. Dia mengambil fail itu dan buka dengan hati yang berdebar.

Aara berkerut melihat satu gambar keluarga di dalam fail bersama beberapa kertas. Dia melihat gambar itu. Seorang wanita yang berambut panjang sehingga ke bahu dan terlihat seperti dalam 30an macam tu. Seorang lelaki yang segak bergaya dan memiliki aura yang dominan melihat sahaja dari gambar itu. Seperti dalam 30an juga.

Mata Aara tertumpu kepada budak lelaki di antara mereka. Sama macam gambar yang sebelum ni tapi nampak lagi tua dari sebelumnya. Aara tenung ke arah budak di dalam gambar itu dan dapat rasakan dia kenal siapa budak itu.

Aara pusing gambar itu dan nampak tulisan tangan disebalik gambar itu.

"The things that I hold in my heart is them by TRI?"

Aara baca tulisan itu. Gambar tu nampak macam lama. Siapa pula TRI ni?

Tengku Rashid Irfan?

Nama itu muncul di dalam kepala Aara membuatkan Aara terhenti. Dia pusingkan gambar itu kembali dan tenung ke arah lelaki itu. Tengku Rashid Irfan ke? Disebabkan lelaki di dalam gambar itu nampak muda, Aara tidak dapat cam yang itu Tengku Rashid ataupun bukan.

Aara tidak mengalah. Dia ingin tahu kebenaran siapa lelaki yang menjadi syurga dia sekarang ini.

Aara terus melihat kertas-kertas yang turut bersama gambar tadi di dalam fail coklat itu. Aara terkejut melihat sijil lahir di dalam fail itu.

"Tengku... Ayaaz Zaquan bin Tengku Raiyan Isyhad..."

Aara baca nama yang tertera di atas sijil itu. Nama budak lelaki di dalam gambar tu ke? Kenapa nama ayah dia sama dengan Tengku Rashid Irfan? Ayah dia ke TRI ni?

Aara semakin serabut dan pening kepala dengan maklumat yang dia dapat ni. Siapa Tengku Ayaaz Zaquan ni pula? Kenapa nama dia Tengku macam Tengku Adam Iqbal?

"Aara?"

Aara terhenti apabila dia mendengar suara yang amat dia kenal itu. Aara terus pusing ke belakang dan nampak Adam berada di hadapannya sekarang.

𝐀𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐚𝐢𝐟𝐢𝐲𝐚'𝐬 (𝐎𝐆)Where stories live. Discover now