𝐁𝐚𝐛 𝟐

110 6 0
                                    

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar


"Ned! Bangun, solat subuh!"

Tok tok

Pintu bilik Nedina diketuk Ayu beberapa kali. Dia sudah siap bertelekung menunggu Nedina yang masih tidak memberi sebarang respon ini. Tidak pasti pada pukul berapa Nedina pulang ke rumah. Yang pasti jam sudah menginjak ke angka 1, gadis itu masih belum menampakkan batang hidung.

"Ned! Kau dah bangun ke belum? Bangun, solat subuh!"teriak Ayu. Kali ini lebih kuat dan nyaring.

Klek!

Terbuka sahaja pintu bilik, terpampang wajah busuk Nedina yang baru terjaga dari lena. Ayu menggelengkan kepala perlahan. Pasti Nedina tidak bersihkan diri sebelum tidur. Melihat pakaian yang dipakai gadis itu saja sudah dia tahu.

"Aku cutilah" Hampir tidak terbuka mata Nedina menahan ngantuk. Sudahlah pada jam 2 dia baru dapat melelapkan mata. Kini, boleh pula Ayu datang mengejutnya.

Kacau!

"Apa yang cuti? Kau cuti kerja pun kena solatlah!"kata Ayu. Dia bercekak pinggang memandang Nedina atas dan bawah.

"Bukan cuti kerja lah! Aku period!"

Kembang kempis hidung Nedina menahan amarah. Harap saja sama jantina, erti 'cuti' pun tidak difahami.

"Oh, period?"

"Aku lah perempuan ni.. ye lah!"

"Manalah aku tahu! Mu kerja ke cuti hari ni?"soal Ayu. Cuba mengawal riak wajahnya yang mulai membahang. Malu.

"Kerjalah!"

Bum!

Pintu dihempas Nedina. Malas dia mahu berlama-lama di situ. Dia masih mengantuk.

"Eh, nate ni lah. Ore lain pun tubik daroh. Takdalah macam mu! Emo jah!"

Kuat suara Ayu berkata sambil mengorak langkah memasuki biliknya. Terkumat-kamit bibirnya menyumpah seranah Nedina.

"Ore kejut salah, ore dok kejut lagi salah!"bebel Ayu seorang diri.

"Astaghfirullahalazim, Ayu.. sabar. Batal air sembahyang mu nanti" Untuk kali terakhir Ayu menenangkan dirinya sebelum dia menunaikan solat fardhu subuh.


Pagi

Api dapur ditutup Ayu lalu nasi goreng yang sudah siap itu dicedoknya masuk ke dalam mangkuk nasi. Sesekali dia menghidu haruman nasi goreng yang semerbak baunya. Sedap!

"Sedap bau. Kau masak nasi goreng ke?"

Suara Nedina menyapa dari meja makan. Dia melabuhkan punggung sambil matanya rambang melihat pelbagai makanan yang disajikan oleh Ayu.

Anak tauke Tomyam mestilah pandai masak.

"Dah terang-terangan aku bawa ni mangkuk nasi goreng kan?"kata Ayu garang. Mangkuk berisi nasi goreng itu diletakkan diatas meja lalu dia turut melabuhkan punggung berhadapan Nedina.

"Pagi-pagi dah bad mood. Macam mana lelaki nak melekat dengan kau? Mulut tu becok!" Sempat Nedina mengutuk rakannya sebelum dia mencapai roti bakar. Disuakan ke dalam mulut.

Rangup

Crunchy

"Diam mu. Aku ni kalau nak lelaki, dah accept cinta Muiz tapi aku tak nak"

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now