𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟖

98 7 0
                                    

Atiff merehatkan badan pada penyandang kerusi pejabatnya. Hembusan demi hembusan nafas panjang kedengaran. Sesekali telefon yang berdering dipandang sepi. Entah siapa yang mesejnya pada waktu-waktu begini. Tiada rasa mahu membalas.

Fikiran dia sudah menerawang jauh. Kusut.

Kebelakangan ini entah mengapa otak dan hati dia terasa serabut. Segala kerja semuanya tidak dapat diselesaikan dengan baik seperti selalu. Emosi juga kadangkala mengganggu.

Semuanya kerana perjumpaan dia dan Ellzan minggu lepas. Sehingga ke hari ini fikiran Atiff terhenti di perbualan mereka.


"Macam mana? Kau dapat info apa-apa tak?"soal Atiff. Sesekali milo ais nya disedut.

Mata melilau memandang kedai mamak pada malam ini. Agak ramai juga. Hujung minggu memang ramai akan datang melepak. Tidak kira lingkungan umur.

Tua, muda.

Bujang, suami orang.

Jika dinamakan lelaki, mahu bersantai, mamak menjadi tumpuan pertama.

"Apa yang kau nak semua ada dalam ni" Ellzan meletakkan sampul surat bewarna coklat diatas meja.

Atiff membuka sedikit sampul surat itu dan melihat isi dalam. Beberapa keping gambar dan pendrive. Hampir berbulan-bulan menunggu akhirnya dapat juga. Kadangkala hampir lupa tentang misi mereka yang satu ini.

"Aku ingat kau dah move on. Rupa-rupanya masih menunggu ya?"sinis Ellzan. Roti canai disuakan ke dalam mulut.

"Letak tepi move on ke tak. Aku tetap nak tahu punca sebenar apa yang terjadi" Atiff menjawab serius. Sampul surat kembali disimpan. Balik nanti dia akan tengok, belek semula.

"Peliklah aku. Dah berbulan kau kahwin dengan Nedina. Baru sekarang kau nak tahu punca dia? Tak valid dah bro"

Beria-ia Atiff meminta dia mencari orang untuk melakukan kerja ini. Mahu atau tidak dilayan sahaja kehendak rakannya. Jika tidak diikutkan, sentap!

"Aku tengok sekarang pun Nedina tu banyak berubah. Kalau semua ni rancangan dia sekalipun, takkan dia nak malukan diri dia kan?"sambung Ellzan lagi.

Atiff diam. Mencari akal untuk menjawab pertanyaan Ellzan itu.

"Perasaan was-was ni masih bersarang. Ingat senang ke nak redha macam tu je? Membuta tuli je terima tanpa tahu punca dia. Sekurangnya lepas aku tahu ni, aku boleh buka hati aku slow slow, bro"jelas Atiff.

"Tak salah pun tapi kau dah lambat. Faham? Kau dah lambat. Pucuk pangkalnya, Nedina tu aku tengok macam dah tangkap cintan dengan kau. Jangan lepas kau tahu kebenaran dia, kau tinggalkan dia macam tu je. Koyak rabak hati dia nanti"


"Haih.."

"Assalamualaikum, cik suami!"

Terkejut dengan sergahan daripada muka pintu, laju sahaja anak mata Atiff memandang. Susuk tubuh Nedina berbaju kurung cotton sambil tersenyum manis dihadapannya.

"Waalaikumussalam.. you.. you buat apa dekat office I?"soal Atiff gugup. Kepala dijengahkan melihat pekerja-pekerjanya diluar.

"You tanya I buat apa dekat sini?!" Nedina menatap tajam bebola mata Atiff itu. Ada yang kena cincang ni.

"You lupa ke?!"

Atiff menelan liur. Lupa? Dia ada berjanji apa-apa ke?

"Ergh, you janji nak bawa I balik kampung hari ni! So, sebelum gerak I nak beli buah tangan"

Menyampah dengan reaksi blur daripada Atiff itu. Nedina melabuhkan punggung berhadapan Atiff lalu tangan dilipatkan ke dada.

"You datang dengan kereta you ke?"soal Atiff sambil mengerling sekilas ke jam tangannya.

"Nope. I angkut luggage kita naik grab. I malaslah nak drive tadi. Hah, luggage tu.. budak jaga kaunter tolong tengok"ujar Nedina dengan selamba.

Atiff menggeleng kecil.

"Suka hati you je suruh staff I jaga barang you kan?"

Nedina mencebik. Nak tuduh orang bukan-bukan lah tu!

"I tak suruh eh! Ingat I ni jahat sangat ke?! I nak bawa naik sekali tapi staff you tu baik sangat. Nak buat macam mana? Lagipun luggage tu berat"kata Nedina sedikit membentak.

Atiff menghela nafas panjang. Nak merajuk ke ni?

"I memang janji nak bawa you balik kampung tapi I tak minta you sampai datang office, Ned. Dah menyusahkan diri pula"

"Alah, tak susah. I tak sabar nak balik kampung. I mana ada kampung, Atiff. Kalau balik rumah umi je I dapat rasa mandi sungai. Lepas tu, I dapat makan ulam. Sedap!"kata Nedina teruja.

Atiff menundukkan kepala sebelum senyuman kecilnya terukir. Jarang Nedina berpewatakan begini.

"Jom, solat Asar dulu" Atiff berdiri. Komputer riba ditutup dan fail disusun kembali pada rak dibelakangnya.

"Tapi I kan period. You pergilah. I tunggu you dekat sini"

Saat Atiff menarik tangan Nedina, gadis itu mengeras tidak mahu bergerak atau berjalan.

"Tak nak ikut?"

Geleng.

"Betul ni?"

Angguk.

"You pergi je. I nak duduk sini" Sambil berkata Nedina menguntum senyum.

"Okay" Atiff melabuhkan kucupan di sisi kepala isterinya lalu melangkah keluar daripada pejabat. Tujuan utama sekarang ini adalah surau.

Hilang sahaja Atiff daripada pandangan, Nedina menghembuskan nafas.

Dup dap dup

Walaupun sekadar kucupan biasa, tetap saja jantung dia akan memainkan peranan. Berdetak laju sehingga susah untuk ditenangkan.

"Ah, relax lah Ned.."

Nedina memejamkan mata seketika. Demi menghilangkan rasa gugup, dia berjalan memandang segenap bilik pejabat Atiff ini. Segala rak yang menempatkan fail-fail projek sehingga ke tingkap besar yang menyerlahkan pemandangan kota bandar.

Cantik

Sedang Nedina ralit merenung pemandangan luar, matanya jatuh pada satu laci meja Atiff yang terbuka sedikit itu.

Niat mahu menutup kembali laci tersebut tetapi saat mata terpandang pada isi laci itu, terus mati niat baiknya.

Sekeping gambar perempuan bertudung tersenyum manis dipandang Nedina.

"Orkid?"



TBC

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now