𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟐

69 5 0
                                    

Hanim memegang dada yang terasa sesak tiba-tiba. Daripada dia hendak ke dapur terus sahaja dia terduduk di kerusi berhampirannya.

"Uhuk! Uhuk!"

Tangan tergapai-gapai cuba mencapai ganggang telefon. Nafas yang semakin tersekat-sekat membataskan pergerakan Hanim.

"Uhuk!!"

Semakin kuat dia batuk, semakin sakit dadanya mencari nafas. Dalam otak hanya dia fikirkan tentang anak-anaknya sahaja.

"Ned.. Ha..Haura.."

Derapan kaki seseorang kedengaran membuatkan mata Hanim menerawang mencari. Dia mahu meminta pertolongan.

"Ne..Ned? Uhuk! Or..Orkid?"panggil Hanim dalam nyawanya dihujung tanduk.

Wanita berusia itu cuba berdiri. Namun, kudratnya tidak kuat. Dia jatuh terjelepuk ke lantai ruang tamu tanpa sempat berpaut pada perabot berdekatan.

"Grr..."

Suara garau menyeringai seakan suara binatang menyentakkan Hanim. Jantungnya berdegup pantas. Apa itu?

"Grr...!"

Selagi lagi suara itu berbunyi. Lebih kuat dan lebih dekat. Hanim yang terbaring menyiring itu sudah memejamkan mata. Tidak putus doa pelindung dan zikir-zikir dibibirnya.

"Grr..!!"

"Uhuk!!!"

Saat suara itu kembali mengaum lebih nyaring, Hanim terbatuk-batuk tidak henti. Lebih kuat dan menyeksakan.

"Uhuk!.. Allah!"

Batukan terakhir Hanim lepaskan sebelum tersembur cecair bewarna hitam pekat daripada mulutnya. Mata membulat terkejut dengan apa baru dia lihat ketika ini.

Cecair apa itu?!

Hanim menelan liur yang terasa perit. Dia menyesot mendekati rak yang terletaknya telefon rumah. Dia hiraukan suara ngauman yang masih kedengaran itu. Dia beranikan diri mengangkat tangan menggapai ganggang telefon.

"Ergh!"

Entah mengapa sedang dia cuba menggapai, tiba-tiba perutnya terasa sakit. Sakit yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata.

"Allah!" Akhirnya Hanim terbaring sekali lagi. Memegang perut dengan kedua-dua belah tangan. Menahan rasa perit. Seksa yang tidak tertahan.

Terasa seakan dicucuk-cucuk pada tulang belakang menyebabkan Hanim semakin seksa menahan diri daripada menjerit.

"Argh!"

Setitis demi setitis air matanya mengalir. Tidak tahan. Terlalu memeritkan. Sepanjang hidupnya ini kali pertama dia merasakan sakit begini.

Perut yang bagaikan ditendang, dirobek, disiat-siat. Tulang belakang yang seperti dipatah-patahkan.

"Hahaha.."

Hilai tawa yang halus menyinggah halwa telinga Hanim. Sungguh halus. Hilai tawa yang seakan gembira melihat dia menyerang kesakitan begini.

"Masa kau sudah tiba... Hahaha!"

Suara perempuan mengilai memenuhi segenap ruang rumah banglo ini. Daripada kesamaran Hanim melihat susuk tubuh perempuan berdiri di muka pintu rumahnya bersama senyuman kemenangan, kepuasan.

"Ibu"

Hanya itu. Suara lunak yang memanggilnya ibu sebelum Hanim memejamkan mata. Tidak menyedarkan diri.




⚜️⚜️⚜️



"Saya syak Puan Hanim keracunan makanan. Buat masa sekarang pihak hospital akan memantau Puan Hanim lebih lagi. Kita bagi Puan Hanim rehat.."

Haura mengusap tangan Hanim dengan lembut. Juraian air mata dibiarkan mengalir tidak diseka. Dia sedih. Dia trauma.

Pertama kali Haura menjejakkan kaki dirumah, dia melihat ibunya terbaring dalam keadaan lemah. Cecair bewarna hitam pekat seperti muntah dilantai ruang tamu.

Tragis.

"Ibu.. Haura minta maaf.. Haura lambat sampai.."rintih Haura dalam tangisan.

Klek

Pintu wad ditolak menghentikan seketika tangisan Haura. Lambat-lambat dia memalingkan kepala memandang ke arah si gerangan.

"Haura.."

Menggigil bibir Haura saat wajah itu menjamah pandangannya. Empangan air mata kembali pecah.

"Ka..kak.. ibu.."

Nedina mendakap tubuh Haura yang sudah terhinjut-hinjut menangis itu. Atiff yang baru sahaja tiba hanya mampu diam.

Sekilas wajah lesu Puan Hanim ditenung. Runtuh hati dia saat menerima pesanan daripada Nedina bahawa ibu mertuanya dimasukkan ke dalam hospital.

Semuanya kerana keracunan makanan.

"Mana perempuan tu?"soal Nedina mendatar sebaik sahaja Haura meleraikan pelukan mereka. 

Haura mengelap sisa air mata dengan hujung lengan bajunya sebelum berkata,

"Orkid dekat rumah. Dia tolong kemaskan apa yang patut. Kejap lagi sampailah tu"

Nedina tidak menjawab. Sebaliknya tumpuan dia terarah pada Atiff yang seakan berminat benar apabila nama Orkid disebut-sebut. Sedar akan renungan si isteri, Atiff memalingkan kepala ke arah berlainan. Menghilangkan rasa janggal.

"Doktor ada cakap apa-apa lagi ke? Takkan keracunan makanan je" Atiff menyoal dengan nada kerisauan.

"Doktor cuma syak. Lagipun doktor masih periksa keadaan ibu. Tapi.."

"Tapi apa?" Tidak menyabar, Atiff pantas bertanya lagi. Dia mahukan jawapan dalam semua persoalan yang bermain dalam fikirannya tadi.

"Haura tak rasa ibu keracunan makanan. Macam abang dengan Ned tengoklah dalam gambar Haura hantar tu. Ibu muntah tapi cecair tu warna hitam. Tak rasa pelik ke?"

Nedina kekal mendiamkan diri. Membiarkan Atiff dan Haura mencari jawapan. Dia pun hendak berfikir jauh, dia sendiri tidak sihat. Kepala ini tidak berhenti berdenyut sejak dia menjejakkan kaki ke hospital. 

"Tak apa, kita tunggu keputusan doktor. Kalau tak, kita ikhtiar cara lain"celah Nedina sebelum dia mengambil tempat disofa berdekatan.

"Yelah... eh, kak. Kau okay ke tak?" Haura memandang hairan ke arah wajah lesi Nedina. Pucat semacam. 

Atiff mendekati Nedina lalu pipi isterinya dipegang. Daripada hendak melelapkan mata, terbuka kelopak mata Nedina membalas renungan Atiff itu.

"You okay?"

"I sakit kepala tiba-tiba"

"Jom jumpa doktor" Ajakan Atiff menerima gelengan daripada Nedina. 

"I ada ubat. Nanti eloklah ni. You duduklah sini.. makin sakit kepala I tengok you berdiri" Tangan Atiff yang berada pada pipinya ditarik supaya duduk bersebelahan.

Atiff mengikut tanpa bersuara. Haura yang menjadi penonton tidak berbayar menatap dengan kedipan berkali-kali. Terkebil-kebil. 

"Kenapalah aku tak ada boyfriend.."gumam Haura sendiri.

"Maaf lambat" 

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now