𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟓

33 2 2
                                    

NEDINA melabuhkan punggung dihadapan dua pengawai polis yang sedang memandangnya itu. Seorang wajah dingin. Seorang lagi wajah bersahaja. 

Sewaktu dia sedang sibuk memantau pekerja di dapur, datang Laila pembantu peribadi dia memberitahu terdapat pegawai polis mahu berjumpa dia. 

Mahu atau tidak Nedina pergi saja. Muka tenang namun fikiran dia bercelaru. Bercelaru memikirkan apa sebab polis mahu datang berjumpa dia? Tentang kes suami dia ke?

Sabar Nedina.. jangan takut dulu.

"Sebelum tu, saya nak minta maaf sebab datang mengejut macam ni. Saya Azran dan sebelah ni rakan tugas saya, ASP Zarel"

Nedina memberi senyuman nipis saat kedua-dua lelaki itu melemparkan senyuman manis kepada dia. Nanti tak senyum cakap sombong pula.

"Ada apa tuan nak jumpa saya? Berkenaan kes suami saya ke, tuan?" Sungguh dia mahu tahu tentang perkembangan kes Atiff. Mana tahu pihak polis dah boleh jejak siapa si pelaku yang sebenarnya.

Azran berdehem sebentar. Wajah sedaya upaya dimaniskan. Sedikit sebanyak apa yang dia mahu katakan ini mengenai kes kemalangan Atiff.

"Sebenarnya saya nak minta tolong puan"

Nedina membasahkan bibir. "Tolong apa ya?"

"Tolong kami beri keterangan sikit mengenai Rayana. Kami perlukan sikit saja lagi bukti untuk sabitkan kesalahan ke atas dia"

Jeda. Nedina tersandar seketika. Rayana? Bukan dia tidak mahu membantu tetapi apa saja yang dia tahu tentang gadis itu? Apa saja keterangan yang boleh Nedina berikan kepada pihak polis?

"Boleh puan?"

Dalam keterpaksaan Nedina memberi kata putus. Dia setuju. Sepanjang sesi soal jawab, memang Nedina menjawab apa yang yang ditanya. Sedikit saja dia akan mencelah supaya Azran dan Zarel tidak salah faham dengan keterangan yang dia berikan.

Dalam Nedina sibuk menjawab soalan yang diajukan buatnya, satu deringan telefon berbunyi. Azran dan Zarel memandang sesama sendiri. Bukan telefon mereka. 

Nedina melihat si pemanggil. Dahi dia mula berkerut.

"Haura?" Buat apa pula adiknya ini menelefon waktu-waktu begini? Bukan gadis itu dalam perjalanan pulang ke universiti ke?

"Excuse me" Nedina meminta izin menjawab deringan telefon yang tidak henti berbunyi itu.

Melihat respon diberi dua pegawai polis itu, Nedina terus bergerak keluar pejabatnya. 

"Hello, Haura. Kau kenapa call akak masa-masa mac-"

"Mana kau nak lari hah perempuan?!!"

"Kau menyorok pun tak gunalah, Haura. Baik kau keluar sekarang!"

Nedina bungkam. Lidah dia kelu. Dia kenal suara yang menjerit dihujung talian itu.

"HAH!"

"ARGH!!! TOLONG!"

"Haura! Hello! Haura!!"

Talian terputus begitu. Ah, gasak. Dengan pantas Nedina kembali masuk ke dalam pejabatnya. Terkejut Azran dan Zarel sebaik pintu itu dikuak secara mengejut.

"Tuan! Tuan kena tolong saya!" Dinding mata Nedina sudah bertakung dengan air mata. Lututnya sudah lemah untuk berdiri. Dia sudah hampir hilang suami. Dia tidak mahu Haura pula menjadi mangsa seterusnya.

Zarel mengerling ke sebelah. Wajah Azran disebelahnya sudah tegang. Ketat.

"Apa dah jadi?!"

"Ad-adik saya kena culik!"



HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now