𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟑

99 8 0
                                    

8:50 malam

Malam melarut, Atiff  keluar daripada bilik air sambil mengeringkan rambut yang basah. Kaki melangkah ke arah meja. Telefon yang sudah penuh dicas diambil lalu diperiksa. Beberapa pesanan ringkas daripada rakan-rakan terdekat.

Klik

"You.."

Atiff memandang ke arah Nedina yang berbaju pyjamas. Kening diangkat sebelah.

"Hm?"

"I.. erm.. I"

Atiff masih menunggu Nedina. Gadis itu seakan hilang kata saat Atiff merenungnya dalam. Walaupun sekadar menatap tetapi panahan anak mata lelaki itu cukup tajam.

"You what?"

Nedina bungkam kata. Atiff menggantung tuala di penyangkut sebelum dia ketawa kecil.

"I tidur dekat sofa"kata Atiff. Melihat gerak-geri Nedina cukup membuat dia faham.

Gadis itu tidak mahu sekatil.

"Bukan!"

Tangan Atiff yang sudah mengambil bantal terhenti. Wajah Nedina ditenung Atiff bersama kerutan di dahi.

"Habis tu?"

"I nak minta tolong you keluar.."

"You halau I tidur luar?"

Nedina mengeluh panjang. Rambut keperangan nya itu diselitkan dibelakang telinga.

"Itu kejap lagi. Sekarang ni I nak minta you tolong keluar belikan I pads. I period"

Diam

Sunyi

Hampir 1 minit mereka berdiam diri sebelum Atiff meletuskan tawanya. Perut yang terasa senak dipegang.

Nedina memeluk tubuh menahan geram. Bibir bawah sudah digigit.

"Seriously?" Atiff menyoal. Segala gelak tawanya terus berhenti serta-merta.

"Rumah ni kehabisan tuala wanita. Minta Haura temankan you"kata Nedina bersahaja.

"Nanti entah apa-apa yang you beli nanti"sambung Nedina lagi.

Atiff mengukir senyuman sinis. Tuala wanita?

"Nak yang ada sayap? Panjang? Pendek? Kotex or Libresse?"

Wow

Melihat wajah Nedina yang tergamam itu menambahkan lagi rasa lucu dihati Atiff.

"Bukan setakat pads. I tahu cari saiz baju dalam"kata Atiff. Tangan mencapai kunci kereta dan dompet.

"Euw! Pervert!"

Saat Atiff melintasi dihadapannya, pantas tangan Nedina memukul bahu lelaki itu. Kuat.

"Aduh! I cakap benda betul!"

"Tch, pergi sekarang! I perlukan benda tu segera!"marah Nedina.

Atiff mencebik. Tanpa berkata apa-apa, dia keluar daripada bilik lalu setiap anak tangga dia turuni.

"Eh, abang nak pergi mana?"

Haura yang baru keluar daripada dapur sambil memegang semangkuk buah memerhati Atiff.

"Beli tuala wanita"jawab Atiff mendatar.

"Siapa punya?"

Allahu, bijaknya adik ipar

"Nak bagi birthday present nenek abang"

Pintu sudah dibuka lalu selipar disarung pada kaki. Haura mengikut daripada belakang.

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now