𝐁𝐚𝐛 𝟒 || 𝐓𝐡𝐫𝐨𝐰𝐛𝐚𝐜𝐤

85 6 0
                                    

Hanim memegang batu nisan yang menjadi destinasinya jika mempunyai masa terluang. Jika tidak dikebun pasti dia akan berada di sini.

Tanah perkuburan.

"Abang.. dah bertahun abang pergi. Perasaan Hanim tetap sama pada abang. Cinta. Rindu. Rindu yang tidak berpenghujung"tutur Hanim lembut.

Hanim merenung nama yang tertera pada batu nisan berwarna putih itu. Renungan dia terlalu jauh. Jauh sehingga peristiwa beberapa tahun dahulu kembali menerjah ke dalam benak fikirannya.

Peristiwa yang mengubah mereka sekeluarga. Baik pada dia sendiri dan anak-anaknya.

"Abang, Hanim percaya abang tak akan pernah buat perkara terkutuk. Disebabkan rasa dengki manusia lain.. abang yang perlu berkorban. Begitu juga dengan Nedina dan Haura"bisik Hanim.



Beberapa tahun sebelumnya

Nedina berjalan kaki memasuki kawasan perumahannya selepas sahaja selesai mengaji di surau kampung. Langkah kakinya lemah longlai sambil bernyanyi kecil.

Mata Nedina terpandang kereta berjenama mewah terletak elok dibawah garaj. Kereta bapanya. Zaim.

"Baba dah balik?"gumam Nedina sendiri.

Setahunya ayahnya akan pulang ke rumah pada waktu cuti sekolah panjang sahaja atas kerana faktor kerja. Itu kata ibunya. Selebihnya Nedina tidak berani mahu bertanya kerana dia takut. Takut soalannya tidak sesuai.

"Sayang tak faham ke?! Abang cakap abang tak nak! Abang tak buat semua tu!!"

Suara Zaim bak halilintar memetir sehingga membuatkan Nedina yang mahu membuka selipar dimuka pintu kaget. Dengan pantas Nedina yang masih berusia 13 tahun itu berlari masuk ke dalam rumah.

"Sayang tak percaya abang ke?! Abang tak akan buat kerja terkutuk tu! Rita perangkap abang!"kata Zaim cuba mempertahankan dirinya.

Melopong Nedina melihat pergaduhan antara ibu dan ayahnya. Di ruang tamu terdapat seorang wanita berbaju ketat separas lutut memandang mereka sekeluarga dengan wajah selamba. Jika tidak silap Nedina, wanita itu sepupu kepada ayahnya.

Daripada dahulu Rita sering kali mengganggu rumah tangga Hanim dan Zaim walaupun mereka masing-masing sudah mempunyai kehidupan pasangan sendiri.

"Kahwin dengan Rita, bang. Hanim izinkan"rintih Hanim sayu.

Zaim meraup rambutnya ke belakang. Wanita bernama Rita itu tersenyum sinis lalu berdiri mendekati Hanim.

"Isteri abang dah izinkan. Abang tunggu apa lagi?"celah Rita.

"Aku tak naklah kahwin dengan kau! Kau perangkap aku! Kau yang rancang benda ni semua kan?!"bentak Zaim. Bengis wajahnya memandang Rita yang cuba memegang lengannya.

"Sama ada abang mahu atau tidak, Rita tetap nak abang bertanggungjawab! Abang dah tidur dengan Rita. Abang lupa apa yang abang cakap sebelum kita bersama? Abang cakap abang akan tinggalkan isteri dan anak-anak abang?!"

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now