𝐁𝐚𝐛 𝟓𝟏

39 3 0
                                    

RAYANA menarik tombol pintu sebelum dia melangkah masuk ke dalam pejabat menempatkan Orkid dan Qaril yang sedang melakukan kerja mereka.

Kerja ke?

Pandangan matanya kosong menghala ke arah dua susuk yang sedang sibuk berasmara. Tiada rasa mahu bersuara. Sebaliknya dia memeluk tubuh lalu menyandar pada dinding.

Lama lagi ke dia kena tunggu?

"Excuse me?" 

Sepuluh minit Rayana mendengar dan melihat adegan tidak semenggah ini. Rasanya sudah cukup kot. 

Orkid menolak tubuh Qaril. Dia mencapai kemeja milik lelaki itu lalu disarungkan ke badan menutup bahagian yang terdedah.

"Apa kau nak?" Qaril bersoal malas. Rambut yang serabai diraup ke belakang. 

Rayana menggeleng. Walau bukan pertama kali dia melihat aktiviti tidak bertamadun Orkid dan Qaril tetap saja dia berasa jangkal.

Jijik.

"Atiff kemalangan. Kereta dia masuk gaung"

Laju kepala Orkid menoleh sebaik mendengar perkhabaran mengejut ini. Benar?

"Nice. Senang kerja kita lepas ni" sinis Qaril. Mata beralih pada Orkid yang masih duduk disofa. 

Dia tahu apa yang berada di fikiran Orkid sekarang. Mesti perempuan itu tertanya-tanya bagaimana Atiff boleh kemalangan.

"Bila?"

Rayana merenung ke dalam wajah Orkid. "Malam tadi. Budak-budak bagitahu aku tadi"

"Teruk?" Sekali lagi Orkid bertanya. Dia mahu tahu dan perlu tahu. 

"Maybe. Sampai masuk ICU. Tunggu masa nak mati lah kot" Terjungkit hujung bibir Rayana sebaik dia habis berkata. Dia bukan apa wajah Orkid itu terlalu jelas menunjukkan dia kurang senang. 

"What's wrong, Orkid? Sedih ke?" 

Orkid biarkan saja soalan Rayana tidak berjawab. Dalam fikirannya hanya satu. Jika Atiff mati, maka dia dalam bahaya.

"Jadi sekarang kau nak teruskan kerja dengan Nedina atau sebaliknya?" Sudah cukup lama dia tidak munculkan diri dihadapan keluarga Nedina. Bukan melarikan diri. Dia cuma sibuk menguruskan kes dibalai dan rancangan Qaril ini. 

Mujur Nedina tidak banyak bertanya. Jadi tiada istilah lakonan Rayana gagal, bukan?

"Dapatkan adik perempuan. By next week."

Rayana mengangguk. Arahan Qaril kini lebih mudah. Atiff sudah terlantar sakit dihospital jadi tiada sesiapa yang boleh menganggu kerjanya selepas ini. 

Atau ada?

"Copy that" Seusai perbincangan ringkas mereka, Rayana terus membawa diri keluar dari ruangan itu. Mata dia sempat mengerling ke arah Orkid yang berubah riak muka. 

Pucat.


⚜️⚜️⚜️

NEDINA memandang wajah-wajah dihadapannya satu persatu. Masing-masing sibuk memberi keterangan mereka dengan teliti tanpa satu pun tercicir. 

Suara-suara yang sedang bertungkus-lumus mencari punca kemalangan Atiff pada lima hari lepas. Ellzan lah yang lebih banyak membantu. Segala keterangan yang diberi lelaki itu lebih jelas dan sangat membantu pihak polis untuk menjalankan tugas mereka.

Namun dalam kekalutan dihadapan Nedina sekarang, hanya dia kaku tidak bersuara. Berita yang cukup membuatkan jantungnya luruh kembali menerjah masuk ke dalam benak fikiran. 

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now