𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟕

32 3 0
                                    

NEDINA bersandar pada kepala sofa. Niatnya memang mahu keluar bersama Haura dan Ellzan namun entah mengapa dipertengahan jalan. Dia merasa tidak sedap badan. Hendak berpatah balik sudah jauh daripada rumah Hanim.

"Berhentikan je dekat rumah Ned. Nanti lepas korang berdua puas berjalan, datang ambil aku."

Berat hati Haura dan Ellzan mahu meninggalkan dia pada mulanya. Jika Atiff tahu pasti lelaki itu mengamuk sakan.

Namun Nedina tetap berkeras. Lagipun tujuan dia ke penthouse dia dan Atiff untuk mengemas apa yang patut.

Sudah berbulan mereka menginap di rumah Hanim, sekalipun tidak terlintas untuk Nedina pulang ke rumah mereka.

"Wife, I bukan milik you selamanya. Belajar untuk mencintai manusia secara sederhana"

"Ish!" Kasar Nedina berdecit sebaik kata-kata Atiff pada malam mereka bertengkar menjamah fikirannya.

Dia bencikan perpisahan. Dia benci untuk rasa sakit lagi dan lagi. Kenapa dia tidak boleh miliki Atiff selamanya? Atiff suami dia! Hak dia!

Selepas apa yang terjadi antara mereka, memang Nedina menghindar daripada Atiff. Sedikit pun lelaki itu cuba bercakap atau mendekatkan diri, Nedina menjauh. Rasa meluat, panas hati semuanya dia rasakan apabila dekat dengan suami dia sendiri.

Haura dan Hanim berbuih juga menasihati dia supaya jangan terlalu sanjung ego yang tinggi. Ego sangat ke dia? Dia cuma mahu Atiff sedar apa yang lelaki itu lontarkan kata pada dia tempoh hari salah!

Macam mana kalau kau tak sempat minta maaf dekat suami kau?

Satu suara berbisik di dalam hati menyentakkan Nedina. Terbuka luas mata dia sebelum satu dentuman kuat di dalam bilik mengejutkan dia.

BUM

"Bunyi apa pula dah.." Tiada apa yang terlintas di dalam fikiran Nedina melainkan barang yang mungkin jatuh.

Derap kaki melangkah ke tempat dia dan Atiff beradu. Ditolak pintu bilik yang tidak tertutup rapat.

Segenap ruang bilik yang kemas rapi itu diperhatikan tanpa rasa curiga. Kaki menapak lebih dalam sebelum mata Nedina terpaku pada satu kotak terjatuh ke lantai.

"Benda ni ke jatuh?" Terus Nedina tunduk seketika mengutip segala barang yang bertaburan masuk ke dalam kotak kembali.

Tidak sehingga dia memegang satu pendrive biasa. Lama dia merenung pendrive tersebut. Berkira-kira apa isi kandungannya.

"Atiff punya lah kot" Niat mahu berfikir positif namun rasa ingin tahu dia terlalu tinggi.

Segera Nedina mencapai laptop yang berada diatas meja kerja Atiff. Laptop lama lelaki itu. Kotak sederhana besar diangkut bersama lalu punggung dilabuhkan ke katil.

Sementara menunggu laptop itu memproses, Nedina melihat isi di dalam kotak. Sekeping kertas dicapai lalu dibaca apa yang tertulis.

"Doa terhindar sihir pemisah?" Liur ditelan Nedina terasa pahit sekarang ini. Jantungnya sudah berdetak laju.

Apa semua ini?

Kenapa pula Atiff perlu cetak doa-doa supaya terhindar daripada perkara syirik itu?

"Atiff, apa yang you sorok daripada I?"gumam Nedina sendiri. Setelah pendrive dicucuk pada rumahnya, jari Nedina lincah membuka file yang terkandung di dalam pendrive
tersebut.

Dua rakaman CCTV menarik minat dia untuk melihat apa yang berlaku di dalam rakaman berdurasi 30 saat itu.

Baru saja butang play ditekan, Nedina bungkam. Tubuhnya mengeras manakala mata sudah berkaca-kaca melihat rakaman CCTV yang terpapar di skrin laptop.

Lokasi tersebut di hotel tempat dia dan Atiff di tangkap khalwat. Melalui rakaman tersebut, Atiff berjalan menarik bagasi beroda ke bilik yang sepatutnya menjadi milik Nedina pada hari kejadian.

Setelah Atiff menghala sekilas kad hotel tersebut, lelaki itu melangkah masuk ke dalam. Selang beberapa minit, beberapa orang lelaki berkopiah berjalan di koridor hotel.

Tamat rakaman pertama.

"Apa lagi.." air mata membasahi pipinya diseka. Apa yang sudah dia lihat tadi? Tolonglah apa yang dia tengok tadi tidak sama dengan apa yang dia fikirkan.

"Tolonglah.."

Rakaman kedua bermain dalam durasi 30 saat juga. Seorang lelaki memakai topi dan hoodie hitam bersembunyi disebalik dinding. Menghalang daripada dirinya dilihat.

Tidak lama selepas itu, dia bertindak menumbuk dinding sebelum berlalu pergi meninggalkan koridor hotel. Daripada rakaman tersebut, Nedina hanya dapat simpulkan lelaki yang berada di dalam rakaman itu seakan tidak berpuas hati.

Tamat rakaman yang kedua.

Nedina menggeledah lagi isi kotak lalu tiga keping gambar dia capai. Orkid dan dua lelaki yang dia sendiri tidak tahu siapa.

Seorang lelaki dibelasah teruk oleh seorang lagi lelaki yang berbadan tegap. Orkid hanya memandang dengan wajah bengis.

Tidak betah melihat lagi gambar tersebut, Nedina mencabut pendrive dan gambar itu diambil bersama. Dia perlukan penjelasan Ellzan. Pasti lelaki itu tahu juga apa yang terjadi antara dia dan Atiff.

-ambik aku dekat rumah sekarang.

Pesanan ringkas dihantar pada Ellzan. Lama Nedina merenung mesej yang dihantar. Apa yang mahu jadi, jadilah. Dia mahukan jawapan segera.

Orkid punca dia dan Atiff ditangkap basah? Tetapi waktu itu Atiff dan Orkid sudah bertunang. Mana mungkin gadis itu sanggup perangkap tunang sendiri.

"Ah! Apa ni!" Nedina terduduk di atas sofa yang berada di ruang tamu.

Butiran-butiran doa yang dia jumpa di dalam kotak kembali terbayang dibenak fikiran. Doa-doa supaya selamat daripada sihir pemisah.

Nedina hanya tahu ibunya sahaja disihir. Dan sehingga sekarang dia tidak tahu pun siapa pelakunya. Tidak selepas dia jumpa isi kandungan kotak milik Atiff. Ya, dia yakin kotak itu milik lelaki tersebut.

Atiff pernah pesan supaya tidak membuka atau gatal tangan pun mahu menyentuh kotak tersebut. Nedina tidak banyak bunyi hanya mengikut.

"Bodoh! Kenapa kau bodoh sangat, Ned?!"

Deras air mata yang mengalir tidak mampu pun menghilangkan rasa gundah gulana yang kian bersarang dalam hati.

Kenapa Atiff sembunyikan perkara ini daripada dia? Apa motif lelaki itu?

Sungguh ego dia rasa tercabar.

"Kau tak nampak bagus pun sorokkan benda ni daripada aku, Atiff!" Dalam deraian air mata, Nedina menyumpah.

Jadi dia dan Atiff terkena sihir pemisah? Macam itu ke?

Argh! Dia buntu.




TBC
By MEira

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now