𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟎

86 4 0
                                    


"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"

Ar-Rahman 55:16

•••


Atiff menyimpan Al Quran diatas meja yang berada ditepi katil. Wajah Nedina yang masih bertelekung itu dipandang lama. Tenang. Cantik.

Entah malam ini Atiff merasakan Nedina lain. Lain daripada hari sebelum ini. Wajah gadis itu berseri-seri.

"Isteri I makin berseri-seri lah sekarang. You pakai apa?"

Nedina terkedu. Dia baru sahaja membuka telekung pemberian Hajar tadi. Selesa.

"Susuk ke?"

"Mulut you ni kan. Agak-agak lah kot I nak pakai susuk!"

Atiff menjungkit tinggi keningnya. Tanda meragui apa yang dikatakan Nedina.

"Bukti?"

"Buktinya I suka makan sate daging"

"Since when you makan sate? I tak pernah nampak pun" Atiff memeluk tubuh. Sengaja mahu mengusik isterinya malam ini.

"Sebab you bukan ambil tahu apa yang I suka dan apa yang I benci"rungut Nedina.

Seraya itu dia berdiri mahu melipat telekung dengan lebih kemas dan rapi. Pandangan mendatar Atiff dihiraukan.

"Mana you tahu yang I tak tahu pasal benda yang you suka dan tak suka?"

Kali ini Nedina diam. Tiada jawapan.

"Watch your words, Ned."sinis Atiff sebelum lelaki itu berlalu ke bilik air meninggalkan Nedina yang terpinga-pinga.

Sekilas Nedina memandang pintu bilik air yang dikatup itu. Nafas yang tersekat-sekat dikawal. Hanya tiga patah perkataan Atiff sudah mampu buat dia kelu.

Sinis Atiff, senyuman dibibir itu cukup misteri buat Nedina. Seakan-akan Atiff mengetahui lebih daripada diri gadis itu sendiri.

"You selalu buat I terdiam dengan kata-kata you, Atiff"gumam Nedina.



⚜️⚜️⚜️


Bang! Bang!

"Woi! Belakang batu!"

"Aku tengah merangkak ni! Cepatlah tolong!"

Jari panjang Atiff laju menggesek-gesek pada skrin telefonnya. Bunyi tembakan beserta bom tangan kuat kedengaran.

"Atiff, sikit lagi! Dia knock down dah tu!"

Suara Ellzan nyaring memecahkan keheningan malam. Atiff masih tenang bersama senyuman sinis.

"Heh, ni Atiff lah"

Bang!

Dengan sekali tembakan lalu Atiff tersenyum puas. Ellzan menjerit kegembiraan. Rambut yang jatuh ke dahi ditolak ke belakang.

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now