𝐁𝐚𝐛 𝟗

86 7 0
                                    

Pang!

Tamparan hebat daripada Hanim tepat menyinggah pada pipi kiri Nedina. Gadis itu menunduk tidak membalas mahupun melawan. Tubir mata yang ditahan akhirnya pecah menitis di pipi.

Aiya yang berada disebelah terkejut melihat Nedina yang dilempang itu. Hajar sedaya upaya menahan Hanim daripada terus menerus memukul anak gadisnya.

"Dasar anak tak guna! Sanggup kau conteng arang dekat muka aku?!!" Hanim menarik kedua-dua belah lengan Nedina supaya pandangan mereka bersatu tetapi Nedina menunduk. Tidak membalas.

Selepas Atiff dan Nedina menghubungi keluarga mereka, bergegas masing-masing mendapatkan mereka di balai. Kesudahannya, bilik hotel yang ditinggalkan sebentar tadi menjadi tempat mereka semua berbincang.

"Kau sedar tak tu siapa?! Kau sedar tak siapa lelaki tu, Nedina Hayfa?!!"

Tengkingan demi tengkingan Hanim beri kepada Nedina. Namun sepatah pun gadis itu tidak mengeluarkan kata-kata.

"Lelaki tu tunang Orkid, Ned!! Ya Allah, Astaghfirullahalazim.. kau benci Orkid sampai macam ni sekali kau balas dendam?!"

Nedina mengangkat kepala memberanikan diri bertentang mata dengan ibunya.

"Hanim.. sabar. Dengar dulu penjelasan anak awak"kata Hajar cuba meredakan kemarahan si rakan.

"Macam mana nak sabar lagi? Dia ni tak habis-habis cari masalah dengan Orkid! Apa yang Orkid buat dekat dia sampai benci sangat pun saya tak tahu!" Hanim bersuara kuat sebelum dia terduduk pada katil. Melepaskan lelah selepas menjerit-jerit dihadapan muka Nedina.

"Ne..Ned tahu Ned dah malukan ibu. Ned bukan anak baik. Ned bukan macam Orkid. Baik, cukup segala ilmu agama. Tapi Ned tak bodoh untuk malukan diri Ned sendiri. Ned masih ada maruah, ibu!"

Nedina menggenggam buku lima menahan tangis. Hati dia hancur sehancurnya apabila ibu dia sendiri tidak sedikit pun memberi dia ruang untuk menjelaskan apa yang terjadi.

"Maruah? Kau ada maruah? Kalau kau ada maruah, kau tak akan jejakkan kaki dekat tempat haram tu! Kau tak akan sajikan badan kau depan lelaki-lelaki dalam tempat tu!"bentak Hanim.

"Macam mana saya nak bersemuka dengan Orkid, Hajar.. Macam mana?" Hanim merintih pilu. Empangan air matanya sudah lama mengalir tidak henti-henti.

Hati ibunya hancur berkecai.

Aiya yang sudah cemas dan resah dengan situasi ini tidak henti-henti menghantar mesej kepada Atiff. Kemana lelaki itu? Dia sendiri tidak pasti.

"Kenapa ibu terlalu fikirkan Orkid? Sedangkan Ned yang perlu tanggung malu sekarang ni?! Kenapa ibu?!"

Nedina menengking kuat. Memberontak. Hanim diam sebelum dia laju menerpa ke arah Nedina. Rambut anaknya ditarik.

"Argh!!"

"Hanim, ya Allah!"

Aiya pantas mendapatkan Nedina. Tubuh gadis itu dipeluknya erat menghalang daripada dipukul oleh Hanim.

"Kalau aku tahu kau macam ni, memang aku bunuh kau daripada kecil!!"jerit Hanim seakan orang hilang kewarasan.

Nedina yang berada didakapan Aiya menangis semahu-mahunya. Tubuhnya sudah sakit dikerjakan oleh ibu dia sendiri.

"Bunuhlah! Bunuh! Kalau itu yang dapat puaskan hati ibu! Bunuh Ned sekarang!"bentak Nedina. Dakapan Aiya dileraikan olehnya sebelum mug yang berada diatas meja dicapai Nedina.

Tangan Hanim sudah diangkat tinggi mahu melempang wajah Nedina. Gadis itu memejam mata menunggu tamparan daripada si ibu.

"Tunggu!"

Satu suara dimuka pintu hotel menghentikan Hanim. Semua mata tertumpu pada susuk tegap berbaju kemeja putih yang berdiri tegak itu.

"Mika!"

Hajar memandang anak lelakinya yang baru tiba selepas hilang beberapa jam yang lalu. Aiya sudah menarik nafas lega.

"Ibu.."panggil Atiff lembut.

Hanim merenung wajah Atiff bersama linangan air mata. Nedina tidak memandang. Dia menunduk. Tidak mahu mengambil sebarang tumpuan dengan apa yang mahu dikatakan Atiff itu.

"Saya akan bertanggungjawab"

Tersentak.

Laju Nedina mengangkat kepala. Anak mata bundar Nedina bertembung dengan anak mata helang Atiff. Liur ditelan payah.



⚜️⚜️⚜️

Atiff memandang Nedina yang masih menangis itu. Pertama kali melihat gadis itu menitiskan air mata membuatkan Atiff terpana seketika.

Otak ligat berfikir bagaimana dia mahu menyampaikan khabar buruk ini kepada Orkid. Mahu atau tidak gadis itu harus terima dengan hati terbuka.

"I dah fikir masak-masak. Kita kahwin"kata Atif membuat keputusan.

Demi meredakan keadaan, Atiff menarik Nedina berbincang di dalam kereta. Jika tidak, semakin teruk gadis itu dipukul.

"You rasa dengan kahwin selesai ke masalah kita? Tak, semakin bertambah masalah yang akan you hadap"ujar Nedina. Wajah Atiff tidak sedikit pun dipandang.

"Well, at least maruah kita terjaga" Atiff melepaskan hembusan nafasnya sebelum bersandar pada kerusi kereta.

"You nak ke peristerikan perempuan kotor macam I? Clubbing, minum, social life's" Ragu-ragu Nedina menyoal. Nada suara gadis itu juga sungguh menunjukkan dia tidak berapa yakin dengan Atiff.

"Look, I have my own reasons why I nak kita kahwin. I bukan baik mana. I pun clubbing"jawab Atiff tenang.

Nedina diam tidak membalas. Memang benar, pertemuan mereka berdua sendiri pun di kelab malam.

"Nedina, bila-bila masa berita kita berdua akan tersebar. I tak sanggup tengok umi dengan ayah I tanggung malu disebabkan perselisihan faham ni. You pun akan fikir benda sama, right?"kata Atiff cuba mengambil kepercayaan Nedina.

Terpegun?

Mungkin ya, Nedina mengaku dia tidak mengenali Atiff luar dan dalam tetapi cara percakapan lelaki itu membuatkan hati perempuannya tersentuh.

"Tapi.. Orkid?"

"Itu you jangan risau. I tahulah macam mana nak handle"

Handle?

Kelakar. Sedangkan Atiff sendiri masih buntu apa yang harus dia lakukan. Mana mungkin Orkid menerima perkara ini dengan mudah.

Selepas itu suasana antara mereka senyap. Nedina mengeluarkan sapu tangan yang dipegangnya tadi lalu mengelap air mata yang bersisa.

"You simpan?"soal Atiff disebelah.

Nedina memandang Atiff sebelum kembali menatap sapu tangan. Kepala mengangguk.

"I tunggu you pulangkan. But you keep it as your own"kata Atiff. Hujung bibirnya terjungkit senyuman nipis.

"I lupa pulangkan"jawab Nedina tanpa rasa bersalah.

Bukan dia lupa mahu pulangkan. Dia memang sengaja tidak mahu beri balik kepada tuannya.

"So, you setuju untuk kita kahwin?"

Soalan Atiff dibiarkan berlalu seperti angin. Dia tidak memberi kata putus untuk berkahwin. Dia hanya menunggu dan melihat.

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now