𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟒

55 3 0
                                    

BUM!

Pintu kereta dihempas oleh Orkid sebelum tangannya memukul stereng kereta beberapa kali. Melepaskan amarah yang meletus akibat Haura sebentar tadi. Sipi-sipi saja rancangan dia berjaya untuk perdayakan Atiff tetapi disebabkan kehadiran Haura semuanya hancur!

"Tak guna kau perempuan.. takpa.. kau boleh bergelak tawa dengan abang ipar kesayangan kau tu. Sebab lepas ni.."

Orkid meraup rambutnya ke belakang. Memang kebetulan dia melihat Atiff keluar daripada farmasi jalan terhuyung-hayang. Melihat lelaki itu sendiri niat Orkid bertukar sekelip mata.

Tanpa menunggu lama Orkid membuka telefonnya lalu menekan nombor Qaril.

"Hello, kau dekat mana?" Laju Orkid menyoal apabila suara Qaril berdehem kedengaran.

"Snooker. Pahal?"

Orkid menguntum senyum. Jari mengetuk stereng berkali-kali. Dia perlukan bantuan Qaril untuk melakukan kerja ini. Jika cara halus tidak berjaya juga, maka dia perlu tambahkan asam garam dalam permainan mereka.

Dia tahu Nedina pasti sedang mencarinya untuk sebutan kes di mahkamah. Dia tahu juga Hanim sudah semakin pulih dari sakitnya. Kerana itu Orkid mahu permainan mereka lebih sakit, lebih menyeksakan.

Melihat kehancuran keluarga itu secara perlahan-lahan adalah misi utama Orkid. Dia tidak mahu habiskan terus semuanya sekaligus.

"Orkid, are you there?"

"Jumpa aku dekat tempat biasa" dan terus panggilan dimatikan Orkid tanpa menunggu balasan Qaril.

⚜️⚜️⚜️

"Atiff.."

Atiff mengerutkan dahi saat matanya terhiasi dengan kawasan taman yang suram. Semuanya malap. Pokok-pokok besar sudah tua dan hanya tinggal ranting yang panjang. Sungguh Atiff tidak biasa dengan apa yang dia lihat ini.

Mimpi kah dia?

"Jangan tinggalkan I.."

Suara lunak menyapa telinga Atiff. Mata mencari keberadaan si pemilik suara Ternyata di taman suram itu hanya dia seorang sahaja yang berdiri.

"Nedina! You ke tu?" Atiff memanggil nama si isteri namun tiada siapa yang menyahut. Dengan langkah perlahan Atiff berjalan ke hadapan mencari jalan keluar daripada taman yang suram malah sunyi ini.

"Atiff.. jangan tinggalkan I"

Atiff berdecit. Kaki dilajukan lagi untuk berjalan mencari si gerangan yang memanggil namanya. Namun satu tangan kecil menarik tangan Atiff daripada belakang membuatkan dia berhenti.

"Itu bukan dia" berkerut dahi Atiff melihat seorang budak lelaki separas pinggangnya tersenyum nipis ke arah dia.

"Si-siapa kau?" Getaran suara Atiff jelas kedengaran. Tangan dia yang dipegang budak lelaki itu ditarik kembali.

"Ingat, jangan pernah terpedaya dengan sesiapa"

"Hah?" Keadaan yang sekelip mata terjadi membuatkan Atiff tidak dapat menghadam segalanya. Sudahlah dia tidak tahu dia berada di mana. Terjumpa pula dengan budak lelaki yang berkata sebegitu.

"Jangan ambil apa-apa" sekali lagi budak lelaki itu berkata sebelum dia berundur ke belakang beberapa tapak  meninggalkan Atiff seorang diri.

"Adik!"

"Apa maksud kau?!"

Atiff buntu. Dia memandang sekeliling di mana tempat dia berdiri. Sungguh menyesakkan dada. Suasana suram dan sunyi memang bukan kegemaran Atiff.

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now