𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟓

35 3 0
                                    

HAURA duduk memeluk tubuh disofa yang berada di dalam wad Ellzan. Wajahnya masam mencuka. Ellzan yang baru keluar daripada tandas menjeling tajam ke arah gadis itu.

Pervert!

Tubuh direbahkan kembali ke katil lalu diselimut sehingga ke dada. Naik pening dan berdenyut kepalanya. Mujur Nedina dan Atiff sempat tiba tepat pada masanya. Jika tidak entah-entah sudah lama dia mangsa dicabul Haura.

Nedina dan Atiff yang melihat hanya menggaru kening. Sama-sama tidak tahu apa yang harus dikatakan.

"Kau kenapa?" Berkerut dahi Atiff bertanya. Dia bukan mahu datang pun melawat lelaki itu. Nedina yang beria mahu ke sini. Katanya ada Haura di hospital menjaga Ellzan.

Jaga ke?

Jeritan nyaring Ellzan dan Haura bertengkar terlalu kuat sehingga dikaunter jururawat pun masih dia dengar dengan jelas. Doktor dan jururawat yang lalu lalang pun naik hairan. Pelik.

"Tu! Kau tanya adik ipar kau tu!"

"Abang tu lah! Takda tel-"

"Nediha Haura" tegas Nedina menegur. Mulut adiknya itu memang lancang jika tidak ditegur memang habislah.

"Kau yang cuba cabul abang! Ergh!" Naik serabai rambut Ellzan jatuh ke dahi. Pucat mukanya ditambah pula dengan merah menahan daripada memaki hamun gadis muda itu.

"Bila masa pula?! Abang jangan nak buat-buat cerita! Orang nak mandikan je!"

"HAH?!" Serentak Atiff dan Nedina menjerit. Bulat besar mata Nedina merenung wajah Haura.

Atiff menelan liur. Terasa pahit yang tidak dapat dia tahan. Ellzan mendengus kasar. Terus diselubung diri ke dalam selimut.

Layanlah budak otak tiga suku tu!

"Abang bagitahu ibu, kau gatal! Kau dah raba anak teruna orang!" Atiff memainkan peranan. Dia yang lelaki mendengar pun naik seram.

Nedina mengurut pelipis. Apa sudah jadi ini? Bukan ini yang mahu dia lihat.

"Abang! Haura tak raba dialah! Hish!"

"Haura lap-lap je! Dah asyik terbaring je! Demam je pun!"

"Aku baring sebab aku pening! Pening dengar suara kau yang tak habis-habis menyanyi! Dahlah tak sedap! Macam katak panggil hujan!"bidas Ellzan yang sudah selak selimut ke tepi. Mata mencerlung tajam ke arah Haura.

"Ey! Abang!" Haura sudah berlari ke arah Ellzan namun pintu wad terbuka menghentikan lariannya.

"Assalammualaikum.." satu suara garau menegur.

Semua mata memandang ke arah suara itu. Susuk tubuh tinggi lampai dan tegap seorang lelaki. Atiff menarik senyuman lebar. Ellzan juga turut memandang.

"Danny!"

Haura terdiam. Terus tangannya yang naik mahu memukul Ellzan diturunkan perlahan. Tak berkelip mata melihat Danny dihadapan mata.

"Jawab salam aku dulu" Danny menggelengkan kepala. Sempat mata dia melirik pada Haura.

Sudah lama dia tidak bertemu gadis itu. Cukup lama. Semuanya gara-gara kejadian yang terjadi pada mereka berdua sebulan lalu. Let bygones, be bygones, Danny.

"Hehe, Waalaikummussalam! Tak ada training ke sampai boleh melawat aku?" Ellzan senyum senget.

Danny menggeleng. Beg kertas berisi buah diletakkan ke atas meja bersebelahan katil Ellzan. Kemudian dia hanya berdiri sambil memeluk tubuh.

"Aku cuti" Danny terpandang Nedina yang duduk disofa sebelum dia memberi senyuman nipis tanda sapaan.

"Berapa bulan dah?"

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now