𝐁𝐚𝐛 𝟒𝟒

45 3 0
                                    

TUK tak tu tak

Kasut kulit milik Atiff kedengaran kuat di bangunan yang gah berdiri ini. Sesekali mata melirik kepada beberapa pekerja yang turut memandangnya. Bisikan-bisikan perlahan namun kuat dipendengaran seorang Atiff Mikael.

"Kalau tak silap aku, betullah itu Atiff Mikael. CEO HH Holdings!"

"Dia kan yang dah sumbat girlfriend Tuan Syed dalam jail? Tapi kalau tak silap minggu lepas dah dibebaskan. Diikat jamin"

"Bukan encik Atiff tu! Isteri dia, Nedina Hayfa!"

"Eh? Kenapa pula girlfriend Tuan Syed masuk penjara? Kes apa pula?"

"Pecah amanah. Aku dengar sampai RM 680,000!"

Senyuman meleret terukir diwajah mendatar Atiff. Menjadi buah bualan orang lain memang sudah lali. Tidak hairan pun malah dia sudah terbiasa.

Ikutkan hati dia tidak mahupun menjejakkan kaki ke syarikat gah Syed Qaril ini namun disebabkan ada beberapa perkara penting dia perlu uruskan. Semua berkaitan projek yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Ingatkan dia mahu saja Ellzan menghadiri mesyuarat ini namun boleh pula lelaki itu demam panas. Sampai ditahan wad malam tadi. Mengada tengku seorang ni!

"Ya? Encik.. Encik Atiff kan? Mari saya tunjukkan bilik mesyuarat kita" seorang perempuan kemas berpakaian formal menegur Atiff sebaik dia tiba di tingkat paling atas bangunan ini.

Atiff tidak membalas dan mengikut langkah kaki perempuan yang berkasut tumit tinggi itu. Riak wajahnya mendatar tiada rasa mahu memandang mata-mata yang turut memandangnya ketika ini.

"Silakan.."

"Thank you."

Pintu bilik mesyuarat dibuka lalu Atiff melangkah masuk ke dalam sebelum mata dia menangkap beberapa orang ternama yang turut berada disitu.

Yang berada dihujung sekali lebih menarik perhatian dia. Syed Qaril.

Lelaki itu merenungnya sinis namun dibalas dengan pandangan kosong. Tiada rasa mahu membalas. Biar kau bodoh sorang-sorang situ.

Atiff mengambil tempat dan selang beberapa minit mesyuarat pun berlangsung. Tajam dan peka telinga Atiff mendengar setiap satu cadangan-cadangan yang diberikan oleh wakil-wakil syarikat. Mata juga tidak lepas daripada menatap skrin dihadapan.

Sesekali dia perasan juga Qaril yang tidak habis-habis melirik ke arahnya. Kadangkala lelaki itu sengaja menarik perhatian semua orang disitu dengan batuk yang dibuat-buat.

Hah, buat-buat batuk situ. Biar mati katak!

Setelah satu jam setengah mereka berbincang, mesyuarat ditamatkan oleh Qaril. Penuh senyuman mesra diwajah lelaki itu namun bagi Atiff tidak. Penuh dengan muslihat yang orang lain tidak dapat baca.

"Terima kasih atas cadangan-cadangan yang diberikan. Saya sebagai tuan rumah mesyuarat kita hari ini sangat menghargainya"

Usai dengan ucapan, masing-masing beredar keluar daripada bilik mesyuarat ini. Tidak terkecuali Atiff yang sudah menyerang rasa sakit.

Sakit apa?

Sakit kebuluran.

"Encik Atiff Mikael,"

Sebaris nama panjangnya disebut menghentikan langkah Atiff seketika. Dengan malas Atiff menoleh sebelum wajah Qaril yang dingin itu ditatap.

Ya Allah, aku lapar ni. Apa kau nak?

"Yes? May I help you, Sir?"

Qaril ketawa sinis. Tahulah dia Atiff sedang mengenakannya.

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now