𝐁𝐚𝐛 𝟑𝟓

59 3 0
                                    

ATIFF memandang sepi sekeping gambar yang berada ditangannya. Gambar yang membawa makna sangat besar. Hilang gambar ini maka hilang segala bukti. Bukti yang dia simpan sehingga ke hari ini. Tanpa sesiapa mengetahuinya kecuali Ellzan.

"Kau tak bagitahu Ned lagi ke pasal gambar tu?" Suara Ellzan bertanya memecahkan kesunyian antara mereka.

Ellzan melabuhkan punggung di hadapan Atiff. Satu fail diletakkan diatas meja. Fail yang menunjukkan persetujuan dua syarikat bergabung untuk menjayakan satu projek.

Satu helaan nafas keluar daripada mulut Ellzan. Penat dengan mesyuarat tadi dan bertambah penat melihat Atiff yang masih hanyut dalam dunia sendiri.

"Kau kenapa?" Berkerut dahi Ellzan memandang Atiff. Daripada pagi tadi diam tidak bersuara.

"Ned tak boleh tahu pasal gambar ni. Kalau dia tahu, makin beria lah dia nak sumbat si Orkid dalam penjara"

Ellzan menggeleng kepala. Kau ni sayang bini ke tak?

"Macam manalah Ned tu tak berapi dengan kau? Terang lagi bersuluh kau bela Orkid tu"

Baru pagi tadi Atiff bercerita kepadanya mengenai pertengkaran mereka suami isteri. Teruk. Sehinggakan Atiff tidur di ruang tamu.

"Apa yang kau nak simpan lagi Orkid tu? Kau boleh dakwa perempuan tu sebab dia lah punca kau dengan Nedina terpaksa tanggung malu kena tangkap basah"

"Tapi kalau bukan sebab Orkid, aku tak akan sebahagia ni" Atiff merenung wajah Ellzan. Lama.

Menjeling tajam Ellzan mendengar Atiff berkata begitu. Menyampahnya.

Tak hormat orang single

"Habis macam mana?"

"Aku tahu ada sesuatu yang Orkid buat dekat keluarga Ned. Sisa-sisa dia masih terasa dalam rumah tu. Tak mustahil ibu mentua aku akan terkena balik"

Kali ini Ellzan diam. Dia tiada kuasa untuk membalas kerana isu ini berat. Cukup sekadar dia dan Atiff sahaja yang mengetahui apa yang terjadi.

Kejadian disebalik Hanim sakit terlantar di atas katil sehingg berbulan lamanya. Puncanya hanya Atiff dan Ellzan sahaja yang tahu.

"Sampai sekarang aku terima makanan daripada siapa tak tahu. Jadi aku rasa benda tu ada kaitan dengan Orkid"

"Dulu kau juga yang melantak nasi goreng tu sampai sanggup tak teman aku lunch. Sekarang? Nak berhati-hati pula dah" sinis Ellzan berkata.

Atiff diam. Dia mengaku itu silap dia sendiri. Mengambil sesuatu benda tanpa tahu siapa si pemberi. Namun sekarang dia lebih berhati-hati.

"Hari ni kau dapat makanan lagi tak?"

Angguk.

"Kau tahu apa yang patut kau buat untuk selamatkan keluarga mentua kau dan yang paling penting rumah tangga kau" tenang Ellzan memberi nasihat.

Jika dia menjadi Atiff, sudah lama perempuan seperti Orkid itu disaman berjuta ringgit. Saman malu. Sekarang semuanya sudah jelas angkara siapa perkara ini berlaku.

Orkid mahu perangkap Nedina tetapi kesilapan sendiri. Atiff sekali terperangkap dalam permainan yang dicipta Orkid. Sadis.

"Ikut aku" Atiff berdiri mencapai coat tuxedo nya lalu kaki bergerak ke muka pintu.

"Aku baru habis meeting. Nak ikut kau pergi mana?" Keruh muka Ellzan apabila disuruh Atiff begitu.

"Teman lah aku" Ellzan menghentak kakinya beberapa kali. Malas malas malas!

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now