𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟏

95 7 0
                                    

"Kau serius ke ni?"

Suara Ayu dihujung talian kedengaran menyoal selepas sahaja Nedina menceritakan apa yang telah terjadi kepada dirinya.

"Kau yakin aku serius?"soal Nedina.

Soalan yang dibalas dengan soalan itu membuatkan Ayu menghela nafas panjang.

Nedina diam tidak membalas lagi. Hampir 30 minit dia dan Ayu bercakap melalui telefon. Gadis pantai timur itu yang menghubungi Nedina terlebih dahulu.

"Kau setuju ke untuk kahwin dengan mamat tu? Kau kenal dia pun tak. Lepas tu nak kahwin?"

"Aku sendiri tak tahu dengan jawapannya. Ibu masih marah dengan aku. Atiff pula tak ada call aku cakap pasal kahwin"ujar Nedina.

Hampir seminggu juga Atiff tidak menghubunginya selepas kejadian mereka ditangkap khalwat. Seminggu juga Nedina berkurung di dalam bilik tanpa keluar.

Baru hari ini gadis itu memberanikan diri mengambil angin diluar rumah. Pagi-pagi lagi kereta Hanim hilang. Haura sudah kembali ke Kolejnya.

"Habis sekarang mu nak buat apa?"

Nedina mengemam bibir. Apa harus dia lakukan? Lari? Lari daripada semua masalah ini?

Jika itu yang membuatkan ibu dia bahagia. Nedina sanggup.

"Sekarang ni aku cuma fikir nak lari. Jauh daripada sini"

"Not anymore, Nedina Hayfa"

Satu suara garau menegur dibelakang membuatkan Nedina tersentak. Pantas dia berpusing sebelum susuk tubuh kekar Atiff sedang berdiri statik dihadapannya kini.

"At..Atiff.."

"Yes, It's me"

Atiff menghadiahkan senyuman sinis. Dia menatap wajah pucat Nedina yang seakan tidak bermaya itu.

Menyedihkan.

Telefon yang tersemat pada corong telinga diturunkan. Kuat tangan Nedina menggenggam telefon miliknya. Suara Ayu yang memanggil dihujung talian diendahkan.

"But how can you.."

"I datang sini untuk teruskan apa yang tergendala. Our weddings" tenang Atiff bersuara.

"I.."

"I tak nak buang masa. I nak ikat you cepat"putus Atiff. Lelaki itu melangkah lebih dekat mendekati Nedina.

"I tak bagi kata putus, Atiff. I tak cakap yang I bersetuju dengan cadangan"

"I tak perlukan persetujuan you dan I tak kata you ada pilihan untuk tolak atau terima"

Kata-kata Atiff membuatkan Nedina mendengus sinis.

"You menghilang seminggu and now you datang macam tak ada apa-apa terjadi"

Atiff merenung wajah mendatar Nedina. Keadaan itu tidak seperti biasa. Jelas terpancar keserabutan.

"I uruskan apa yang perlu diuruskan. I minta izin umi dengan ayah I untuk kahwin dengan you. I juga minta izin dengan ibu you"

Berkerut dahi Nedina mendengar ringkasan Atiff itu. Minta izin dengan ibu?

"You gila ke?"

"Kalau you rasa I gila. Maka ya. I gila"

Oh my Allah

Nedina mengurut pelipis yang tiba-tiba berdenyut itu. Selang beberapa minit kereta Hanim meluncur masuk ke dalam halaman rumah.

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now