𝐁𝐚𝐛 𝟐𝟕

72 3 0
                                    

KLEK

Pintu ditutup rapat oleh Nedina. Wajah yang penat seharian bekerja. Badan terasa melekit daripada pagi sehingga ke malam dia hanya berada di pejabat dan kadangkala turun ke kafe.

Tas tangan diletakkan diatas meja sebelum dia melabuhkan punggung ke sofa. Melelahkan seharian hanya menghadap komputer sahaja.

"Baru sekarang jumpa jalan balik?"suara garang Atiff daripada belakang mengejutkan Nedina.

Lantas Nedina memusingkan badan dan kelibat Atiff berbaju tidur menghiasi pandangan.

"You, sorry.. I lupa nak bagitahu you. I banyak sangat ker.."

"You memang tak alert ke atau buat-buat bodoh tak tahu? Limit you untuk ada dekat luar rumah sampai 10 malam je! Itu pun susah ke nak faham?!"

Terkejut. Tegang dan kedinginan Atiff membuatkan Nedina gerun. Selama hampir setahun mereka berkahwin tidak pernah Atiff meninggikan suara.

Ini pertama kali dan dia cukup tak suka.

"Atiff, what's wrong with you? I cuma lupa nak inform you I balik lewat. Itu pun you nak marah ke?!"bentak Nedina. Dia sudah tidak mampu duduk.

Lebih baik dia berhadapan dengan Atiff daripada duduk sahaja.

"I ke you yang bermasalah sekarang ni?! I cakap I tak suka you balik lewat macam ni. Itupun susah ke you nak faham?!"

Nedina bercekak pinggang. Melihat Atiff yang seperti tidak mahu mengalah ini membuatkan egonya mencanak naik. Api kemarahannya juga mahu meletus bila-bila masa sahaja.

"Apa masalah you ni?! I tak suka you tengking I! Okay, fine! I minta maaf okay?! Puas hati you?!"tinggi suara Nedina menengking Atiff kembali.

Atiff ketawa sinis. Rambut yang terjuntai didahi ditolak ke belakang. Tajam renungan mata dia menikam anak mata bundar Nedina ketika ini.

"Macam tu ke you minta maaf dengan suami you, Nedina?! Macam tu ke?! Mana hormat you dekat I?!"

"Oh my god! Atiff, apa kena dengan you ni?! I dah minta maaf dengan you! Apa lagi yang you nak?! Sebab hal kecil ni.."

"Hal kecil bagi you! Bukan I!!"potong Atiff pantas.

Nedina menggeleng perlahan. Dia tak faham apa yang mengganggu dan terjadi pada Atiff hari ini tetapi lelaki itu lain. Berbeza daripada apa yang Nedina kenal.

"Ingat, Nedina! Sekali lagi you balik lambat, I tak teragak-agak untuk suruh you berhenti kerja! Duduk rumah! You nak?!"ugut Atiff berani.

Berubah air muka Nedina mendengar amaran dan separuh ugutan Atiff itu. Kerana salah faham sahaja, mereka berlawan mulut begini.

Gila.

"You jangan ingat selama ni I berlembut dengan you, you boleh pijak kepala I sesuka hati you je, Nedina"ujar Atiff dingin.

"At-Atiff.."

"Mark my words."

Tidak sempat Nedina mahu membuka mulut, Atiff sudah berjalan menonong memasuki ke dalam bilik. Meninggalkan Nedina terpinga-pinga diluar.

BUM

Hempasan pintu kuat daripada Atiff manakala Nedina sudah tersedar pada belakang sofa. Tidak semena-mena kepala dia berdenyut sakit. Hendak pitam namun sempat Nedina berpaut pada kerusi.

Cuba menstabilkan diri untuk beberapa minit dan Nedina melangkah menuju ke biliknya.

Sendiri.

⚜️⚜️⚜️


KEKECOHAN dipejabat Atiff membuatkan Ellzan yang sedang melakukan kerjanya terbantut. Suara lantang dan tengkingan itu saja sudah membuatkan dia jelek.

"Saya tak kira! Saya nak awak siapkan semula laporan tu!"arah Atiff kepada seorang pekerja perempuannya.

Perempuan itu akur dan segera berlalu keluar daripada bilik majikannya. Sekilas pandangan dia bersambung dengan mata Ellzan namun dihiraukannya.

"Bro, apa ni bising-bising? Tak boleh cakap elok-elok dengan staf ke? Perempuan pula tu"Ellzan menegur sebaik dia memasuki bilik rakannya.

Wajah Atiff yang serabut itu dipandang lama. Entah apa yang merasuki Atiff hari ini. Serius semacam.

"Kalau dia tak cari pasal dengan aku, aku okay"selamba Atiff menjawab. Dengan wajah masam itu.

Geram pula Ellzan melihat.

"Kau ni kenapa? Serabut sangat aku tengok. Kau gaduh dengan bini kau ke?"

Melihat Atiff senyap itu Ellzan menggeleng. Memang gaduh besarlah ni.

"Hal personal luar office lah. Tak payah bawa sampai sini. Kau dah tempiaskan marah kau dekat orang yang tak salah"

Atiff mengeluh. Sudahnya dia berhenti membuat kerja dan Ellzan dihadapan mata dia pandang sepi.

"Aku tak tahu. Semuanya apa yang aku buat tak macam yang aku nak" Atiff membuka mulut sayu.

"Semalam aku bertengkar dengan Nedina sebab dia balik lambat. Aku nak minta maaf pagi tadi tapi dia dah pergi kerja dulu"

Ini ke kehidupan selepas berkahwin? Jika ini perasaannya, makin lambat lagilah untuk Ellzan mendirikan rumah tangga.

"Call? Text?"

"Dah tapi semuanya tak berjawab. Dia merajuk dengan aku lah tu" Atiff menutup fail yang belum habis disemak.

Ellzan melihat jam ditangan. Waktu makan tengah hari.

"Jom lunch. Legakan hati kau yang panas tu" Ellzan bergerak mahu keluar namun Atiff menggeleng.

"Takpa, aku dah ada makan." Dia mengeluarkan bungkusan makanan daripada bawah meja lalu dibuka.

Nasi goreng.

"Kau ni dah seminggu lebih aku tengok kau makan nasi goreng bungkus. Sempat pula kau tapau" Ellzan memandang nasi goreng yang sudah Atiff makan itu.

Nampak sedap.

"Siapa cakap aku tapau?"

"Habis? Takkan bini kau pula rajin nak bubuh nasi goreng tu dalam bekas polystyrene"

Atiff diam tidak menjawab. Seketika Ellzan termangu menunggu jawapan.

"Woi" Naik berkerut dahi Ellzan memandang Atiff yang berselera makan itu.

"Apa?"

"Bini kau ke yang masak tu?" Jika benar Nedina yang bekalkan, tak mungkin nasi goreng hari-hari kan?

"Bukan. Wani cakap ada orang bagi aku. Aku balun je lah"

Dan Ellzan terdiam. Wani pembantu peribadi Atiff kata begitu?

"Takkan sampai setiap hari.."

Atiff mengangkat bahu dan terus menghabiskan bungkusan nasi goreng itu.

"Benda sedap, aku makan je lah"

Atiff bersahaja. Tidak bagi Ellzan. Terbit pula perasaan yang tidak enak.

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now