𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟕

79 8 0
                                    

"Suka?"

Suara Atiff memecahkan kesunyian antara mereka berdua yang sedang leka memandang pemandangan melalui atas bukit ini.

Pemandangan bangunan-bangunan tinggi, jalan raya dan langit biru yang terbentang luas.

"Lebih daripada tu"jawab Nedina.

Semakin membuatkan hati Nedina damai apabila suasana daripada atas bukit ini sejuk dan tidak begitu terik panasnya.

So-so gitu

"Sorry sebab bawa you tengah hari buta macam ni. Next time I bawa you tengok sunset pula"

Next time?

"Takpa! I.. I okay je. I tak nak redah jambatan puaka tu lagi. Ni first and last"

Sungguh dia katakan. Pemandangan yang dilihatnya sekarang ini tenang dan menawan. Namun, untuk berjalan kembali diatas jambatan gantung itu? Tidak akan.

"Tch, tak fun lah"decit Atiff.

Nedina mengendahkan Atiff. Dia lebih tertarik dengan keindahan dihadapannya ini.

Suasana kembali kelam dan jeda. Atiff menatap sedangkan Nedina termenung.

"You nak tahu satu benda tak?"

Atiff memandang. Menunggu Nedina meneruskan percakapan.

"Lepas I kahwin dengan you, I don't know why.. semudah ABC je I ikut, dengar, patuh arahan you. Without any reasons"

Nedina merenung wajah kacak Atiff yang turut menatapnya. Mata bertemu mata. Satu perasaan yang menjentik lubuk hati yang dalam.

"Yeah, maybe secara general nya, I memang kena dengar segala arahan you. But honestly I.. I bukan senang nak di didik. Lepas apa yang terjadi pada I dulu"

Nafas Nedina tenang menyedut dan menghembus. Melihat Atiff yang masih senyap. Tidak membalas membuatkan Nedina tersenyum nipis.

"Hey, kenapa tenung I?" Dagu Atiff dicuitnya. Menyedarkan lelaki itu daripada lamunan.

"I was wrong dalam menilai you, Nedina. Silap sama sekali.."

Semakin melebar senyuman Nedina mendengar ucapan Atiff. Saat tangan Atiff naik menggenggam erat tangannya, Nedina terdiam.

"Almost 3 months Nedina kita hidup sebagai seorang kawan. I nak kita jadi lebih daripada itu"pinta Atiff mendatar.

"I tahu I bukan baik sangat. I pernah clubbing. Even check in pun. But trust me. Itu I yang dulu. I nak you percaya yang sekarang I dah berubah. For now on, I nak kita sama-sama berubah. Boleh?"

Selama hampir 3 bulan Nedina dan Atiff tinggal bersama. Bohong jika hati mereka masing-masing tidak terusik. Dusta jika Nedina menyatakan dia tidak teringin belajar solat, mengaji. Walaupun bertudung tetapi untuk menyempurnakan kewajipan lima kali sehari itu sangat mencabar buat dia.

Telekung dan sejadah sahaja yang tergantung bersih didalam bilik tetapi sekalipun Nedina tidak pernah cuba untuk memakai atau menggunakannya. Hati keras seperti batu.

"I'm so sorry because I'm not the good husband to you. Sekarang ni.. you minta apa je. I sanggup buat, okay?"

"I don't need your sorry. I cuma minta satu je. Ajar I solat dan baca Al-Quran"

Mendengar Nedina berhasrat begitu, hati Atiff mulai lapang. Tenang. Tambah pula dengan wajah Nedina yang kelihatan damai, semakin berbunga hati.

"I will"

"Janji?" Jari kelingking Nedina naik menunjuk pada wajah Atiff.

"More than promise" Atiff menyambut jari kelingking gadis itu. Nafas lega dihembusnya.


⚜️⚜️⚜️


"Rakaat pertama baca Al-Fatihah dulu"


"You ikut je I dari belakang"


"Pastikan masa you sujud, telekung tak menghalang muka you untuk ke sejadah"


"Subuh 2 rakaat, Ned. Maghrib baru 3 rakaat"


Nedina melipat sejadah dia dan Atiff sebaik sahaja selesai solat fardhu Maghrib secara berjemaah. Sudah dua minggu mereka begini. Subuh, Maghrib dan Isyak pasti akan solat berjemaah bersama-sama. Zohor dan Asar pula Nedina akan solat bersama Ayu.

Budak baru belajar.

Setiap hari pada waktu Zohor dan Asar menjelang, satu peringatan daripada Atiff. Lelaki itu yang akan sentiasa mengingatkan.

Make up jangan lupa dicuci dengan betul. Telekung jangan dibiarkan kotor, jika tidak tukar dengan yang baru.

Senang hati Nedina dilayani begini oleh Atiff. Semakin hari semakin sayang!

"Ned, jom kita baca surah Al-mulk"

Nedina yang masih bertelekung itu berjalan mendekati Atiff di sofa ruang tamu. Atiff masih dengan kain pelekat dan baju melayu.

Segak

Kacak

"Surah apa tu?"

Atiff menarik tangan isterinya yang berlapik telekung supaya duduk disebelah. Al-Quran tafsir diribanya dihala ke arah Nedina.

"Kelebihan surah Al-mulk dapat hindari kita semua sebagai umat Islam daripada seksaan kubur. Dan paling penting bantu kita untuk sesi soal jawab dengan Malaikat. Munkar Nakir"


Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir."


Nedina menjengahkan sedikit kepala melihat ayat Al-Quran beserta tafsir yang tertulis. Senyuman nipis mula terukir.

"Kalau you konsisten baca setiap malam, sebelum tidur. Jika ditakdirkan I pergi dulu. Lepas tu sebelum tidur kita baca surah Al-mulk setiap hari tanpa missed satu pun, Insyaallah, surah ni yang akan lindungi kita daripada kena rotan dengan Munkar Nakir"terang Atiff dengan nada suara yang lembut.

"Surah ni ada 30 ayat je?"soal Nedina sendiri.

Atiff mengangguk tanda benar.

"Jom baca. You ikut I baca satu persatu"

"Okay!" Laju Nedina menjawab.

Kedudukan diperbetulkan. Al-Quran yang tadi diriba Atiff kini sudah berganti arah. Diambil senaskah Al-Quran itu daripada tangan Atiff lalu disentuh Nedina perlahan.

"Bismillahirrahmanirrahim.."






TBC

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now