𝐁𝐚𝐛 𝟏𝟗

106 7 0
                                    

Hajar berjalan melihat segala pokok bunga yang berada di tepi rumahnya. Semuanya ditanam sendiri. Hobi baru semenjak umur menjangkau ke angka 40. Mana tidaknya, Aiya dan Atiff sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Suaminya juga apa kurangnya?

Menguruskan ladang kelapa sawit mereka sekeluarga. Katanya mahu mengisi masa lapang. Tinggal Hajar seorang saja perlu mencari aktiviti untuk menghilangkan kebosanan.

Kadangkala ada juga dia keluar bersama jiran. Berborak bertanya khabar masing-masing. Kebanyakan topik apabila sudah berusia ini pasti mengenai anak, menantu dan cucu.

Cucu? Usia perkahwinan Atiff dan Nedina terlalu baru untuk mendesak mereka mengenai zuriat. Tambah pula mereka berkahwin bukan atas dasar cinta.

Tiada guna memaksa, mendesak anak menantunya jika hati tidak saling bersatu. Biarlah Tuhan yang menentukan. Itu lebih memadai.

"Awak termenung apa tu, Hajar?"

Gemersik suara husky suaminya menegur di sebelah. Hajar tersenyum sebelum lengan si suami dipeluk.

"Fikirkan abang"

Erk?

Hassan tersengih. Lain macam manja isterinya malam-malam begini. Nak sesuatu lah tu.

"Mana Mika dengan Nedina tak sampai lagi ni.. Jammed ke? Awak ada call Mika?"soal Hassan.

Sekitar pukul 5 petang Atiff menghubungi nya kata sudah gerak daripada pejabat. Sekarang sudah mahu ke Isyak. Bau asap kereta pun tidak lagi.

"Nedina ada bagitahu dia orang singgah beli barang. Entah barang apa saya tak tahu"

Hassan duduk di kerusi kayu yang berada di hadapan kebun bunga Hajar ini. Solat Maghrib sudah. Sekarang boleh dia tunggu anak menantunya tiba.

"Aiya tak balik juga ke?"

Hajar menggeleng. Nafas dihela panjang. Disebut-sebut nama anak daranya seorang itu hati dia terasa berat.

"Abang kena nasihatkan anak dara abang seorang tu. Kerja siang malam. Asyik dengan kerja je. Sampai jodoh pun tak ada"rungut Hajar.

Hassan ketawa kecil.

"Biarlah. Sampai masa nanti kalau dia rasa nak kahwin, kahwin. Anak kita yang satu ni tak boleh dipaksa. Nanti dia rasa jauh dengan kita"ujar Hassan menyelitkan peringatan buat isterinya.

"Jar cuma risau je, bang"

Hajar mencebik. Hassan menggeleng.

Pin! pin!

Sebuah Audi berwarna hitam memasuki pekarangan banglo tradisional mereka. Serta merta senyuman Hajar melebar.

"Dah sampai pun"

Kereta diparkir di bawah garaj bersebelahan kereta Ford milik Hassan. Seorang perempuan berbaju kurung bertudung keluar daripada tempat pemandu bersama senyuman manis.

"Assalamualaikum, umi! Ayah!"jerit Nedina teruja.

Berlari anak dia menyalami tangan berkedut milik Hajar dan Hassan. Atiff yang baru sahaja keluar daripada tempat penumpang sekadar menggeleng.

Tak mengaku isteri.

"Waalaikumussalam, Nedina.. Ya Allah, dah sampai pun. Lama umi tunggu. Ey, makin cantik menantu umi bertudung macam ni"

Pertama kali melihat penampilan Nedina bertudung dan sopan ini membuatkan hati dia kagum. Entah apa yang Atiff buat pada menantunya ini.

"Terima kasih, umi.. ni semua Atiff belikan. Maaf ya, lambat sikit sampai. Nedina tak berani nak drive laju sangat"

Hassan menepuk dahi.

"Kenapa Ned yang drive? Atiff kan ada"

Anak lelakinya dipandang. Atiff mencebik sebaik sahaja tiba bersebelahan Nedina.

"Mika dah cakap dah. Ned yang beria-ia nak drive juga. Nak ambil feel katanya. Feel apa tak tahu"

Hampir berlaku perang dunia ketiga sewaktu mereka dalam perjalanan ke sini. Ada sahaja mulut Nedina membebel. Tahulah dia yang memandu tetapi tengok maps pun tak salah!

"Ish, Ned kesian dengan Atiff. Baru balik kerja. Lagipun Ned excited sangat!"

Hajar dan Hassan sama-sama ketawa. Setiap kali pulang ke Pahang memang perkataan itu yang akan sering meniti keluar daripada mulut Nedina.

Teruja.

Excited.

"Dah, jom masuk dulu. Umi dah siap masak. Tunggu nak hidang je. Lagipun ada makanan kegemaran Nedina. Ulam dengan sambal belacan"

"Yeah! You tengok tu. Umi lagi sayang I daripada you!" Sempat bahu Atiff dipukul Nedina. Sengaja mahu mengusik.

"Anak istimewa memang kena sayang lebih"kata Atiff selamba.

"Choi mulut you!"



⚜️⚜️⚜️



"Atiff! Kenapa you tak ketuk pintu dulu?!"

Laju tangan Nedina menutup bahunya yang terdedah. Baru sahaja dia keluar daripada bilik air. Lupa mahu mengambil baju siap-siap bawa masuk bersamanya.

Kesudahannya Atiff melihat tayangan percuma. Nedina yang sedang berkemban.

"You nak malu kenapa? Sebelum ni you pakai lingerie depan I. Okay je"

Atiff duduk dibirai katil. Mata tidak memandang Nedina sebaliknya fokus pada telefon ditangan.

"You memang sengaja cari nahas. I tak malu. I takut you yang tak tahan"

Dengan wajah merah Nedina mendekati birai katil. Dicapai baju lengan panjang dan kain batik pemberian Hajar tadi.

Atiff tersenyum senget. Dibiarkan Nedina yang mengomel seorang diri itu. Dia sedang menumpukan perhatian pada game online nya.

PUBG

Bang bang bang

"Atiff, mana Al Quran? I nak baca"

Atiff mengangkat kepalanya melihat Nedina yang sudah bertelekung itu. Laju betul.

"You nak baca surah apa?" Sambil menyoal, Atiff bergerak ke laci mejanya. Al Quran sederhana besarnya dikeluarkan.

"I nak baca surah Ar-Rahman tapi you ajar I"

Nedina mencapai Al Quran ditangan Atiff. Dia duduk dibirai katil sambil membelek helai muka surat kitab suci itu.

"Tapi I period"kata Atiff.

Pantas kepala Nedina merenung tajam Atiff yang menahan tawa.

"Kepala otak you. Pergi ambil wudhuk sekarang!"marah Nedina. Dijeling tajam Atiff yang sudah mengekek ketawa.

Sebaik Atiff menghilang masuk ke dalam bilik air. Nedina menghembuskan nafas berat.

"Ya Allah.. kenapa aku kena ingat lagi pasal tu.."sayu Nedina berkata.

Fikiran dia tidak lepas mengingati gambar Orkid yang berada di dalam laci pejabat Atiff. Entah mengapa hati dia bagai dipagut rasa cemburu.

Masih ada rasa sayangkah Atiff pada Orkid?

Sedaya upaya perasaan was-was cuba dibuang jauh. Tidak mahu meruntuhkan hubungan mereka yang semakin membaik pulih ini. Cukuplah hari demi hari Atiff membuat Nedina semakin jatuh. Jatuh hati yang mendalam.

Cuma tidak berani untuk mengungkapkan dengan mulut sahaja.

HAYKAEL : HER CROWNWhere stories live. Discover now